assalamualaikum
Cuaca kat sini mendung dari tadi bila pandang ke luar kellihatan rintik2 hujan mula turun ke bumi....sejukkk nyaman. makin Lena anak2 kat taska tido nampaknya bila sejuk camni.
. Macamna agaknya adik2 anak2 harap2 semuanya tenang ...Insyaallah berkat usaha pasti berjaya.
Bukan anak2 je yg mendebar ibuayah ni lagilah kan kan.tak putus2 berdoa ..Buat pelajar2 SRAI belum berakhir lg minggu dpan kena bersedia untuk soalan2 PSRA pulak kan
Ok ye. skrg boleh kita n3 masak2 kembali....mari layan kek gula hangus pula ataupun setengahnya panggil kek sarang semut. Mana2 pun bolehlah kan. Buat sebelum raya hari tu kirim kat SIL sebijik. Lama jg tak membaking kek gula hangus ni sampailah dah lupa tp bila belek2 buku resepi alhamdulillah masih ada resepinya tp sayangnya tak tertulis nama empunya resepi la pulak
resepinya dpt seketul kecik je..mama wat dlm bekas yg memanjang oklah. bila google resepi kebanyakannya sama sahaja. Mungkin salah satuya masa copy dulu kot. Harap2 siapa empunya resepi yg asal tak marah ye.
Resepi Kek Gula Hangus
Resepi Kek Gula Hangus
Bahan-bahan
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanilla
Cara Menyediakannya.
1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, pukul telor sampai kembang & pekat.
5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
9. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Dan bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.
Bahan-bahan
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanilla
Cara Menyediakannya.
1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, pukul telor sampai kembang & pekat.
5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
9. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Dan bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.
Assalamualaikum..
ReplyDeletekak.. kat puchong pun pagi tadi renyai2 hujan.. tapi lalu tak basah ler.. heheh.. just hujan rintik2 je sikit...
teringat time 1st mengidam beberapa bulan lepas.. kek sarang semut la paling nani teringin sangat.. sampai sanggup wat sendiri walaupun 1st time wat.. tapi dah rasa.. ok lah.. boleh boleh la.. tak mintak dah la sampai skrg..
klu org x reti buat..mmg x jadi sarangnya tue mama..sedap fav zila kuih nie..
ReplyDeletesalam ... ni mmg favourite. nak buat pun senang. bahan pun tak byk,
ReplyDeleteCantik kejadiannya....memang fav akak sekeluarga.Kalau buat kek gula hangus ni mmg sekejap aje licin.
ReplyDeletesalam mama...hitam molek kek dia..mokwo suka makan nih tapi orang lain dlm umah tuh tak brape suka..so memang jarang nak buat..selalu beli jerrr...lately tak nampak batang idung lak mak cik yg jual kek nih...hemmm!nampaknya kalau teringin, kena buat sendiri lah!
ReplyDeletekalau nampak kek gula hangus ni mesti teringatkan arwah mak sebab dia cukup expert buat kek ni. Sedap pulak tu...
ReplyDeleteassalam sara..memang cantik sungguh kejadiannya kek sara ni..terus rasa teringin nak makan..tpi acik tak pernah buat sendiri..nak makan selalu beli je
ReplyDeletelawa keknyer...bersarang elok jer...CK tak pernah lagi buat kek gula hangus ni, takut hangus rentung langsung takleh makan...heehe...
ReplyDeletesalam kenal mamasara.sedapnya kek tu.selalu bila nak makan saya oder kat kawan je coz takpandai dan tak penah cuba buat sdiri hihi
ReplyDeletecantiknye kejadian kek sarang semut tu...bersarang2..QH xgeti buat kek ni..mesti xjadi cmtu..
ReplyDeleteSalam kak :D kita dtg awal2 pagi nii belum nak tido lagi hihihi.... Mak kita suke sgtlah makan kek ni dulu2, kalau menajadik mmg bersarang gitu kan jadiknya, cantekkk!
ReplyDeletedah lama tak buat..sedap lembut je,warga emas lagi suka kek mcmni..kek tradisional.
ReplyDeleteSedapkan kek sarang semut... suka makan tapi belum pernah buat!
ReplyDeleteMemang sedap kek sarang semut ni...suka banget..
ReplyDeleteSlmt berhujung minggu Mamasaranur. dah lama tak buat kek gula hangus ni....suka mkn yg lembab gini...sedap...
ReplyDeletenampak cantik menjadi sarang nya...kalor pun cukup menarik. Fav akak ni.
ReplyDelete