Skip to main content

kek chiffon rose

 assalamualaikum

selamat berhari minggu.
entry cepat dan pantas hari ni he hee baru lepas siapkan kek chiffon rose ni ..potong dan siap posink dan wat entry.
ni lah namanya tak ada kejaaa
sebenarnya sorang2 duk umah dari semalm hu huu anak2 sorang pun tak ada. Si kakak ikut camping sekolahnya, si abang dan adik tidur kat kat umah SIL di Rawang nun. En asben pulak pagi2 td ke Trengganu huwaaaa so tinggal la sorang2
tu yg nak hilangkan boring wat kek chiffon ni. ptg ni kakak dah balik blhlah makan2. Si kecik Sarah ni beriya-iya nak tido di rumah sil, byk kali tanya boleh ker tanpa mama ni. Bolehhhh katanya
dia okey je tp mama yg tak keruan he heee

alhamdulillah sedappp lembut gebus kek ni cuma agak fail bab nak tanggalkan dari acuan tu. Terkopak sikit he hee atau tak sabau benor tak sempat sejuk
apapun still okey elok. boleh wat makan petang ni sorang2 cicah air kopi o. mai sapa nak temankan bolehhh


ok resepi kek chiffon pandan hasil olahan  hazila.blogspot.com
tqqqqq ye. cuma kita tukar perisa pandan tu ke sirap rose

PANDAN CHIFFON CAKE

Sumber : Sonia, Nasi Lemak Lover

Bahan bahan
5 butir telur kuning
20 gms gula pasir
80 gms minyak jagung
60 gms air + 20 gms pandan extract
125 gms tepung kek

5 butir telur putih
90 gms gula pasir
1/2 sudu teh perahan lemon

Cara cara
1. Kuning telur dan gula pasir di pukul ringan hingan sebati. Masukkan campuran air dan pandan extract dan kacau sekata.
2. Tuangkan minyak jagung dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan juga jus lemon ke dalam putih telur. Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan tepung, gaul menggunakan whisk hingga sebati.
5. Masukkan baki 2/3 aduanan putih telur dan gaul sekata.
6. Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake (20 cm), bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.
7. Apabila kek sudah masak, keluarkan dan terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan hingga ia sejuk.



Comments

  1. Mmg nmpk gebunya tu kak..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya mama sara ni, akak punya acuan terperap bertahun dlm almari. Mood baking dah lama berkubur ntah bila nak mula. Nmpk gebu juga chiffon tu...

    ReplyDelete
  3. ingatkn kek cifon chef rose..pasei smlm citer selera tu chef rose buat kek cifon jugak...
    cantik jadinya tu...

    ReplyDelete
  4. Nampak gebunya kek chifon awak buat tu...tengok resepi takde ovelet boleh la saya cuba :)

    ReplyDelete
  5. bestnye chiffon cake rose….nak buat gak la kak. boleh?

    ReplyDelete
  6. salam kak..

    sedapnya makan kek chiffon..gebu dan lembut sangat..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mama sara... lama kita tak menjengok di sini....
    maveles tengok kek wana pink tu... gebusss...

    ReplyDelete
  8. nampka gebu kek chiffon tu, mesti sedap tu Sara.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...