Monday, December 14

Donat ball @ bomboloni


 assalamualaikum semua

selamat pg😍😍😍

hari ni nak cerita tentang donut

masa mula mula menulis blog ni anak2 masih kecik2 rajin la 

mendonut he hee

try mcm2 resepi yg dikongsi rakan2

pantang nampak post donut mesti nak cuba

Donut kentang, donut pandan, dan mcm2 lg

maklumlah tengah semangat dan rajin

nak pula anak2 suka makan time tu kan

mcm2 versi resepi  dan bila buat ada yg menjadi elok dan ada juga 

yg memang tak menjadi terus msk dlm tong sampah 

penah try resepi donut yg katanya resepi ni tak perlu perap

uli2 terus goreng

bg yg nak cepat tu memang try la emmm malangnya hampehh

keras berdengunggg la gayanya 😇😇

takpe kan try and error

yg penting kena mencuba

dan sis masih simpan resepi masa msk kelas baking dgn seorg cheff 

di Bagus bekery dgn tips2 yg diberi.

dan resepi  donut yg selalu dpt result puashati 

dari perkongsian rakan blogger Izah Muffin Lover

memang menjadi resepinya

dan kbykan sis buat donut ikut resepi Izah ni

tqq ye Izah yg lama tak dengar khabar berita

terkini muncul bomboloni pula kan 

donut yg diisi dgn mcm2 inti

coklat nuttela, strawbery dn mcm2 la pilihan

 sis pun try la juga ha haa resepi Bomboloni tp buat ball kecik2 je

anak dara mkn dgn nuttela

nak tepek disini resepinya

resepi-donut-bomboloni

BAHAN-BAHAN

(A)

1peket yis mauripan

2 sb susu pekat

1 1/2 cawan air suam

2 sb gula

(B)

4 cawan tepung gandum

2 sb marjerin pelangi

2st baking

1st garam

cara caranya

campurkan semua bhn2 A dan biarkan naik kembang 

gaul bahan2 b dlm bekas besar

dan masukkan bhn A yg telah kembang

uli hingga sebati tak melekat ditangan

tp sis mskkan dlm mixer je

mixkan hingga sebati elok

dan tutup dgn tower basah 

biarkan adunan mengembang berganda ganda

sis biarkan dlm 40 minit gitu dah nampak penuh bekas td

bolehlah keluarkan dan picit bagi keluar angin

masa ni best picit2 sb pejal2 dah

siap boleh buat bentuk mcmna nak samada bulatkan atau bentuk ring

dan sb sis malas buat bulat2 mcm ball

je

susun dlm dulang yg ditabur sedikit tepung

jarak2 kan ia 

10 minit dah nampak elok je

boleh pnaskan minyak di goreng

api kena slow takut hangus 😎😎

1 comment:

  1. Aiyan suka makan donat, dulu ada lah dana rajin buat donat tp skrg dah malas... hahahaha kalau betul2 teringin je buat
    bomboloni ni dana makan tp tak lah suka sgt, dek kerana inti nya yg kadang terlalu manis

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...