iklan

Tuesday, 24 January 2012

Nyamankan tekak ..agar-agar kacang hijau



Assalamulaikum

esok akan bermula kembali rutin bekerja ye...4 hari bermalasan sudah tamat
jangan malas-malas ye.  pesanan buat diri sendiri he he
Mari mari ..jom kita layan agar-agar kacang hijau ni, makan sejuk2
feberet daku dari dulu kini dan selamanya. Mulanya cadang nak wat bubur kacang tapi kan tgk2 kacang hijau tu sikit bebenor hu hu so plan bertukarlah menjadi agar2 ...malas nak g kedai dah lagipun lama jugak tak  wat desert ni kan .


Resepi ni dulu ambik dari kakakku yg  no.2. Masa kecik2 dulu intai2 je kakak2 masak..syohh syohh pi jauh-jauh katanye he he  tapi kan resepi dia tak ikut sukatan pun. Jadi bila nak makan memandai-mandai sendiri je lah. tambah dan  kurang apa yg patut  he he.
Alhamdulillah kali ni wat ok tak terlalu keras dan tak juga lembik. Elok2 je boleh dipotong. Amin he he. Segan jugak kan nak share resepi disini tapi kalau sekadar rujukan diri sendiri tak salah kot dan bila  nak wat lagi leh rujuk je kat blog ni . Bolehlah...kan



sumber resepi mama saranur blogsport

AGAR-AGAR KACANG HIJAU

bahan-bahannya

1 cawan kacang hijau-direbus dan blender
agar-agar tali sepeket 11g (basuh dan ditos) sukatan dlm 1 cawan
3 1/2 cawan santan kelapa yg sederhana pekat 
5 helai daun pandan-blender ambik 1/2 cawan pati
1  cawan gula boleh  kurangkan @ lebihkan
sikit garam
pewarna hijau

cara-caranya
  1. kacang hijau basuh bersih2 dan direbus sehingga empuk barulah di blender dengan 1 cawan air sehingga halus
  2. kemudian ditapis-ambik yg halus je ye yg hampas tu dibuang(dptkan dlm 1 cawan) ketepikan dulu
  3. masak agar-agar bersama 1 cawan air sehingga agar-agar itu hancur(cair)
  4. santan, air pandan dan kacang hijau (yg telah ditapis) di campurkan dlm satu bekas utk dptkan kesemuanya dlm 4 cawan
  5. masukkan 4 cawan (santan+air pandan +kacang hijau) tadi ke dlm agar-agar yg telah dimasak hingga hancur dan kacau sentiasa supaya x melimpah keluar
  6. masukkan gula dan garam (ikut kesesuaian rasa)  serta pewarna hijau
  7. biar sehingga mendidih barulah  di tutup api
  8. tapis sebelum dimasukkan dlm acuan yg disukai dan simpan dlm peti Ais 
sedap makan bila dah disejukkan dlm peti ais, rasa manis lemak2 masin ,kacang hijau beserta harum daun pandan. sedap tau.

tak boleh nak celoteh panjang2 ni, kerja lum beres he he baju sekolah lum digosok daaaa
Walaupun sekolah kebangsaan coti seminggu tp kan sekolah agama kakak esok kembali cam biasa dan Sek Rendah Agama Intergrasi(SRAI) si Abang Is pun sekolah esok siap ada ujian bulanan lagi hu hu Cuti 4 hari dah tamat ye sayang2 mama...

wokey sampai disini dulu...sebelum tu sgt2 tertarik dgn status FB Ustaz Mohd Zawawi Yusof ini
MARI KITA FIKIR-FIKIKAN BERSAMA

Tahanlah diri jika seseorang menceritakan kelebihan dirinya tak perlu ikut sibuk menceritakan diri kita sendiri agar nampak lebih dari dia. Biarlah dia bahagia dengan ceritanya."

wassalam...jumpa lagi ...TERIMA KASIH

13 comments:

  1. mesti sedap agar2 ni..ucu ambik ye resipinya...
    ucu suka dgn ayat2 pesan dari Ust.Mohd Zawawi tu...terima kasih banyak2 ye mamanur...

    ReplyDelete
  2. ala jangan tak tau akak suka try resipi yang pada orang mudahjer kot .. jangan malu2 nak letak apa juga resipi ada yang suka per...

    ReplyDelete
  3. menarik la agar-agar ni. belum pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  4. lain dari yang lain memang tak pernah buat.. selalu kacang merah jer... mcm menarik ni.. boleh cuba jgk..

    ReplyDelete
  5. Aslmkum mamasaranur.belum pernah mkn agar2 letak kacang hijau..kalau dpt mkn sejuk sedapnya.sukanya tengok ikan2 talapia segar dr kolam tu....enaknya ikan fresh mkn bakar.
    tertarik kata2 ustaz tu...t.kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  6. Ucu...ambik je Ucu he he
    tu la Sy pun tertarik dgn kata2 tu...sama-sama

    ReplyDelete
  7. Masya...kacang hijau utk peminat bubur kacang he he

    ReplyDelete
  8. Cho...he he malu2 la sb tak terror masak ni

    ReplyDelete
  9. salam,
    first time tengok agar2 kacang hijau... biasa bubur je. Nampak mcm senang, nnti akak cuba ya.

    ReplyDelete
  10. assalam mamasaranur,
    berkenan akak tengok agar2 kcg hijau ni..sure best..akak amik resepi dulu eh..timakasih

    ReplyDelete

kata-kata manis