Serimuka pandan
cukup lemak nya cuma gula sis tetap kurangkan sikit takmau
manis2π
nak resepi meh sis kongsikan ye
SERIMUKA PANDAN
1 1/2 cawan beras pulut- basuh dan rendam dlm 1 jam
baru toskan
loyang saiz 7X7 sapu minyak dan dilapik plastik
mskkan pulut dan 1 1.2 cawan santan segar
sedikitgaram
kukus30 minit
kemudian tekan tekankan kasi padat
bahagian ats (hijau)
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
2 biji telur
1 cawan santan
1/2 cawan air pandan
3/4 cawan gula
sedikit garam
-kacau sebati semua bahan2 kemudian kita panaskan dlm kuali
kacau jgn sampai berketul
agak2 berwap sikit tutup api
dan kita curahkan atas bhgian pulut td
kukus lagi dlm 40 minit
*last skali bila masak kita kukus tanpa penutup kukusan
utk bg permukaan atas kering dan licin
sejukkan baru potong ye


Hehe begitulah budak-budak, kejap suka kejap tidak.
ReplyDeleteSaya dahulu makan yang hijau sahaja. Sekarang makan semua :)
Dana dari pkp tahun lps amik resepi nak buat serimuka tp tak terbuat2... kalau dapat seri muka durian..sedapnya kak
ReplyDeletekualiti n rasa kuih yg dijual pd masa skrg dah x setanding dulu...
ReplyDeletekuih fav ni..suka ijo byk dr pulut hehe
ReplyDeleteSedapnya. Lama tak makan kuih seri muka ni. saya suka kuih muih dan hidangan berasaskan pulut. sedap! tapi tak tahan tu kalau campur santan dia jadi cepat mengantok. huhu
ReplyDelete