Wednesday, February 29

karipap inti kentang + keledek



assalamualaikum

Mari-mari makan karipap seketul dua he he
ooppps tp kalu kat umah ni tak cukup seketul duatp kena berketu-ketul...
mama rajin buat karipap la ni  puji sendiri nih sebab anak-anak ketiga-tiganya suker sangat, si abang Is balik sekolah je suh mama gorengkan  dia je leh habiskan 5 ketul, kakak dan adik pun sama cuma budak dua ni lain sikit  suke karipap yg intinya secoet je he he jadi kalau  wat sendiri  letak inti sikit je lah jimat kentang tu kan he he
si abah lagilah peminat no satu...seronok kan buat sesuatu yg jadi kesukaan family .


sebab ramai peminat mama wat lebih dan letak kat frezer, senang sikit kan bila nak makan terus leh goreng je. Penah belajar di bagus dgn cheff Fauziah tahun lepas utk wat karipap frezer ni . Tu yang rajin he he
tapi intinya sendiri godek ikut kesedapan selera sendiri dan kena kurangkan pedasnya. Yang pastinya mesti ada isi ayam, kalu lain tak jalan. Cuma yg ni campur dengan keledek berwarna merah tu, lebih sedap rasanya

resepi... rasanya bayk di blog2 ada resepi karipap kan..he he bukan apa segan nak letak resepi kita ni yg tak ikut sukatan. 

TERIMA KASIH


Monday, February 27

ketam bercili + daun kunyit

assalamualaikum 
menu hari minggu yg lalu  hidangan utk 2 orang...si mama dan si abah

ketam bercili + daun kunyit
resepi mama saranur

bahan-bahannya

4 ekor ketam
*4 biji cili besar masak{
*5 @ lebih cili padi hijau-suke pedas tambah
*sebiji bawang besar{
*2 ulas bawang putih{diblender dgn sedikit air
garam , gula dan serbuk perasa
asam keping
sedikit daun kunyit dihiris halus

CARA-CARANYA
ketam dibersihkan kemudian lumurkan dgn garam kunyit dan digoreng sebentar
sementara bahan2 bertanda *di kisar @ diblender dan ditumis dgn minyak hingga agak kering dan garing
masukkan garam gula dan bahan perasa sesedap rasa ,kemudian blhlah  masukkan ketam gaul sebati
akhir masukkan hirisan daun kunyit  dan angkat utk hidangan

Simple sgtkan he he makan bersama ulam pegaga
tp yg simple nilah sedap kata en suami ...sampai bertambah-tambah nasinya.

TERIMA KASIH

Friday, February 24

bila si kecilku kena demam campak

ASSALAMUALAIKUM
 Sekadar nak kongsikan pengalaman anak kena demam campak.. 
Seminggu lepas Sarah demam panas, tengah2 malam pulak tu, nasib baiklah stok ubat memang sentiasa ada. En hubby memang bising kalu takada ubat dlm simpanan ni emmm camnilah takut tiba2 je diserang demam ke selsema atau apa2 kan...susah juga. Ingatkan demam biasa je maklumlah cuaca skrg tak menentu..panas hujan kan. lagi2 budak2 ni aktifnya lain ..lasak berlari sana sini tak kenal erti letih, asalkan ada geng mulalah he he
Sarah ni memang tak reti diam, kalu kat taska tu dialah heroin..
tp 2 minggu lepas dpt tahu seorang kawan sepermainannya itu kena demam campak ..hmmm harap2 Sarah tak dijangkiti lgpun budak tu cuma dtg waktu petang ke nursery ni main2 ngan sarah sblm waktu balik je
Harap2 tidak he he harapan seorang ibu tp kalu dah nak terkena tu tak boleh elaklah kan. kena terima juga
2 hari je Sarah demam panas pastu eloklah dia aktif semula...
Tetapi petang khamis tu lepas mandi ternampak macam2 bintil2 merah ada air jerneh kat telinga dan leher....berderau sekejap...alamak kena ke ni????pujuk2 hati juga, Apapun kena tunggu esok utk perkembangan .betul atau tidak.
Esoknya..sah dah memang sah ada banyak lgi bintik2 tumbuh huhu hu.
Tengahari tu jg bawa Sarah ke klinik utk pastikan..yup maybe la Doktor kata  dan Doc kasi ubat gatal, antibiotic dan ubat sapu. ooohhhh dlm usia 5 tahun Sarah kena akhirnya..lebih awal dari kakak dan abangnya yg kena dah sekolah tahun satu.

Bagaimana tanda-tanda, rawatan, dan tips termasuk pemakanan. Kata doktor cuma banyak minum air, tapi tak salahkan kita cuba kaedah lain juga...
-----------------------
dari info sihat

Demam Campak
Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai
ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

   
Demam tinggi
    Batuk, selsema dan sakit tekak
    Mata berair dan sensitif kepada cahaya
    Sakit otot

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

    Jangkitan pada telinga
    Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
    Jangkitan pada otak (encephalitis)
    Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

    Panadol untuk mengurangkan demam
    Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
    Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Alhamdulillah selepas seminggu ianya mula kering tp amat2 bersyukur  sb lebih cepat pulih dari jangkaanku. 


Thursday, February 23

kek coklat kukus


 assalamualaikum
 SALAM di hari jumaat penghulu segala hari


jom layan gambar2 je.resepi paling sedap dari ..http://www.jintanmanis.com/kek/494-kekcoklatmoistkukus

Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com


Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit


TERIMA KASIH

Sunday, February 19

tart buah strawbery & buah peach je

assalamualaikum
selamat malam semua

lama dah teringin nak bikin tart ni tp kan belum sampai seru kot he he tapi hari sabtu lepas memang kena buat juga akhirnya...meh layan tart yg org baru belajar ni ye. taklah lawa cuma rasanya boleh tahan sedap bg tekak sendiri he he


yg ada cuma buah trawbery dan peach dlm tin ni je...bolehlah kan tp lagi best kalu letak buah anggur ye tak. takper lainkali kena sediakan anggur sekali...



resepi tart ini daku c/p dari myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/1371
oleh Mat Gebu
TERIMA KASIH BANYAK2

Bahan-bahan

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam. 
  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....
  9. Selamat mencuba utk semua...



Selamat malam semua

TERIMA KASIH
















Friday, February 17

bingka pandan @ kuih Bengkang

assalamualaikum semua

semoga hari ini kita semua dlm keadaan sehat sejahtera.
kalau x sehat camne nak masak2 kan he he 

ALHAMDULILLAH, syukur kerana kesihatan yg baik inilah daku mampu sediakan kuih kegemaran suami tercinta he he Kuih Bingka pandan ataupun dah biasa panggil kuih ni bengkang. Bengkang ni dulu2 mak selalu buat utk kitaorg. Masak dlm periuk guna api atas bawah tu, cara lama he he dapur kayu lak tu, atas tutup periuk tu letak sabut kelapa kan. Tp sedapnya tak terkata, kerak dia yg sedap tu hihi..
Rindu dgn bengkang mak huhuu skrg mana nak rasa lg sendiri bikin guna oven je..
Bila tanya katanya dulu wat tak letak telur cam skrg nape yek...tp tetap lembut je.


Banyak kali dah wat bengkang ni sb my hubby memang suke sgt, wat sarapan pagi pun ok. Dan pernah gak belajar wat kuih ni di Bagus dgn seorang Cheff. Tp yg kali ni ikut resepi cheff Kak Madiha. Tengok kat Fotopages, Cantik sgt bingka pandan k.madiha ni terus jatuh cinta nak memcuba he he wlpun tak sama yg penting rasanya memang sedap dan lembut. TQ ye K.Madiha. Nak link tak blh nak buka pula. Resepi ni memang dah salin dulu kat buku masak kesayanganku itu.

bingka pandan

resepi c/p dari k.Madiha Fotopages

Bahan2

10 helai daun pandan ~ hiris halus & blend dengan 1 cawan air ~ perah ambil pati jadikan 1 cawan
3 cawan santan (jumlah cecair iaitu santan & jus pandan = 4 cawan)
4 - 5 biji telur gred A (kalau telur kecik.. buh 6 biji)
1 3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum
secubit garam
Bijan ~ disangai (ku tak bubuh)

Cara
1. Masukkan telur, gula & garam dalam satu bekas & kacau guna whisker hingga rata...
2. Terus masukkan santan & jus pandan dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Masukkan tepung gandum secawan demi secawan dan kacau hingga rata.
4. Panaskan oven 175 - 180C & lengserkan keseluruhan dalaman acuan berlubang dengan 3 sudu besar minyak masak. (boleh juga guna acuan lain... tp masa membakar agak2lah yer..
5. Tapis adunan ke dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Bakar guna api bawah selama 30 minit kemudian keluarkan kuih dan tabur bijan dan sambung bakar lagi dengan api atas & bawah selama 35 - 40 minit lagi atau sehingga masak.
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.

























ok setakat ini. 

TERIMA KASIH SEMUA



Tuesday, February 14

KEK AISKRIM STRAWBERY UTK ANNIVERSARY KE 13




 
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kurnianNya, kerana terus memberi ruang utk mengharungi suka duka dipentas  dunia sementara ini. 

Tarihk paling bermakna ...saat manis ketika diijabkabulkan bersama insan tersayang. 14 HB FEBRUARI 1999
Kini HARI INI genap 13 tahun sudah ia berlalu dan telah ku mengharungi alam rumahtangga ...bersama suami yg penyayang dan 3 cahayamata yg sempurna .
Adatlah kan ada kalanya...sedangkan lidah lagi tergigit. he he yg penting kefahaman dan saling memahami dan biarpun  suka duka yg ada kalanya tiba.....

Anniversary tahun ni mama try wat kek yg belum penah buat lagi. kek aiskrim strawbery....simple 2 je deco, terkejar-kejar dek masa buat express ... lagipun  lebihan krim hari tu ada lagi cuma tambah warna pink terang dan letak strawbery dari giant. he he
Alhamdulillah ada daripada tak ada kan. 



''WALAU SEBESAR MANA MASALAH YG BERLAKU DALAM RUMAH TANGGA IA SEBENARNYA BOLEH DISELAMATKAN ASALKAN SUAMI ISTERI SANGGUP BEKERJASAMA MELERAIKANNYA. NAMUN BEGITU RAMAI PASANGAN YG CEPAT PUTUS ASA LANTAS MEMBIARKAN PERKAHWINAN YG DIBINA ATAS DASAR CINTA ITU MUSNAH SEKELIP MATA'

Kata-kata yg dipinjam dari majalah mingguan wanita- 
KENALI 4 TAHAP BAHAYA DLM PERKAHWINAN-psikologi perkahwinan
tahap 1. timbulnya gangguan
tahap 2.wujud rasa marah
tahap 3.menjauhkan diri
tahap 4.tidak lagi peduli

ok selamat malam dan TERIMA KASIH

Thursday, February 9

cara manis cermai

 
assalamualaikum
menu apa hari ni agaknye kan....kita wat kuih cara manis je. yum yum sedap sampai licin dah piring tu he he



akhirnya tercapai juga hasrat di hati nak menerai kuih cara manis ni, dari sehari ke sehari asyik tertangguh je. kadang2 dah siap ambik daun pandan tp yg jadinye lain he he tp kali ni memang nekad nak buat jg setelah tertarik dgn resepi dari blog Sentuhan Azian. Bahan-bahannya pun tak banyak sgt dan rasa buat y baru nak menerai ni sesuai la kan. Alhamdulillah sungguh sedap, puashati. Acuan baulu cermai ni turun temurun he he yg arwah MIL punya, korek2 dlm stor dapat akhirnya....yg bestnya elok je tak melekat pun. Acuan org lama la katakan, berat  acuan ni tau.
siap masuk tupperware wat bekalan he he memang sedap lemak2 manis wangi bau daun pandan lagi. Rasa x puas je makan ni, cam nak bikin lagi banyak2 sikit. 
resepi boleh tgk disini blog asal
..http://aziancollections.blogspot.com/2012/01/cara-manis.html


TQ very2 much wat Azian Daud diatas resepi ini,. Saya c/p disini sebagai rujukan di lainkali. Sure lepas ni akan terhasil kuih cara manis ni lagi he he

CARA MANIS

Sumber: 1 Bdaria
Sumber :2 Azian Daud

BAHAN-BAHAN

80 gm tepung gandum

50 ml santan pekat

120 ml air perahan daun pandan

1 biji telur

sedikit garam

minyak secukupnya.

sedikit gula untuk intinya

CARA MENYEDIAKAN:


1. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan sukat sebanyak 120ml.

2. Bancuh tepung bersama garam, air pandan dan santan sehingga tepung sebati. 

2. Pecahkan telur dan gaul rata.
(telur di masukkan setela tepung larut supaya tidak bergentel)

3. Biarkan 15-20 minit.

4. Sapukan acuan bahulu cermai yang telah di panaskan dengan sedikit minyak.

5. Tuang batter kedalam acuan sehingga penuh acuan. Masukkan sedikit gula di tengah-tengah dan tutup acuan.Masak dengan api yang begitu perlahan.

6. Apabila permukaan rata dan membeku batternya, bolehlah di cungkil sedikit dengan lidi.

7. Ulangi proses sehingga selesai.



Ok ye setakat ini. TERIMA KASIH SEMUA

Tuesday, February 7

chiffon oren x berapa nak ok

assalamualaikum dan Selamat malam semua.

entry kali ni ada model tak berbayar nak enteprem.....sekarang pantang  mama nak ambil gambar ada la budak ni ofer nak masuk sekali ha ha ambik gambar adik sekali mama, katanya
oklah kan...seb baik tak kena bayo tau.

Tengok tu ada tangan tengah nak menggap kek chiffon yg tak berapa menjadi ni he he seb baik la kan ada jg peminat.


Projek yg tak berapa nak menjadi pun nak tayang kan....he he gelakkan diri sendiri dulu
Bukan salah resepi tp salah yg membuatnye  ni tau. tu la org kata dah masak tu terbalikkan tp kan terlupa nak wat step ni tu yg macam mengempis sikit ha ha


oppps tak sempat nak wat pautan sumber resepi ni...boleh ke nanti akan disertakan.
bukan apa mata ni penat sesangat dah...nak zzzzzzzz esk pagi2 kena bangun rutin harian dah bermula semula kan.


ok SELAMAT MALAM

Monday, February 6

apam eno utk makan pagi


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 

Alhamdulillah  masih berkesempatan menyambut Maulidur Rasul tahun ini. Syukur kerana masih diberi ruang utk bernafas dan dianugerahkan kesihatan yg baik utk terus menjalani kehidupan di atas pentas dunia ini.Sempena MR mari kita berselawat ke atas Nya.
 
Minggu ini juga kita bercuti lagi pada hari isnin dan Selasa.. anak2 jg cuti sekolah 4 hari wah bukan main suke la diorg ni. Bukan apa leh mengadap tv tu 24 jam ye tak. Aduh letih jg kan layan budak2 ni cuti2 panjang ni he he kecoh dibuatnya . Tp takpe kan masa ni la dpt layan selera diorg ..kalu sekolah pagi...petang barulah dpt tgk muka he he


ok pagi ni kita sarapan ngan apam eno je...cicah kelapa parut sedap tu kan...makan lak panas2.
saja nak kaler purple kasi menarik, asyik pink aje kan ....

Belajar wat apam ni dari kakak ipar masa balik kampung tahun lepas lagi, tp rasanya ramai rakan2 blog YG PAKAR MEMASAK ada resepinya. dan banyak blog 2duk tayang apam ni dulu kan. Apam ni ada macam2 versi rasanya ada yg letak eno ada yg letak nasi.. tp yg ni apam ada letak tapai nasi dan juga eno. Senang je masa tgk SIL buat tp bila try sendiri mengigil juga he he
Tapai nasi kena sediakan dulu 2,3 hari pastu baru leh bikin apam ni. My Mak bukan main gemar apam ni tau sbnya guna tepung beras, kalu dtg umah kat KL ni memang dia sibuk mencari pagi2. Bila my SIL buat hari tu terus dia suh belajar wat...puas sikit makan banyak2 kan. Kalu beli tu kecik2 7 ketul dah singgit. mana cukup he he Jalan punya jalan mencari resepi ni ada rupanya kat blog izahDaut.
yg popular itew...sapa tak kenal kan tq ye adik sayang  IzahDaut he he resepi apam beras lebih kurang je ngan resepi SIL cuma dari sukatan je. jadi akak share c/p resepi Izah je kat sini ye, wat rujukan diri sendiri masa akan dtang kelak. SIL punya sukatan lebih banyak sampai sepeket tepung beras cap teratai tu, takut terlebih  la kalu kat umah ni  he he x leh banyak2 sb ornya tak ramai.

APAM TEPUNG BERAS
sumber :IzahDaut


1 cawan nasi (akak wat yg telah jadi tapai)

2 cawan tepung beras

1 cawan gula putih

1 1/4 cawan air

1 sudu kecil yis( akak x letak )

sepeket kecil eno



Caranya:


1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).samalah kita

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


wokey dahpun siap dan habis dimakan pun he he.



TERIMA KASIH BUAT YG SUDI BERKUNJUNG KE SINI DAN JUMPA LAGI WASSALAM

Friday, February 3

mee kari -resepi kakak iparku

assalamualaikum dan selamat malam..
Selamat bercuti-cuti lagi ye buat semua. Best tu kan minggu ni cuti lagi 4 hari, boleh lepak2 di rumah, boleh masak-masak lagi he he Dan dah tentu ada yg plan jalan-jalan bersama anak-anak ni. Takpun balik ke kampung kan. Jumpa ayahbonda di sana.


sambil2 tu kan meh layan mee kari kami ni ye. Seminggu lepas punya menu he he buat hari sabtu lepas lagi makan tengahari, tak yah makan nasi dah. Sebenarnya kan hari sabtu ada pasar malam kat kawasan sini, lazimnya memang pegilah petang sabtu tu, beli buah2 utk stock seminggu dan sayuran. Kalau dah pasar tu memang tau dah  kan macam2 lah makanan dibeli, tu yg hari sabtu je memang tak masak laukpauk utk makan nasi . biasa le kan budak2 ni ayam goreng singgit , murtabak, apam balik, jagung rebus menu hari sabtu.... mesti beli punye.

Jadi mama ngan abah makan tengahari ngan mee kari je lah.... lupa pulak cuma Sarah je yg boleh join mama makan mee kari ni, kakak dan abang pandang sebelah mata je hu hu sedey kan.
tp sek baik tengahri tu FIL singgah umah..jadi jamu mee kari je he he

NAK TENGOK RESEPI " mee kari"
Resepi Mama Saranur blogsport
sumber utama resepi SIL

bahan-bahan utama


2 bungkus mee- di celur dgn air panas
sayur sawi, taugeh- dicelur
cili merah dan limau kasturi
telur ayam direbus



bahan-bahan utk kuah

1/2 bungkus (kecil)rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
santan kelapa-dari 1 biji kelapa


*3 sudu besar udang kering}
*3 ulas bawang merah dan bawang putih}  diblender halus
*sedikit halia
1 batang serai- diketuk
sedikit kulit kayu manis
sedikit daun kari
daging , kerang dlm secawan dan semangkuk udang
tauhu kering , fish ball @ fish cake
2 kuib  stock ayam knorr
1 sb gula dan garam


2 biji kentang-direbus dan dilenyek(utk pekatkan kuah)


cara-caranya


tumis bahan2yg diblender dgn sedikit minyak masak hingga naik bau
masukkan rempah kari dan cili kisar
kemudian daun kari, serai dan kulit kayu manis
barulah masukkan santan, diikuti daging, kerang dan tauhu kering
masukkan 2 kiub stock ayam serta gula dan garam
akhir sekali masukkan udang dan kentang lenyek
biar sehingga mendidih


bolehlah dihidang bersama sayur-sayuran dan telur rebus
untuk yg suka pedas boleh tambah sambal tumis kerang ataupun ikan bilis.



ok SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, February 1

cekodok pisang je

Assalamualaikum
selamat berehat ya wat warga kota hari ni...cuti hari wilayah kan, sempat la nak keluar jalan-jalan ni. ke Tasik Titiwangsa ke kan sbnya hari ni kalu nak boat free tau. Best gak tu kan
Hari ni kan layan cekodok pisang je he he pisang batu. Dah lama terperap dlm peti ais tu ha.

sebab pisang ni dah terlebih masak nak wat goreng pisang dah tak sedaplah...lembik nanti berminyak-minyaklah ia, baik blend pastu campur tepung jemput2 jadi cekodok. Sebenarnya kat umah ni laju je kalu cekodok ni semua suka. Tak kira petang ataupun pagi,
Rasanya semua penah buat ni. Resepi masing2 kan tp bagiku pulak kalu cekodok pisang suka blend hancur dulu baru masuk gula garam dan tepung beserta soda. Kasi dia naik kembung sedap. Sbnya setengah org suke lenyek2 je sb tak nak terlalu hancur pisang tu kan dan tak suka letak soda.
he he lain selera ye tak.

ok cukup setakat ini. jumpa lagi. TERIMA KASIH

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...