Friday, June 7

agar-agar merah Ros


 assalamualaikum

Rasa je baru jumaat lepas bertolak blk ke kampung, hari ni jumaat lg bezanya hari ni berada kat KL.
Seminggu jg tak tgk blg kawan2.  Rumah kg tak ada intenet kan.
masa jg terbatas, mcm2 tugas menanti. Alhamdulillah lega dpt berbakti walau tak seberapa,,,dari isnin ulangalik Hospital Selama pastu Hospital Taiping bawa pak dan adik chek-up.
Ikutkan hati nak lg lama tp apakan daya....ikut hati jg sgt2 berat nak meninggalkan mak ayah dgn keaadan ayah mcm tu...

Balik hari tu sempat buat agar-agar merah ni, kegemaran ayah, memang dia suka makan. Kalau buat agar2 lain  kurang, memang dari dulu lg. nak lg kalau bulan puasa memang setiap hari kena ada agar2 ni sgai juadah berbuka.
senang simple kan masak je agar2 buh gula bekukan. Kaler merah .
kaler merah tu penting tarikann he hee

Masa duk kemas2 tu jumpa acuan bunga ros lama mak ni, mak kata ambik je lah  tak ada siapa guna punhe hee
kalau boleh pinggan mangkuk lama pun mak suh ambik tp memang tak muatlah. Semua simpan bungkus je, sbnya sekali sekala je balik umah kampung tu kan.
 Takut kena angkut dek pencuri.
dahlah Mesin basuh  kena angkut, aduhhh susah dah nak basuh kain.
lain2 barang penting semua simpan dlm satu bilik pak kunci,skrg bukan main berluasa pencuri pulak pantang ada yg boleh dijual semua hilang. Tension betul


agar2 ni guna agar bertali tu sepeket rm2,60 . Suka pulak si Sarah ni makan dgn tokkinya. Layan selera tokki

AGAR-AGAR SIRAP ROS

sepeket agar2 tali
air 1000 ml @ guna sukatan plastik agar2 td sbyak 2 plastik
gula ( ikut manis)
daun pandan
sirap ros

masakkan agr2 dgn air hingga mendidih
agar2 tadi hancur
masukkan gula dan daun pandan beserta sirap ros
biar mendidih
tapis- masuk dlm acuan
bekukan
dan siapppp

tinggal 2 hari lg sekolah nak buka kan....sekejap je rasanya
minggu depan kembali macam biasa dah....



Friday, May 31

kek buah kukus k.sheila

assalamualaikum

Bila tergoda tgk K.Sheila spice journey tayang kek buahnya terus terdetik nak buat jg he hee pastu nampak pula kat blog2 lain...makin lah keinginan tu membara.

walaupun bukanlah peminat tegar kek buah ni, anak2 pun kurang
tp desakan ingin mencuba yg kuat akhirnya terbuat jg.
Rasanya kalu raya, ataupun sebagai kek hantaran sesuai sgt kek ni kan. Lg pula kek ni tahan lama. Mengikut kata lg lama lg sedap lg lembap...

4 jam masa mengukus, sampai terlelaplah kejap he hee 
apapun memang hasilnya alhamdulillah menjadi dan sedapp


ESEPKEK BUAH KUKUS

sumber rujUkan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir-sy letak 300 gm shj
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran 
  • 3 Biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* -
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)

  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


sekejap je kan dah akhir may, pasni jun dan july bermulalah puasa Ramadhan..dan Syawal menyusul
zasssssss masa beredar pantas
umur jg makin meningkat.... 

entry ni akhir sblm June, malam ni insyaallah akan bergerak balik kampung cuti seminggu. C uti panjang ni lah nk ambil kesempatan
entah mcmnalah rupa rumah kat kg tu, bila mak ayah duk kat umah kakak di Taiping,,,semak samun agaknya diluar, dalam ula penuh habuk2. Mcm2 operasi kena buat ni
tp yg pasti disitulah tersimpan segala memori pahit manisnya..
walau mcmnapun sgt2 sayang rumah tu.

Thursday, May 30

kastad coktail yg yummyy

assalamualaikum ..salam sejahtera

Dahpun penghujung May 2013, lepas ni June dah. emmm cepatnya masa ni kan.Nak puasa tak lama lg.

 sampai hajat nak buat dan makan puding coktail ni minggu lepas , admit hari tu macam2 pula nak makan he hee selera alhamdulillah okeyyy
 isshhh risau jugak ni karang tak berenti makan naik berkilo-kilo la kan.
Pagi, tengahari, makan emmm malam pun makan nasi jgk ni. 
Asben pun bising makan-makan ktanya karang sakit susah he hee

Kisahnya Ahad lepaslah bila abang dan familynya call nak dtg rumah ptg tu, 
Saja melawat,sb masa duk wad hari tu abang kat kg uruskan ayah yg jg kat wad. apalagi terus teringat kalu buat coktail ok gak kan blh makan ramai2. lgpun penyediaan cepat kan. RVC pun masih ada.Desert camni Kalau tak ada org takut pula tak terabis, biasa la benda2 gini.
setin buah2 coktail dah lama beli wat stok.
so apalagi jom layan he hee

makan yg dah disejukkan, bestkan.
akhirnya si kakak pun tersangkut dgn keenakan susu cair ni bersama buah2 he he


PUDING KASTAD BUAH-BUAHAN COKTAIL
sumber resepi : k.sitidelima

Bahan-bahan  kastad

1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
4 cawan air
mama tambah 1/2cawan susu segar

masak sehingga pekat berkilat
masukkan dlm acuan dlm sejukkan

kuahnya
1 tin susu cair f&n
1 tin air masak

masak mendidih-sejukkan

satu tin buahan coktail-sejukkan

campurkan kesemuanya dan siap emmmm yummy menikmatinya sejuk2 he hee


Tuesday, May 28

rvc cup cake cream cheese


assalamualaikum

alhamdulillah ...ahad dpt lepas gian baking akhirnya sambil tu blh jgk layan tekak ni kan he hee bila kesihatan dan keadaan mengizinkan.
itu yg penting, nak lg cuti2 sekolah ni .
Dulu dah cuba versi kek tp kali ni nak rasa cupcake  pula.
Resepi pun lain. Kalau ikutkan google memang ramai rakan2 blogger dah buat. Resepi pun macam2 pesen kan.
Paling suka kalu cupcake yg resepinya guna minyak jagung
bukan tak suka butter @ planta tp lg mudah kerja kan.
very2 moist, sedappp


Sangat2 moist kek baldu merah ni, memang sedap.betul kata k.Azie the best ,easy and very moist.
Tak pastilah kalau resepi lain lg sedap sb sblm ni dah try buat kek rasanya mcm kering sikit. tp ini betul2 moist lah. Nak pasti kena cuba sendiri ye


suka tgk si abang dan kakak ni makan....kena pulak dg kelemakan cream cheese nya bertambahlah sedapnya.
Sedap pun mama blh layan satu dua je he heee
resepi c/p dari blog k.Azie Kitchen ...TQQQQ k.Azie



The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.


Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 



Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.



Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.



Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.



Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.



Ok jom layannnnn

Monday, May 27

talam ubi kayu yg sedappp



ASSALAMUALAIKUM
Berakhir sudah cuti2 rehat selama 3 hari, hari ni tugas bermula macam biasa la kan. walau Anak2  masih bercuti......cuti sekolah 2 minggu.

Jalan raya pun lenggang dan sunyi je pagi tadi, kalau tak  jem jgak depan rumah ni.
oklah suka gini he heee amann
Sabtu lepas ada beli 2 ketul ubi kayu, rasa nak makan bingka cam yg buat hari tu . Tp bila siap parut siktlah pulak hasilnya

maka cari2 resepi lain terus teringat akan talam ubi kayu he hee
tak pernah lg buat sendiri. bagus gak kalu try ni kan
godek2 resepi kat google...emmm banyak resepinya
cuma beza berat timbangnya. Sb ubi ni cuma ada 630 gm so pilih resepi Cheff Asma tp jumpa di blog k.Azie Kitchen. Kita cp ye resepinya semoga dipanjang-panjangkan pahalanya. Sangat2 sedap cukup rasa kelembutan ubinya.



Talam Ubi Kayu

sumber: Cheff Asma

sumber rujukan: K Azie Kithchen

Bahan-bahan bawah
700 gm ubi kayu-siap diparut-tapis buang airnya
tinggal 630 gm
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula- *sy guna 7 sudu besar
pewarna kuning


campur semua bahan-bahan diatas
dan kacau atas api sehingga pekat
tuang dlm loyang yg disapu minyak
kukus dalam 25 minit


Bahan-bahan atas
100 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
300 ml santan pekat
800 ml air

cara-cara
campur semua bahan2 diats masak berwap
kemudian tuang atas lapisan kuning tadi
kukus lg 30 minit
sejukkan baru dipotong

makan sebagai breakfast pagi semalam. Agak banyak seloyang dptnya, so kasi jiran sebelah sepiring.
Paling best lembut sgt2 ubi ni.

SELAMAT BERCUTI ADIK2 SEMUA

Saturday, May 25

kerang masak lemak kuning

 assalamualaikum

Selamat bercuti persekolahan penggal kedua. Hoyeahhh 
cuti 2 minggu tu kan. Sukanyaaa...
ada yg balik kampung ni sb cuti yg panjang. Bestnya kan
apapun xtvt anak2 yg penting bermanfaat betul tak. Kami masih di sini minggu pertama cuti sb anak2(si kakak thn 6) tak dibenarkan cuti pun. Isnin sampai khamis ni sekolah mcm biasa sessi kelas tambahan. so nak balik kampung kena tunggu minggu kedua lah.
Si abng pun buzy dgn program dia, emmm tinggal si adik kenalah ikut mama  g taska je.

 ok masak2 pertama selepas sakit. Kerang ni bukanlah feberet mama mahupun asben anak2 lagilah tak makan. Tp terpaksa makan  jg. emmm  inilah satu2nya kategori seefood yg mama boleh telan. Memandangkan sudah terpaksa gagahkan jg. Masa kat spital makcik2 sebelah katil semua duk saran makan kerang dan hati lembu,hati ayam. emmm semua yg mama x suka ni ha haaa
Bila paras darah masa kena admit memang turun sgt2 down lebih teruk dari pengalaman2 masa preggy hu huu bayangkan setip satu jam adik2 jururawat tu chek paras darah, uwaaaa tak dpt nak lena dibuatnya. Darah jg Doc kata terlalu cair. Memanglah kena berubah he heee 
kerang masak lemak kuning lepas teringat mak dulu ada masak camni memandangkan mak tak ada kenalah usaha sendiri. Belasah pun bolehlah kan. Kalu masak lemak asben dan adik pun boleh tumpang makan kuahnya tu. Kalau rebus alamaknya mama soranglah yg makan.

KERANG MASAK LEMAK KUNING
sumber: Saranur

bahan-bahannya

kerang dlm 1/2 kilo
(dicuci hingga bersih kulitnya)
sebatang serai dimayang halus*
kunyit*
3 cili padi *
seulas bawang merah*
sbtg serai diketuk 
2 cwn santan pekat
garam secukup rasa

cara-caranya

tumbuk bahan2 bertanda * serai, bawang ,cili dan kunyit hidup
sehingga halus
masukkan dlm perituk bersama santan pekat dan kerang
renehkan dan mskkkan garam secukupnya
siap utk hidangan


ok laju je makan nasi tengahri ni tau he hee bersama ikan goreng dan tomato

Friday, May 24

cekodok pisang -breakfast sblm admit

assalamualaikum

SYUKUR kehadratNya yg Maha Esa diatas segala kurnianNya pada hambamu ini....Amin. Syukur masih diberi kesempatan utk terus menghirup udara di bumi Allah ini
Terima kasih tak terhingga pada yg mendoakan..Alhamdulillah
Hari ni Jumaat dtg lg, kalu minggu lepas Jumaat ni aku masih terlantar di katil hospital tp Jumaat kali ni gembira rasanya dapat duduk dlm rumah atas katil sendiri pula Aminnn
Itulah kan kadag2 sesuatu yg tak dijangka berlaku tanpa sempat kita berbuat apa2 pun. Itulah ketentuanNya
yg hanya Dia Mengetahui....
6 hari 5 malam, jangka masa yg lama buatku, setiap saat menghitung hari hu huu seblm ni kalaau admit cuma sehari semalam kat wad tu. Org yg penah melalui mungkin fahamlah perasaannya.
Nak balik nak balikkkkk sampai2 merayu-rayu kat Doc
 Insyaallah ada masa nanti cerita detik2 itu ye. Hari ni cuti Wesak Day kan ..dptlah santai2 kat rumah
selamat bercuti ye semua
cEKODOK PISANG NI menu lama sebenarnya sebelum kena admit lg. Tp tak sempat nak tulis apa2 cuma letakkan gambar pastu tup tup kena serang demam selsema, gastrik, terus tekanan darah turun tahap paling rendah dan sinus.
banyak jg kerja tergendala sepanjang minggu lepas. Hari Guru, hari Ibu jg tak dpt serta dah janji nak buat kek pun tak tertunai .....tp bila blk dpt jg hadiahnya he heee
ok jom layan mata , resepi cekodok paling suka yg gebus sb letak soda jadinya naik kembung2 sikit. Mungkin setengah suka yg rasa pisang lebih dan tak suka letak soda emmm lain selera kan. tp en asben yg hantu cekodok ni dua2 makan he hee janji cekodok

petang ni kita makan cekodok tepung pula

Syukur alhamdulillah Langit membiru skrg❤️ Pergi sudah ‘jerebu’ yg melanda