Skip to main content

cream puff kastad lazat

assalamualaikum
Salam Jumaat semua ..
.morninggggggggg dah breakfast you all he hee
tetiba datang kerajinan pula pagi2 ni
okeyy jangan banyak cerita jom kita layan je cream puff berkrim kastad ni ye ,bukan kali pertama tp berkali-kali jg cuma antara rajin nak posing atau tidak. Biasa la kan kalu rasa cantik sikit baru la blh tayang disini he heee
yg penting 2 anak sy sgt suka akan cream puff ni 


resepi cream puff  ni cilok dari blog Mamasya
 tqqqq

CREAM PUFF
Sumber ; Zaliana@Myr 

oleh; Dapurmamasya 

bahan-bahannya

125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 

100 gm butter 

250 ml air 
1/2 sudu teh gula 
3 biji telur 

Cara-cara 

Cara-cara untuk puff 

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 

Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk, nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan. 
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer 
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang 
. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar 

castad cream

Sumber; Honey @ Myr 

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml ) 



1 sudu besar tepung jagung 

4 sudu besar gula 

200cc(1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalaam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. 

Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 

Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau. 

** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning. 

Comments

  1. Salam jumaat kak...wahhh cantek le puff dia...sury x terbuat2 lagi puff ni..kalau nk makan main beli je...lain kli blh try buat pulak..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Suri
      try sendiri blh mkn banyak he heee

      Delete
  2. salam kak..

    menggoda la cream puff tu..

    ReplyDelete
  3. cantik ... bila nak try ni?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak..
    mmg sedap cream puff ni, lama tak wat gak.. kinah dah mula tanya.. bila mama nak wat.. padahal nozel nani hari tu TERCAMPAK dlm plastic sampai.. 5 nozel skali.. uwaaaaa.. tu la sbb mama tak buat dah.. kakakakaka

    ReplyDelete
  5. wah gebu nya mama sara cream puf ni macam nak ambik je dua tiga ketoiii heee nasib baik baru lepas makan hahah

    ReplyDelete
  6. Memang terbaek la...sodap tu..

    ReplyDelete




  7. SAFFRON STIGMA, 1 GRAM = RM 36 SAHAJA(termasuk pos)
    *15 terawal akan diberi 1 uncang teh saffron secara percuma!

    Khasiat: saffron boleh membantu proses penghadaman dan menghilangkan bau mulut., menguatkan ingatan, agen anti barah,kencing manis, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, gout,keletihan, sembelit, Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang (sedative),Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain..

    Boleh digunakan dalam masakan:Dibubuh dalam masakan seperti nasi beriani saffron, nasi ayam saffron, nasi minyak saffron, nasi arab mandi,ayam/kambing kuzi,ayam/daging kari.
    -Dibubuh dalam susu dan teh panas

    Cara-cara menggunakan;

    6 stigma (filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung


    untuk tempahan:www.zouksaffron.lot.my atau sms ke 014-6245 445 atau inbox ke zouksaffron@gmail.com

    ReplyDelete
  8. alahai... moleknya naik menggebu krim paff tu.
    Dulu pernah try buat, bila keluar dr oven jadi lempeng
    Org kalau tangan tak bedung lain yg dibuat lain yg jadi... huhuhu

    ReplyDelete
  9. alahai... moleknya naik menggebu krim paff tu.
    Dulu pernah try buat, bila keluar dr oven jadi lempeng
    Org kalau tangan tak bedung lain yg dibuat lain yg jadi... huhuhu

    ReplyDelete
  10. Wah samalah kita sudpVSenduk... itu pasal tak berani nak buat lagi. Syok je tengok org lain buat jadi cantik.

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Mamasaranur
    sama2...comei elok cream puff jadinya.....
    puas mkn sekeluarga tambah kalau anak2 suka.

    ReplyDelete
  12. Esselamu aleykum. :) çok harika ve lezzetli görünüyor ellerinize sağlık! :)
    Esselamu aleykum. :) tangan kelihatan kesihatan begitu indah dan lazat! :)
    http://translate.google.com.tr/#tr/ms/

    ReplyDelete
  13. sedapnyer.. saya dh 3 minggu dpt respi,tp tak terlaksana jugak..malas nk mengacau kastat tu kot..hahaha..meh dua tiga bijik..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya....belum pernah buat lagi....tq kongsi resepi ye.....

    ReplyDelete
  15. Wowee.mengancam la mamasara..klau dpt angkut sepiring best ni...

    ReplyDelete
  16. salam kak...
    comel dan kiut cream puff akak nih... geram nengok! rasa nak bawak lari sepinggan tuh! hihi...

    ReplyDelete
  17. Gebunya tengok cream puff akak.. Nak satu boleh tak? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…