Saturday, October 29

Ke Ulu langat

Slmt berhujung minggu🥰

Dpt jemputan nun kat Ulu langat. Makan makan. 

Group wassap.geng .sekolah men suami.

Kawan sek en somi buat kat homestaynya.

Geng otai2 SM, awal2 somi cakap ni geng budak2 remaja nakal time ciknur blm.lahir.😁 jgn terkejut dah ada yg bertongkat  . Seangkatan usia dgn Malaysia sambut Merdeka

Berpusing pusing jga mencari. adoiii
sek baik call tuan rumah dpt kalau x dah pusing balik mkn kat kedai la je
sampai dah lewat kat kol 3.

tak ramai jemputan tinggal, pakat balik.
Tinggal beberapa org tetamu  je. Dptlah dia borak2 . Tak ingat la isteri dia ni. Ciknur kalau perjumpaan dgm rakan suami kena bw peneman sorang. Kalau x mati kutu kang😁😁
Bw ank bungsu si sarah. Suka.la.dia ada menu suka ayam.masak lemak kuning.

menunya byk lg, nasi  putih dgn lauk keli sambal, patin asam pedas,.sayur campur, ayam.msk. lomak.n9,  lontong kuih2 buah2 an  , pengat @ bubur.cha cha
Tak snap gambar mknan asyik borak dgn tuan rumah.



persekitaran yg nyaman
keliling pokok dan ada kolam ikan jga.
pokok2 buah byk tp sb x bermusim kan
tgk daun je la he hee

next musim buah ada rezeki dia jemput dtg kita dtg he hee

perasan satu pokok daun cantik 
pokok ati ati tp daunnya bentuk lain cantikknya.
so apalagi minta izin la sikit he hee
bawa balik kita try tanam.



 

Thursday, October 27

salam jumaat❤️

Assalamualaikum

salam jumaat❤️

jom  bykkan berselawat ke atas Nabi Junjungan kita
 

Tuesday, October 25

Butter kek



selamat petang❤️

kl ujan lg ptg ni tp.alhamdulillah sempat jga kain jemur pg td.
masih mood bercuti ?? Depavali 

hari ni sb sekolah pun masih cuti jalan2 lenggang je. Pg td lancar no jem he hee kalau x kereta parents nk.hantar anak2 sek..Sb rumah ciknur keliling sek.rendah ada.2  ,sek.men.dan Sek.agama SRAi.

ciknur pun halfday sb anak2 transit xda. Boss baikhati dia suh balik je tghari td.
Ank2 taska lain ada tp x ramai.
sb cikgu2 practikal 3 org ada so rilexlah he hee


kebetulan sok kawan ada nk kek.butter.
Balik rumah mbaking lah.
 Dah siap bakar bau semerrbak tu cik somi pula tanya 
he hee utk mkn kat rumah xda ker
emmm teringin la tu
so kita godeklah 1 lg yg separuh
utk mkn. 

plain je letak.coklat sikit.
gula.pun kurangkan
xleh.manis2 


 

Sunday, October 23

cekodok pisang raja


selamat malam semua❤️

ujan2 ni kan lapo jdnya he hee jomm layan cekodok.pisang

hari jumaat marin en suami bawa blk pisang raja. 2 Sikat besar2 dan ranum.
awal2 dia pesan nanti buat cekodok.
makanya pg sabtu tgk pisang dah kehitaman sikit so pg2 tu ciknur kopek dan lenyek .
 


Biasa memang hentam je buat cekodok ni. tak sukat pun. Tp pg tu terajin pula
pisang ciknur dlm. 7 Biji.

lepas lenyek2  ,@ nak cepat blend je msk gula 1 sb je takmo manis2  dan sikit garam serta 1 st soda bicabonat.
Tepung gandum buh dlm cawan sukatan tu . 1 Cawan dan 1/2 lagi.
Agak pekat tambah sikit air dlm sesudu dua. Adun sebati. Pastu  ready panaskan minyak.



Nk bulat kena guna jari jemari🤭😁
kalau suka kalu tak guna sudu pun bolehhhh

sb suami nk makan  he hee   Airtangan isteri kan.

siappp mkn panas2 dgn air kopi o
 


 

Thursday, October 20

minum kat A&W


minggu yg sarattt dan meletihkan
emmm sampai x sempat ciknur nk tgk blog dan jln2 blog  kwn2 utk komen. 

Bila cikgu2 practikal kena ke kolej dorang seminggu ni ,
dah la staff tak cukup kaki tangan huhuu sorang tgh  cuti berpantang 
adoii handle budak2 4 tahun ni kena kesabaran yg tinggi . Layan karenahh dorang ni . kejap elok duduk kejap lari sana sini. Mcm2 kena jawab soalan dorang lagi.....tak berenti bertanya mengadu...
kejap kejap cikgu dia cubit sy 
kejap yg ni pula cikgu ,yusof pukul saya

ciknur dah lama.x buat aktiviti dgn anak2 sejak kena jga anak2 transit ni.
dahh berusia ni penatt lain mcm. Kurang enegy 🤭🤭
Dulu duluuuuu ok  la 10 thn lepas ,boleh la ajar budak2 ni kan. Berkejaran Skrggg cam x sanggup . 



 Sambung kisah gambar , cerita sundayy hari tu . Ke  KL East Mall jemput si kakak..pusing2 Mall.ni dan mkn A&W

lamaa.x mkn eskrim dan air ni.

kakak ordee walfle.  

Zaman mula2 kat Kl,  A&W la port lepak dgn kawan2. 

nostalgia lamaaa. Kadang tergikir jga mana la kawan2 dulu tu. 


Saturday, October 15

spaggety oglio tomyam di hari minggu


 morning❤️ slmt berhari minggu

alhamdulillah.
hidangan.breakfast pg ni😁 panaskan oglio smlm je. 
Smlm ciknur masak.sebenarnya sb sil dtg. Celeb besday dia. ank buah bwa kek dan nasi arab. So tambah2 menu kita goreng la oglio ni.
si kakak la.beriya nk mkn he hee
 Dpt la kumpul sekejap sb si abg pun abis keja jam 6 jd  kol.7 dah ada rumah.
kakak pula saturday memang offday.

Ahad dah masing2 xda. 
mama dan abh.je la layan anak2 bulus ni.
si adik dgn kwn2 ke taman.

Oglio ni ada cerita sebenarnya he he secara tak sengaja tersalah msk kiub tomyam.
tu jadinya oglio tomyam . Tp sedapp je 
ktnya.

Resepi simple.

sepeket spaggety direbus dan tos

Tumis 4 ulas bawang putih dgn sesikit minyak zaitun

mskkan udang dlm 10 ekor
 *udang cuma potong sikit muncung dan ekor.
Kemudian sedikit air dan 2 perencah  kuib ayam dan 1  kiub daging @  tomyam
msk hirisan cili kering 

mskkan spaggety gaul rata.

tabur cili flake * ikut nk pedas mcmna dan secukup rasa.

gaul sebati dan kalau suka msk.tomato ceri dan cili benggala hijau supaya nampak cantik🥰

ok.siappp blh hidangg.

Thursday, October 13

Amalan hati


Salam jumaat ❤️

Niat 👉satu makna dgn keinginan dan maksud

tidak sah dan tidak diterima suatu amalan tanpa disertai niat

Nabi bersabda

"sesungguhnya tiap.amalan tergantung pd niatnya dan sesorang hanya akan mendptkan apa yg ia niatkan"


Al Fudhail berkata

ALLAH hanya menginginkan darimu niat dan keinginanmu

 Jika sesuatu dilakukan kerana Allah 

itu IKHLAS tidak ada utk lain selain ALLAH

jika utk lain selain ALLAH maka itu RIYA'

Monday, October 10

APAM Ayu PANDAN



Assalamualaikum

salam.Maulidur Rasul.

❤️pesan ulamak dan guru2

jangan lupa "Berselawatlah ke atas Nabi junjungan Kita Nabi Muhammad saw."

setiap kali.selepas.solat

setiap waktu.



Alhamdulillah. Kuih utk jamuan
sempena  majlis ilmu Maulud Nabi.
Apam pandan.
nak buat apam seri ayu risau tak bertahan sb makannya nanti malam.
so ciknur buat apam ayu tanpa kelapa so gurau dgn kawan Apam seri ayu tp tukar nama nya Apam ayu je tanpa seri he hee


Resepi sama utk.Apam.seri ayu.
sblm ni ada kongsi resepi kat blog ni 

Kali ni ciknur buat resepi sukatan cawan yg lebih mudah

Apam.seri ayu

bahan bahan

3 biji telur grade B
1 1/2 cawan gula
1sb overlatte
1sb perisa/pewarna hijau
* 4 bahan ini kita mix hingga kembag pekat mcm.nk buat kek span

1 kotak santan saji 250gm
1/2 cawan air pandan

3 cawan tepung gandum
1 st baking powder
* bhn diayak dulu ye

👉 last part kita mskkan tepung yg telah diayak
dan santan +airpandan

ok siapp adunan mskkan dlm acuan yg telah sapu minyak masak sikit
dan kita kukus dlm 10 minit.

siappp





 

Wednesday, October 5

Agent kek mamasab Bakery

Assalamualaikum semua🥰

utk makluman ciknur adalah agent produk Mamasab bakery.  Mesti penah dengar dan tahu kan. Produk mamasab mcm2 ada. Bukan shj kek kek, cookies tp.bykkk lg produk dia skrg 

Daging perap dgn sos yg sedapp pun pemess.ni. Mudah nak masak utk.mkn2 family

kek coklat,dgn krim coklat yg tebal, kek coklat cheese, kek redvelvet, pandan kek, brownies. sgala jenis kek ada tau. 

Surprise delivery utk yg tersayang, sahabat ,adikberadik yg jauh atau dwkat semua boleh.

Surprise Delivery Bouquet Dan wording pun ada.. cantik kan diorang buat...

Boleh order untuk sebarang majlis atau party 🥳

seluruh Malaysia ada hub cawangan.



Cookies promo skrg ni tart nenas dan cornflake. Dua ni cuma Rm72.🥰







 mcm2 promo.ada🥰 harga yg murah dan mahal. Boleh buat pilihan.

Boleh je wassap.ciknur ye

0162323457 -Cik Nur


Tuesday, October 4

pasar pg Temerloh

 Alhamdulillah selamat Ke Temerloh
Rombongan cik kiah 
kali kedua ciknur  dtg Temerloh
kali pertama dulu bila ank buah bertunang dgn org sini.
Dan kali ni ikut rombongan cik kiah @ rombongan boss sekeluarga dan staff taska pula he hee. 

2 1/2 jam perjalanan. gerak dari kl Jam 7 sampai 9. 30.
alhamdulillah clear jalan.
  Pasar tani @ pasar pg yg terpanjang katanya.
memangg pun jenuh berjalan. dan mcm2 ada. Dari brgan kering ,basah, baju2 kraftangan, makanan perlbagai ada. 
Org pun bersesak sesak jga terutama bahagian tghnya. Jualan basah, ikan2 sungai. 

 

Mcm 2 kerepek jual. Pisang, 
beli jga svbgai kudapan



Ikan besar ikan kecik semua ada.
bila nampak ikan ni auto akan teringat terbayang pd arwah makayah 😌 Kesukaan dorang. 
Tmpt ciknur ikan sungai gini ada jual.jga pekan sehari pd hari selasa dan jumaat. arwah mak mesti beli..dan buat masak lemak kuning campur belimbing.
alahaiii rinduu pula 

ciknur je xmkn tp kalau mak masak mkn kuahnya je




Yg mana tempat clear je ciknur snap.gambar he he. 

tgh2 jalan2 tu penattt, kita lapar so benti mkn . ada gerai Jual nasi berlauk. Hah nampak tu cik.suami bedal.udang, ikan keli.sambal.feberet dia. Dan pucuk ubi lemak tempoyak tu ciknur ambik.jga emmm.sedappp.
sempat la.tapau utk.makyong kat umah.


Abg driver bas bg masa jam.11.30 .so.kumpul utk ke destinasi seterusnya.
cari.mkn la. Masing2 lapar

singgah sini go bang maju tol. 
GO'BANG MAJU TOL PATIN  nama tmpatnya. Wowww meriahhh 
Menunya. Ada set nasi  lauk ikan patin tempoyak dan ikan lain jga. Asam.pedas, ulam sayur.



Sb dah kenyangg kita mkn laichi kang dan cendol.je la








lepas mkn terus singgah solat ,masjid berdekatan . Dah jam.1 lebih.

Dibawanya pula ke Lemang Tokki, dan sini jga ada keropok lekor Sujoh
sedappp betul keropok lekornya. Ciknur beli jga rm5 . Mkn dlm bas. Memang lembut.



sambil mkn2 tu ada yg menghiburkan nyanyian  live. Sedapp suara depa🥰




Lemang to'ki namanya.
bukan lemang shj ada jual, nasi berlauk, cendol durian jga ada.
try la jga walau masih kenyang🤭
 Jauh jauh dtg kan mesti rasa.
punnn sedappp sgt lemangnya. 

Sepiring ni rm6. Boss belanja he hee

Durian musang king pun ada jual.
Berdekatan lemang to'ki ni.


 ke ptg jgalah perjalanan kami.

Blk jem jugaklah kat genting sempah.
sampai rumah dah 6 ptg. 
Alhamdulillah selamatttt tiba



Sunday, October 2

Ict Syah Alam Waterpark

last minit plan sampai kesini.  Asalnya nk ke CH tp cancel sb adik.ciknur ada kerja pula. Sb si kakak dan sepupunya k long dah ambik cuti so kita jalan2 la jga.

ICT syah Alam Kali ke 4.dtg sini.  Dulu masa  ank2 sek rendah🤭  bw dorang mandi manda.  last   thn 2018  mandi manda . Masuk snow walk dan mlm main segala permainan . Tgk lampu2 .

Art muzium jga ada kat sini, 

👉ct-syah-alam. 2013

Tapi smlm bestt sb Rilex je .x berebut he hee org tak ramai. berbanding dulu semua kena beratur . Lepas pkp.kan mesti byk yg kena repair. 2 tahun tutup operasi.

Nak msk snow walk  tp rasa tak.berbaloi pula . Harga 45  .Tak mcm dulu ,kecik tempat yg dibuka.

Masa kat kaunter tiket dia bgtau awal2.

maybe dia.xnk kita rasa rugi.




Tempat anak2 kecil bermain. Gelongsor.


paling xtrem.sinilah. tp.yg muda mudaa suka ni. ciknur surender he hee

masih teringat masa naik dulu .

seram la berpusing pusing.



menu2 yg ada. Tak byk,  byk.sold out. menyedihkannn. Emmm dah la x bg bw mknan. 

nasi lemak Rm7 dan  nasi ayam 13


Selepas mandi manda round kat aras ni.

Aktiviti.permainan ptg ke malam. So dpt..masuk.sini.je 

 House of horror @ Rumah hantu. 

Mula.msk.terkejut.sikit la.tp tak seram pun.

Sb xda org ,.Dah keluar msk blik.  Siap K long buat video. 3 kali round he hee

Harga Rm15.


Malam baru akan nampak cantik sini


Kedai  makan.jga x byk.pilihan.

kita bedal.je la yg ni. nasi kukus kuning.dan rendang daging.

Anak2 dara tu nk.mkn kfc.



 

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...