Monday, August 6

kuih badak berendam

assalamualaikum

Ada yg bercuti hari ni kan sempena cuti peristiwa Hari Nuzul al quran, cuma Kat KL tak cuti, sekolah macam biasa.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.-info dipetik dari wikkipedia
nape ekk banyak nama2 kuih muih kita ada nama binatang,cucur badak, badak berendam, cucur udang, macam2 lg. kita yg dewasa ni faham la tp bila bgtau budak2 digelaknya dan tanya balik asal nama camtu ? he he  macam kat bawah ni ada rupa badak tengah berendam tak...ha ha
tak kisahlah kan namanya janji sedap dimakan..
badak berendam ni salah satu kuih yg pastinya akan ada setiap kali bulan puasa,feberet semua adik beradikku. tak bulan puasa pun boleh tp lazimnya bg kami puasa ni baru rajin nak buat kalu tak malas nak buat. Nak lagi bila ramai2 ada, berbuka bersama2 memang sekejap je licin. tp masa masing masih bersekolah dulu mak selalu buat seloyang besar, dan sampai ke sahur pun makan lg. teringat keseronokan dulu2  la pulak...
badak berendam ni diperbuat dr tepung pulut dan letak inti kelapa gula merah. pastu masak dgn santan campur sedikit tepung tKalau yg berinti ni memang feberet ktorg adik beradik dari dulu2 lagi.
mungkin sb mak selalu buat. nak resepi boleh goggle ye he he sb  resepiku buat  campak2 je tak ikut sukatan. kat blog CK pun ada boleh tengok , sb ada sukatan yg betul. cuma ada sedikit perbezaan je. kuahnya tu lazimnya kalu yg dijual memang cair kan tp kami dah biasa makan kuahnya agak pekat.
jom tengok disini http://cendanakasih.blogspot.com/2011/08/badak-berendam.html

badak berendam
Sumber: my mak
oleh: mamasaranur

bahan-bahannya

tepung pulut
inti kelapa gula merah
santan kelapa- sedikit tepung gandum
garam

mula2 kena buatkan badaknya dulu ye, tepung pulut digaul dgn sedikit air (mcm nak buat buah melaka tu)
masukkan inti dan susun dlm loyang yg telah disapu sedikit minyak.
kemudian dikukus dalm 10-15 minit agak2 dah masak.

sambil tu boleh sediakan santan, tengok pada besar loyang ye, kalu besar banyaklah santannya.
masukkan sedikit garam dan 2, atau 3 sudu besar tepung gandum. jangan terlalu banyak sb nanti ia akan mengeras pulak. kacau sebati dan tapis.
Dituang dlm loyang tadi dan kukus lagi sehingga masak(nampak santan tadi agak pekat.) dalam 10 minit
bolehlh diangat dan sedikit sejuk cedokkan dalam piring atau mangkuk.
siap utk dimakan.

SELAMAT BERPUASA



11 comments:

  1. memang pelik.. cucur badak, badaki berendam, padahal daging badak pun belum tentu orang makan, hehehe

    P/S Nampak sedap inti tu..

    ReplyDelete
  2. salam mama sara nur,,badak berendam juga kegemaran nak2 acik..tapi kena letak air pandan bagi hijau sikit,,anak2 tak mau pulak warna asli tepung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Acik
      letak pandan lg nampak cantik kan, tp ni kes nk cepat siap he he

      Delete
  3. sedap2.. sedap2... suka bebenoler. memang kegemaranler... teringat kat kuih lebih kurang gini emak buat sedapnyer... rindu kampung...

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya badak berendam..kuah peka melekat tuh..

    ReplyDelete
  5. bdk2 mmg mctu kan..klu nama pelik2 mmg diorg nk tau sgt..he hhe sedap la..mcm nk rasa sketul jew:)

    ReplyDelete
  6. K.atie pon suka badak berendam ni...sedappp,bulan puasa ni lom pernah try lagikkk..

    ReplyDelete
  7. Salam mamasarahnur. mmg pelik sesetengah nama kuih lama2....mcm badak berendam...nak padan dg namanya kena buat kuih saiz montel2 baru ada rupa badak kan..hi.hi.tp kuih ni mmg antara kuih yg femes masa bulan Puasa...

    ReplyDelete
  8. menarik! saya tak pernah buat kuih ni, boleh cuba la nmpk senang sgt. baki kelapa buat ketayap haritu pun ada lg. thanks!

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...