Tuesday, December 29

sira ubikayu


assalamualaikum

menu feberet dari dulu2 lg ni

terutama bila balik kampung

dan skrg ni bila mkn  rasa sedihhh sgttt

makin teringat dan rinduuuuu pd arwah mak

al fatihah buat bondaku HAJJAH ZARIAH HJ HASSAN





  mak  memang rajin dan sukaa tanam ubi keliling umah
  anak sorang ni pula

memang suka ubikayu

skrg blk ke rumah kakak pun dia tanam ubi tepi 2 umahnya juga 

alhamdulillah masih dpt merasa tiapkali balik ke kg


Monday, December 28

kek pisang


 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI😍😍

pagi ni mendung cuaca, menunggu masa nak hujan

cepat2 td kalihkan motor msk parking dalam

he hee sebelum kena mandi ujan


gambar minggu lepas bila terajin juga membaking kek pisang ni

sbnya ada beli tepung muffin segera  ni tp lama juga tersimpan disitu

akhirnya terhasil jua

komen sis agak kurang suka kek ni klau nak dibandingkan dgn kek pisang yg guna tepung gandum je

tp tak apalah kan lepas ni ingat jgn duk beli lg ha haaa


Sunday, December 27

apam gula hangus


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu disini

pantasnya masa berlalu , tak puas lg bercuti di kampung rasanya

mcm nak lma2 lg disana  he hee

tapi apakan daya kan

ikutkan hati ni nak je lama lamaaan  



 byk cerita dan bermcm2 juga yg terjadi

rasa tangan pun gatal nak menulis

ok cerita apam gula hangus dulu lah ye

lama tak buat apam ni tiba2 hari tu teringat dan teringin pula

maka terjadilah ia di pagi hari

mudah sb hanguskan je sikit gula dan kita blend je bhn2 ni pastu 

 kukus dlm bekas kecik2 gini

sedap mkn panas2 gitu

resepi disini ye 👉👉Apam Gula Hangus

ok jumpa lagi


Sunday, December 20

si Melati yg harum


assalamualaikum semua

selamat pg ,semoga pg ni  ceria2 semuanya ye

auto update  sb sis berada di kg sekrg ni

kg halaman tercinta😊

sini intenet limited la nak tgk lappy memang taklah

tp line ok di kebun setakat call dan wassap memang boleh

tp kalau di rumah line sepi kejap ok kejap hilang

sb tu anak2 kurang minat balik kg huhuu

tak dpt jengah dan komen blog kwn2 minggu ni

maaf ye semua

nyaman udara dan pg2 gini sejukk 

kadang berkabus, ujung2 thn memang hujan 


ok cerita si melati pg ni, sis sgt ceria bila cium harum si melati ni😍

tapi si melati putih ni bukanlah di kg tp di Kuala Lumpur😍

di tepi pagar letaknya

sedappp betul baunya , selain ros , bunga melati ni salah satu yg sis 

suka cium he hee

petik dan letak atas meja sambil buat keja 

mood pun rasa ok 😊😊


ok jommm pergi ke kebun, banyak keja ni nak menyangkul rumput2 

dan bersihkan kawasan pokok2 durian




 

Saturday, December 19

roti kentang

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PG

dah sarapan ke semua, sis sarapan roti kentang ni ,makan panas2 suka sgttt sedappp

dah sejuk pun masih lembut roti ni



 

ROTI KENTANG

500 GM TEPUNG ROTI

100 GM GULA KASTOR

1 PEKET YIS 11 GM

 I BIJI KENTANG YG BESAR -REBUS DAN LENYEK HINGGA HALUS

2 BIJI TELUR

SEDIKIT GARAM

160 ML SUSU SEGAR

2 SB MARJERIN


👉MASUKAN BAHN KERING DAN DIIKUTI BAHN BASAH

SIS GUNA MIXER ADUN HINGGA SEBATI

KEMUDIAN PERAP HINGA NAIK 2 KALI GANDA

KEMUDIAN BARU BENTUKKAN BULAT2 

BIARKAN HINGGA NAIK LG DLM 25 MINIT

BAKAR

Thursday, December 17

sun flower @bunga matahari



ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI

ALHAMDULILLAH


 july 2020 sis semai benih bunga matahari ni, Dibelai belai hari2 

akhirnya Disember berbunga bunga rasa hati bila kelibat kumtuman

 nya mula mekar

sukaaanya tgk bunga ni

walaupun kecik tak sebesar bunga induk yg sis ambik benih

maklumlah kawasan sini terhad tanahnya tak subur sgt kot

mula2 tanam dlm pasu pokoknya kecik dan lepas sis tanam di tanah

 tepi ni baru nampak pokokya membesar dan bercabang

yg bertahan membesar dgn jayanya ni hanya 4 pokok😍

yg lain2 layu di pertengahan masa

takpelah kan janji ada juga






 

Wednesday, December 16

KEK SPAN BASUH PINGGAN VIRAL


 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PG

terrajin pula mencuba kek viral ni

 kek ni dah terbuat awal pulok

kek span basuh pinggan ni rupanya kek span biasa juga

bahan2 dan cara adun pun sama

bezanya ia di bakar dlm 2 loyang dan dah masak kita gabungkan 

jd 2 lapisan tebal dan 1 nipis

mcm span basuh pinggan tu sb kalernya hijau kuning

dan sis pula buat xlah sama kalernya 

kaler kuning seakan oren sb guna egg yellow dan hijau pun 


sedapp je sb kek span lembut gebus

my tester pertama si anak dara he heee dan dia la yg abiskan kek ni

resepi ikut 👇👇

/https://www.mingguanwanita.my/resipi-mudah-kek-span-cuci-pinggan-viral-guna-loyang-9x11-dapat-6-biji/



Tuesday, December 15

kek butter oren

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI

cuaca cerah hari ini mentari dah nampak menyinar

alhamdulillah

kalau pg smlm dari pg mendung , gerimis tengahari hingga ke ptg 

membawa hujan yg 

tak berhenti membasahi bumi 

agak lebat juga dan hujan sambung menyambung




 minggu lepas sis baking kek oren utk seoarang kawan , nak balik kampung katanya setelah agak lama tak dpt blk 

dia order kek coklat fudge strawbery kegemearan anak2 nya juga

kek oren ni mcm kek butter yg biasa buat tu cuma sis tambah perisa oren @ sunguick dlm botol

letak dlm 3 sb utk rasa oren dan sedikit pewarna kuning

bila dah potong slice2 ni sis rasalah sikit😊😊

dgn kebenaran he hee

dan saje buat dlm loyang saiz 9 utk nampak besar dan tak tebal sangat

resepi pun satu adunan guna butter yg 250 gm

alhamdulillah moist sgttt😍 kawan sis pun sgt menyukai

kek oren

👇👇

250 butter

180 gula halus

5 biji telur 

250 gm tepung

esen vanila

serbuk penaik

2 sb susu pekat manis

3 sb oren sunquick

cara caranya

mix butter dan gula sehingga sebati  @kembang

mskkan telur satu persatu

susu dll

akhir tepung sebatikan

dan boleh bakar suhu 170 c kira2 40 minit

Monday, December 14

Donat ball @ bomboloni


 assalamualaikum semua

selamat pg😍😍😍

hari ni nak cerita tentang donut

masa mula mula menulis blog ni anak2 masih kecik2 rajin la 

mendonut he hee

try mcm2 resepi yg dikongsi rakan2

pantang nampak post donut mesti nak cuba

Donut kentang, donut pandan, dan mcm2 lg

maklumlah tengah semangat dan rajin

nak pula anak2 suka makan time tu kan

mcm2 versi resepi  dan bila buat ada yg menjadi elok dan ada juga 

yg memang tak menjadi terus msk dlm tong sampah 

penah try resepi donut yg katanya resepi ni tak perlu perap

uli2 terus goreng

bg yg nak cepat tu memang try la emmm malangnya hampehh

keras berdengunggg la gayanya 😇😇

takpe kan try and error

yg penting kena mencuba

dan sis masih simpan resepi masa msk kelas baking dgn seorg cheff 

di Bagus bekery dgn tips2 yg diberi.

dan resepi  donut yg selalu dpt result puashati 

dari perkongsian rakan blogger Izah Muffin Lover

memang menjadi resepinya

dan kbykan sis buat donut ikut resepi Izah ni

tqq ye Izah yg lama tak dengar khabar berita

terkini muncul bomboloni pula kan 

donut yg diisi dgn mcm2 inti

coklat nuttela, strawbery dn mcm2 la pilihan

 sis pun try la juga ha haa resepi Bomboloni tp buat ball kecik2 je

anak dara mkn dgn nuttela

nak tepek disini resepinya

resepi-donut-bomboloni

BAHAN-BAHAN

(A)

1peket yis mauripan

2 sb susu pekat

1 1/2 cawan air suam

2 sb gula

(B)

4 cawan tepung gandum

2 sb marjerin pelangi

2st baking

1st garam

cara caranya

campurkan semua bhn2 A dan biarkan naik kembang 

gaul bahan2 b dlm bekas besar

dan masukkan bhn A yg telah kembang

uli hingga sebati tak melekat ditangan

tp sis mskkan dlm mixer je

mixkan hingga sebati elok

dan tutup dgn tower basah 

biarkan adunan mengembang berganda ganda

sis biarkan dlm 40 minit gitu dah nampak penuh bekas td

bolehlah keluarkan dan picit bagi keluar angin

masa ni best picit2 sb pejal2 dah

siap boleh buat bentuk mcmna nak samada bulatkan atau bentuk ring

dan sb sis malas buat bulat2 mcm ball

je

susun dlm dulang yg ditabur sedikit tepung

jarak2 kan ia 

10 minit dah nampak elok je

boleh pnaskan minyak di goreng

api kena slow takut hangus 😎😎

Thursday, December 10

desert, coktail @ agar agar buah


ASSALAMUALAIKUM

meh layan desert ni, rasanya lama sungguh dah tak buat ni

bila anak dara sis tu tiba2 menyebut yebut nak makan desert ni baru tergerak hati nak membuatnya ha haaa terukkk nya kan

terpaksa la ke pasaraya mencari buah2 dlm tin ni

skali skala sejukkan tekak layan desert ni

sis kalau agar2 ni lebih suka guna agar2 bertali berbanding agar2 serbuk , nampak la org lama gayanya ye😉😉

sukatan pun ikut stail mak2 dulu yg ajor

agar2 tali yg 20gm dlm plastik tu, sukatan air juga guna plastiknya

sb desert ni kena yg lembut goyang2 gitu so airnya kita lebihkan

bersamaan dgn sukatan 1:2.5

susu cair  f&N 1 tin

gula ikut manis  @ 

2st banana esen utk keharuman baunya

dah mendidih blhlah mskksn dlm acuan

sejukkan dlm petis air

nak mkn kita taburkan buah2 dlm tin dan sdikit airnya

yummmyyyy






 

Wednesday, December 2

SAMA TAPI TAK SERUPA

sama tapi lain warna😍😀

sis bukanlah peminat tegar bunga bungaan ni tapi bila nampak bunga2 cantik menarik comfirm tertarik

biasa la kan wanita 

sgt mudah tertarik dgn  yg cantik ,segak ,  nak lg yg warna warni

bunga2 ni di halaman rumah kakak sis di kg

kalu tak silap nama bunga ni org sebut bunga Tahi Ayam 

cantik cuma baunya tak berapa sedappp

ha haa betul tak, ntah kenapa le kan diberi nama ni emmm 😆😆

adakah sb baunya tu




 pandang betul2 cantik la bunga ni  kumtumannya tu 

warnanya

walau tak seharum bunga roses yg semerbak

rupanya byk jenis dan warna, bentuk rupanya kumpulan bunga ni

cer goggle hehee




Monday, November 30

ayam goreng kunyit


 Ayam Goreng Kunyit

hari hari ayam😕😕

naik geli tekak mak he hee

tp itulah yg jadi kesukaan anak2 ni emmmmmm

kannn

anak2 dara ni kalau tak ayam goreng ala kfc @ mcd

ayam goreng popcorn

ayam masak kicap, asalkan ayam ada

Tapi bila ayam goreng kunyit ni mama tumpang makan sayur2nya😊

menu paling simple mudah







Friday, November 27

birthday kek- Nayla turn 5


Happy birthday Nayla 

Happy birthdayyyyy to u

semoga membesar sehat dan jadi ank yg solehah pd kedua ibubapamu


Nayla ni peminat Elsa frozen, serba serba dia nak frozen 😍

kek coklat bersalut krim dan patung comel je yg dpt sis cari utk hiasan kek

sbnya last minute neneknya request buat suprise 

kalau awal2 inform boleh order sticker kat shopee kan

ha haa

neneknya ni sepupu pd arwah ayah sis kat Taiping

anknya ni pula rumah berdekatan dgn perumahan sis

dekat2 sangat 😊

cumanya sebelum ni tak penah berjumpa 

selalu berwassap dgn neneknya tanya khabar

kalau jumpa pun raya tu pun last raya bertahun yg lalu masa arwah ayah masih sehat

masa arwah ada tu rajin je ikut konvoi ziarah raya umah sedara sepupu sepapat belah aryah ayah  di Lubuk Merbau  Kuala Kangsar 

dan kg  arwah mak pulak belah Grik, Lenggung.

dari pg ke malam tak habiss ziarah maklum la setahun sekali

skrg emmm nak ziarah pun tak ingat dah rumah mana satu😑😑

sedihhh kan huhuuu

rinduuu nak ziarah raya mcm2 dulu konvoi ramai2 ke kampung2 sedaramara

😔😔generasi akan dtg lg la taktau dah sedara mara, anak2

yg tau yg terdekat je la 

ni kot jumpa selisih pun tak kenai 



 

Thursday, November 26

lotus Biscoff cheese kek


assalamualaikum semua

pejam celik dah nak penghujung november 2020

emm dan esk friday again, sis rasa jumaat lepas baru duk berkemas kebun tup tup ni jumaat lg

dan skrg ni musim ujan dimana mana kan,  kl pun ptg je mesti ujan sempatlah rasa suasana banjir masa balik Perak minggu lepas cumanya taklah kena rumah kakak sis tpp kami terkepung tgh2  sb kawasan umah kakak sis tinggi

lama dah tak rasa suasana gitu tgk air sungai keruh dan laju

tetiba teringat zaman kecik2 duk masa harung sungai nak ke rumah tok huhuuu 

minggu ni minggu kek femes ni

kek mahal. ,,,,



kek utk birthday , dan kek utk makan2
kawan sis minat betul kek nan satu ni
anak2 pun suka juga

kek cheese bersalut biskut lotus dan spread karemel

resepi sis ikut cik nom
dan sis try juga resepi lain yg sukatannya lain
keduanya masih sama 

alhamdulillah rezeki juga kan

bila ada permintaan suh jual yg slice pun 
sis try juga he hee

sbnya kadang2 kita nak rasa bila org duk viral2 ni kan




 

Monday, November 23

muffin pandan


ASSALAMUALAIKUM

Selamat malam semua

sebelum lelapkan mata moh le update dulu he hee


pas ni leh la nak delete gambar lam galery hp kan

bila terrrrrajin sikit ini hasilnya muffin pandan

dan baru belajar buat muffin2 ni cam best pulaok

bukan apa sebbnya godek2 dgn senduk kayu je\

jadi tersukaaa pula

cuma tak jadi muffin montok cam muffin sebenar

next kita try lg ek insyaallah😍😍 sampai puashati



 

Sunday, November 15

Brownies


 

assalamualaikum


Sempena birthday anak taska  Nur Damia baru2 ni sebelum PKPB sempatlah celebrate ringkas beramai-ramai😊 ramai tu 10 0rg je tau

ulangtahun yg ke 11 ank comel sis ni yg jaga dia ajar dia seawal usia 3 tahun, sayanggg dia dah macam anak sendiri

sedar tak sedar dah meningkat remaja dia, alahaiii

dah khatam quran masa umur 7 tahun

alhamdulillah anak yg terang hatinya dan mudah diajar

dari usianya 4 tahun   sambut birthday dgn rakan2 sebaya di taska


Taknak kek yg berkrim tahun ni katanya 😃😃so sis buat brownies dan hiass macam ni

mamanya topup  menu  ayam gorengg  kfc yg jd kegemaran anak2 ni emmm laju je masing2 makan

yg penting nampak kecerian dan kegembiraan di wajahnya💓💓


Brownies mcm biasa dah save dlm blog 



Friday, November 13

Red velvet brownies


 ASSALAMUALAIKUM

lama sudah tak buat brownies nan satu ni

kalau tak da permintaan rasanya tak rajin nak buat ni 

Red velvet Brownies ber cheese di potong slice

resepi dari blog

red velvet SWEET RED CHERRY


 kawan sis yg order ni suka dan sedapp katanya

alhamdulillah




spaghetti bolognese


 ASSALAMUALAIKUM

bertemu lg.....alhamdulillah semoga sehat2 semuanya 

tengah layan anugerah ke tu 😄😄

sis jeling2 juga la kat tv sambil ngadap laptop ni

anak dara sis tu tengah layannn

dah senja2 usia ni kurang minatt dan tak kenal sgt pun artis2 tu

malas tgk sangat😇😇


menu feberet anak bujang sorang kat umah sis

bila masing2 ada di rumah, kelas online ni menunya ini la

paling cepat sedia dan mengenyangkan utk dia

alhamdulillah

yg penting stok daging kisar, sos prego  ada

entahlahh anak sorang ni tak serupa anak org lain seleranya

makan buat yg nak sediakan pening 

dia punya ragam aduhhh😇😇😇

kan senang mkn nasi, laukpauk melayu







Tuesday, November 10

 REALITY KEHIDUPAN


KERANA HARTA PUSAKALAH  ORG YANG BAIK 

BOLEH BERTUKAR MENJADI SEBALIKNYA

KERANA HARTA PUSAKA WATAK SEBENAR SESORANG 

ITU AKAN TERSERLAH

KERANA HARTA PUSAKA SEORANG ANAK BOLEH

 MENJADI DERHAKA PD IBU BAPANYA

KERANA HARTA PUSAKALAH HUBUNGAN ADIKBERADIK

 DAN SAUDARA MARA YG DIBINA SEKIAN LAMA BOLEH

 PUTUS

KERANA HARTA PUSALAH YG BAIK BOLEH BERGADUH

KERANA HARTA PUSAKALAH WARIS BOLEH TERMAKAN 

HARTA ANAK YATIM TANPA SEDAR

KERANA HARTA PUSAKA YG  AMANAH JD KHIANAT

KERANA HARTA PUSAKA ADA YG TERJEBAK DALAM DOSA

👉👉ALLAH MENGUJI KITA

 DENGAN HARTA

 PUSAKA ALLAH MENGUJI IMAN

BERHATI HATI DGN HARTA PUSAKA BERHATI HATI 

MEMBAHAGIKANNYA

 YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI YA ALLAH

Friday, November 6

hujan. sarapan ?

 


salam semua

20 Rabiulawal , hujan masih turun walaupun tidak lebat tp suasana 

sejuk pagi ini, damaiii 

dan rasa bagaikan nak tarik selimut kembali😊

tapi aduhai perut berbunyi bunyi ni minta diisi he he

dalam pada itu senduuu memikirkan menu


nak makan apa? sarapan , makan tengahari?

tapi pg sis sorang mudah asalkan dapat biskut or roti cicah air teh o 

cukup dah sekadar alas perut



yg lain 😉😉 ni yg buat buntu mikir nak masak apa 



Tuesday, November 3

rose kuning



assalamualaikum semua

selamat tengahari jua

tengah  menjamu selera mungkin agaknya kan

sis siap masak2 dah dan masa utk hadap lappy jap😉

ok gambar yellow roses ,

sis bukanlah peminat tegar bunga bungaan tp sikit2 adalah juga 

tanam he hee yg mana rasa menarik di hati

roses ni sebenarnya sis tolong jagakan setelah tuannya entah kemana menghilang ha haaa

pokok yg hampir2 nak mati

sis belai2  tukar ke pasu yg agak selesa dan pastinya jaga dgn penuh 

kasihsayang, berinya sedikit baja

alhamdulillah kembali segarnya

dan bunga bunganya pun memutik

ikutkan sis lebih tertarik dgn rose pink /merah💗💗

tp tiba2 teringatt pula kala suatu ketika masa remaja 

sangat minat dgn kaler kuning💛😍 selain kaler merah jambu ni

banyak baju2 kurung dlm lemariku kaler kuning or merah jambu


apapun syukurrr  sebenarnya ada juga penyejut mata sis 

dpt mencium bau wanginya

bahagia sebenarnya, yg tak digambarkan dgn kata2

cewahhhh

tapi betul sungguh tiapkali  duk belai2 bunga2 rasa aman dan gembiraaa  

betul tak peminat2 bunga





 

istifar seoarang anak


 AL FATIHAH

😖😖😖

BUAT AYAHBONDA HAJI ABDULKARIM & HAJJAH ZARIAH

ALLAHUAKBAR RINDUUU YG TAK AKAN HILANG......

Saturday, October 31

apam seri ayu


assalamualaikum


selamat berhari minggu. Dah pun penghujung oktober 2020👩

Bakal berakhir thn 2020

alhamdulillah  Kuala Lumpur pg2 lg hujan lebat membasahi bumi 

menyirami pokok2, segar semuanya



Apam Seri Ayu
Add caption

 

Buat pertama kalinya kuih ini berjaya direalisasikan oleh sis

boleh dikatakan berjaya he hee rasanya 


resepi blog Hanieliza APAM SERI AYU Bahan 3 biji telur 240 gm gula 240 ml santan atau susu segar 2 sudu besar jus pandan 270 gm tepung gandum 1 sudu kecil ovallate 1 sudu besar tepung ubi ] kelapa parut muda ] gaulkan garam ] Cara 1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang. 2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. 3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. 4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. 5. Tuangkan adunan tepung tadi. 6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...