Selamat malam
mata ngantuk tahap gaban he hee takleh byk cerita ye.
layan gambar dan respinya shj
Slice Cheese Cake
resepi oleh .jintanmanis.
4-5 keping slice cheese (guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya
Salam perkenalan sis..wah sedapnya kek :)
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteAslmkum mamasaranur
ReplyDeletegebusnya slice cheese cake itu.....yummm
sedapnya....teringin nak buat..tapi kurang yakin...
ReplyDeleteni yg geram ni...ada ke lg tu?..meh le teman sepotong..
ReplyDeletekek ni sedap...rindu nak buat lg
ReplyDeleteKemarin dah mai tengok cis kek ni tapi tadok pulak.
ReplyDeleteWow sangat gebu dan moist cis kek ni..
Anak2 saya sangat suka cis kek.Buat ari2 pun takpa hehe
Assalamualaikum.. gebunya kek tu.. macam nak try je :)
ReplyDeleteMmg gebus..mcm nk grab spotong nk rasa.
ReplyDeleteAssalamualaikum sara...amboi gebu gebas nmpknya...mmg sedap kek ni kan sara..
ReplyDelete