Skip to main content

hepi besday kakak yg ke 11


assalamualaikum

cerita yg agak basi dah ni..masa raya ke 2. Tahun ni besday kakak Tisha anak daraku jatuh padahari raya aidilfitri 2 syawal tarihk omputihnya 20 hb ogos. Genaplah umur kakak 11 tahun sudah tp kan rasa macam baru je mengandung dan melahirkan ..
 mengimbas kenangan 11 tahun lalu...kakak di lahirkan kat Damai Hospital Melawati tepat jam 1 pagi. Paling mudah lahirkan kakak, tak sempat Doktor sambut pun. Petang 19hb tu pergi jamuan besday anak jiran sebelah makan kek bagai pastu hantar adik alik ke Petaling Jaya. Samapi umah 9 malam tu air jernih keluar membasahi baju, ok lagi masuk tido bila terjaga 11 malam rasa macam air banyak sgt keluar terus telefon SIL tanya dan SIL suruh ke spital cepat2 katanya .seb baik si abang Is (anak sulong) tgh tidur lena. Sampai spital dlm 20 minit terus Nurse suruh tukar baju spital..bila.masuk je bilik bersalin terus rasa macam meluncur keluar si kakak ni he he Doktor pun masih dlm lift...ingat balik lucu jg kan. walaupun anak ke 2 tp macam blur masa tu,  ye la kan tak sama pengalamannya. Firstime memang sakit sb kena induce paksa bersalin tp kedua pula tak sabar2 nak keluar sampai x sempat..

.Hari ni dah besar panjang kan anak mama. Bolehlah diharap tolong yg mana patut he he Alhamdulillah..

memandangkan raya ke 2 tu masih di kampung, takdelah kek special ye kak. Ni kira nasib baik kek karemel blm sempat dimakan oleh pokcik ha ha , sebab pokcik kena habiskan kek pandan kastad tu dulu...

Apapun mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik...jadi anak yg solehah berjaya di dunia dan akhirat.
sentiasa ingat pesan mama buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali ye sayang

dapatlah makan2 dan nyanyi dgn cousin2 kamcengnya ni kak long, azwa dan Aina. Petang masa ke Taiping   umah cousin mama dpt makan2 mcd pula sb duk bodek2 tokki suh belanja kfc he he yg jumpa mcd...jadi la kan

awal2 lg dah plan balik KL baru nak wat besday jemput kawan2 sekelasnya macam tahun sudah...siap merayu-rayu kat mama dan sanggup guna duit rayanya tu. Tengoklah macamana nanti. Memandangkan masa dipenuhi undangan OH ni entahlah boleh ke idak. insyaallah


SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAK SITI FATIMAH FIRASYAH BT SULAIMAN
jadilah anak yg baik ye sentiasa mendengar kata  dan BELAJAR RAJIN2 AGAR JADI INSAN YG BERGUNA pada agama bangsa dan negara..
Aminnn

Comments

  1. Wah...bestnyer potoong kek...sedap tu...
    selamat hari jadi siti fatimah...semoga jadi anak yang soleh...

    ReplyDelete
  2. Wah! Dah besar panjang si dara Kakak siti Fatimah ye... happy belated birthday, insya-Allah jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan...

    Happy belated besday to Kakak Tisha. Moga menjadik anak yg solehah dunia & ahkirat..Amin.

    Kebetulan...anak ahkak pun sebaya dgn Tisha nie..esok birthday dia 10 Sept.

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday to Tisha!

    ReplyDelete
  5. salam saranur...HAPPY BIRTHDAY TUK KAKAK TISYA...semoga membesar menjadi anak yg solehah,rajin2 belajar & doa mamamu dimakbulkn oleh Allah.
    Aminnn

    ReplyDelete
  6. Salam kak, comelll ank dara akak! Selamat Hari Kelahiran buat kakak Tisha, doanya moga membesar dgn sihat n berjaya dunia akhirat insyaAllah!

    ReplyDelete
  7. selamat hari jadi kakak Tisha... rajin2 belajar ;)

    ReplyDelete
  8. selamat hari jadi.. semoga jadi anak yang solehah... berjaya dunia dan akhirat....
    best sambut hari jadi sefamily...

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...