iklan

Wednesday, 25 September 2013

agar-agar santan sirap rose

 assalamualaikum

kembali bersiaran....agak lemau malam ni tp gagahkan jg wat entry
ni la akibat makan rambutan he hee dah lain macam tekak ni
badan suam2 gak.Harap2 janganlah demam ...
ok jom tengok menu desert kali ni. Agar-agar santan versi merah.
kan biasa makan yg gula merah atau pandan.
bila letak kaler merah pun ok gak kan.


resepi dari Naz, TQQQQ ye Naz
 http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas y
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
  2.  Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

9 comments:

  1. SALAM mamasara, wah merah menyala agar2 ni menarik selera untuk merasa ni..

    ReplyDelete
  2. amboi kak...sedapnya klau dapat ni...nak buatnya..mcm malas plak...hehe..

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    saya pun ada buat agar-agar ni dan cuba resepi kak naz..memang sedap dan terbaek!

    ReplyDelete
  4. mala suka agar2 klasik mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Nyum2x... sedapnya.... nyaman jer tekak kan Mama...

    ReplyDelete
  6. sdp ni...
    sy pulak bt agar-agar permata...
    kalau dekat boleh tukar2..

    ReplyDelete
  7. Assalam saranur, akk pun pernah buat agar2 ni menarik dan sedapkan, nyaman mkn sejuk2

    ReplyDelete
  8. biasa makan yg hijau pandan je, blh gak ni mentry yg versi merah rose plak…tq

    ReplyDelete

kata-kata manis