iklan

Monday, 17 September 2012

roti jala + kari ayam

 assalamualaikum semua

Selamat memulakan tugas kembali....alhamdulillah hari ni cuaca sgt2 elok kan.
tadi terlupa jg yg hari dahpun hari selasa, ingatkan isnin tadi he he maklumlah selalunya mula masuk isnin kan. Duk belek2 gambar mana yg nak masukkan n3 dulu ni...Tgk gambar takde idea pulak apa yg nak ditullis..gambar2 raya, jamuan raya kalau masuk blog boleh jg wat kenangan di hari kemudian kan..
last2 letak je n3 roti jala he he

roti jala ni kesukaan kakak Tisha anak dara  kat rumah ni. Mama pun suka jugak, kalu ke open house tu bila nampak hidangan ni itulah yg dimakan dulu. kena dgn kuah dari yg sedap, sedaplah kan. Ada jg yg sediakan kuah durian tp mama kurengg sikit kuah durian ni. kalu cicah roti tu ok. Ragam2 manusia namanya kan...lain org lain seleranya, betul tak??
kalu buat sendiri sikitpun cukup dah ..sekali makan. Sebab tu kalu teringin baik beli je 3 hinggit. masa last puasa hari tu kat mak kat kg request SIL suh wat..memanglah kena sekilo tepung, itupun sekali hadap dek anak2 buah langsai sekelip mata he he

wokey cerita pasal resepinya ada yg bubuh santan ada yg letak susu cair dan ada jg yg letak air biasa je kan...rasanya kalu buh susu cair lemak2 rasanya dan letak santan pun sama sedap jg ehh

cuma disini nak share resepi yg dicopy kat myresep ihttp://www.myresipi.com/top/detail/3243

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.



ok bolehlah cuba siapa yg nak cuba ye.


8 comments:

  1. sedapnya menjala-jala ni ..... rasa laparlah pulak!

    ReplyDelete
  2. lamaaaaanya akak tak menjala ,sedap dicicah dengan kari

    ReplyDelete
  3. Alaaahaiii.. Sedapnyer nampak roti jala n kuah kari tu.. Mana nak cari ni? Telan air liur lg laa..

    ReplyDelete
  4. roti jala mmg x pernah rasa jemu nk mkn,forever sedappp:)

    ReplyDelete
  5. sedapnyer roti jala ...tiba2 terbau haruman kari ayam yg wangi...furgghhhh terbaekkk!

    ReplyDelete
  6. Aslmkum mamasaranur. kat rumahpun kami sekeluarga suka roti jala cicah kari....
    samalah kalau cicah kuah lain kurang suka..

    ReplyDelete
  7. Salam Mama Sara..
    sedapnya roti jala cicah kari ayam...leh mkn banyak ni...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak...
    sedapnya.. roti jala cicah kari mmg best...

    ReplyDelete

kata-kata manis