Wednesday, January 30

serimuka pulut jagung

Assalamualaikum
Hari ni nak kongsi cerita tentang kuih serimuka pula ye. ada seri tak he he 
Lama tak makan kuih yg seri2 ni buat lglah lama dah tak buat. Cuma bila cuti 3 hari lepas terjadilah serimuka ni. Terlebih rajin kununnn he he 
Walahal makannya bukan ramai pun kita and en asben je layan. Anak2 memang tak sentuh pun nengoknya. Buat seloyang tinggal sepring je kat umah yg lain tu kasi jiran belakang sepiring dan jiran sebelah sepiring....alhamdulillah rezeki diorg dptlah merasa kan.

Sebenarnya teringin nak buat serimuka pandan tp lain pulak tukarnya ke jagung sb malas nak ambik daun pandan. Resepi macam biasa la kan skodeng di google cari2 yg rasa berkenan.


Hasilnya inilah Serimuka jagung yg sedap ni. Meh la rasa ..

resepi dari blog http://kurniaanmu.blogspot.com... asal resepi kak Rusnah Fotoages
tqqq Arah dan kak rus


PULUT SERIMUKA JAGUNG

Bahan-bahannya
11/2 cawan pulut(guna 2 cawan)
11/2 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam

basuh , tos dan dikukus  dalam 1/2 jam

bahagian atas
  • 2 biji telur
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1/3 cwn susu cair-x letak tp ganti dgn santan 
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung custard
  • sedikit garam dan vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sb jagung cream

Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. 

Sunday, January 27

Damai laut Beach Resort yg mendamaikan

Assalamualaikum
entry tertunggak ye..nk jg mskkan disini sbgai kenangan manis. Percutian family di Damai Laut Lumut awal disember 2012 yg lalu. Sblm ni dah wat entry tp gambar2 di kolam renang disini  Inilah bilik penginapan, amat selesa. View ke pantai yg pasti sgt cantik.
Yg pasti memang tak puas berada di sini..rasa nak pergi lagi..insyaallah andai ada rezeki

pemandangan dari bilik penginapan kami

menunggu utk chek-in ,,penat jg perjalanan ke sini dlm 3 jam tu. Walaupun agak jauh Dl ni tp bila jejak rasa puas melihat keindahannya



3 beranak ni sakan berendam...mama dan adik tgk je dari pantai
si adik ni sibuk main pasir je suruh berendam takut he he






suka tgk kepulan awan yg sgt cantik...inilah betapa indahnya ciptaan ilahi
xtvt paling digemari si abang ni....


Selm berangkat pose dulu sebagai kenangan....

Saturday, January 26

sagu mata +gula merah + fresh milk

 ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi semua, dah breakfast ker? bestnya cuti 3 hari ni kan. Mcm2 boleh buat tu. Bersntai-santai,,, Ada yg balik kampung dan ada yg jalan2. Kami ni, entahlah he he pagi2 lagi ni hantar kakak ke sekolah ada tuisyen, si abang pun ada kawad kat sekolah jugak. Emmm nampaknya kat umah je la mama ni.
Ikutkan nak balik kg tgk pak tp bila abang yg duk Klang balik anak beranak nya seminggu ni jadi turn ktorg bulan febuari lak.  inilah perancangan kami adik beradik kena gilir-gilir balik kg sb nak pastikan sentiasa ada yg meramaikan kat kampung tu, maka taklah sunyi ayah mak nanti. Kalau dah semua balik sekaligus ada masanya tak sorang pun yg ada kesianlah pak mak sb keadaan skrg dah lain.
kat Kg tu kalau tinggal makpak  je memang terasa sgt sunyinya...bilik2 semua kosong hu hu hu seram pun ada. Faham sgt mcmana setuasi mak dan pak tu. Dulu lainlah pak ada mcm2 xtvt dia ke kebun ke kolam ataupun keluar ke masjid dan mcm2 lg skrg dah tak blh kemana kalu tak ada yg bawa. Mak setakat ke rumah jiran2 tu blhlah. Kg pun bukan mcm dulu ..agak sunyi skrg sb ramai yg berhijrah dan yg tua2 pula ramai sudah yg kembali padaNYA.
Hati ni memanglah meronta-ronta nak blk kg. oklah pujuk hati sendiri dgn main masak2 pastu makan he he beberapa hari lepas masaklah sagu ni emmm sedapnya kan makan sejuk2 tu.
Biasa makan dgn santan tp kali ni try makan dgn fresh milk macam kat hotel tu he he sedapnya layan sagu ni tau

sagu ni memang feberet dari duluuuu lagi, kalu wat bubur kacang ker pengat pisang ke mesti letak sagu banyak2 eeiiii sedap
selalu kita main letak je tak ikut resepi he he tp kali ni cuba ikut sukatan resepi linapg.blogspot.com
 tqqqq ye Lina akak paste disini ye

PUDING SAGU GULA MELAKA
by:http://linapg.blogspot.com

sagu
1 cawan biji sagu (putih)
i liter air
sehelai daun pandan simpul
pewarna pilihan

cara-cara

rendam biji sagu dalam 1/2 jam, kemudian toskan airnya
didihkan air bersama daun pandan kemudian masukkan biji sagu tadi
biarkan seketika sehingga nampak jernih, tutup api dan biar seketika
toskan dan lalukan dgn air paip utk buang kanjinya
masukkan dlm acuan disukai dan sejukkan

makan bersama air gula yg telah dimasak pekat bersama santan ataupun susu



Friday, January 25

nasi goreng telur mata je


Assalamualaikum

Sehari cuti sempena Maulidur Rasul duk rumah je malas nak kemana2, en asben pun tak ada..pagi2 hantar si kakak ke sekolah utk sambutan Maulidur , pastu  duk bereksperimen kat dapur he heeeeee sambil layan tv je sb kebanyakan rancangan sgt bagus semua berkisarkan Nabi Muhammad s.a.w. WHI jam 12 tghari pun .

Pagi breakfast nasi goreng je, walaupun sgt jarang sebenarnya. Isnin-jumaat lazimnya beli kuihmuih je takpun roti canai. Ni kat umah bolehlah layan nasi goreng kan kannn
Yg ni special for mama ye sb tu ada hirisan tomato emmmm memang best my feberet tu.
Resepi???? ala tak yah kot kan he he blogger2 semua lg terror bab masak2 ni kan. Malu la kita punya sgtlah simple sahaja....ok tghari menunya cuma daging masak kicap je. Kesukaan budak kecik Sarah
makan dgn nasi putih siap bertambah dia tau.

oklah ye nanti sambung entry  eksperimen petang semalam he he kek coklat indulgent tungguuuuuuu 

Akhir marilah kita sama2 terus berselawat ke atas NABI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Thursday, January 24

selamat menyambut Maulidur Rasul


ASSALAMUALAIKUM


SALAM MAULIDUR RASUL  sempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul bersama-samalah kita mmberi penghayatan erti sebenarnya.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah ..12 Rabiul Awal tahun gajah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi  terakhir yg diutuskan.
Setiap tahun umat islam diseluruh dunia akan mengingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dgn mengadakan perarakan, ceramah dan sebagainya. Di masjid2 dan surau akan ada majlis tanda mengingati. 

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi MUHAMMAD S.A.W  nabi junjungan kita ini

Alhamdulillah syukur diatas segala kurnianNya



Monday, January 21

crepe biskut cremo


Assalamualaikum semua

Jumpa lg ye...alhamdulillah syukur diatas kesempatan ini

permulaan hari setelah 2 hari santai dirumah, ohhh bukanlah goyang kaki santai tp penuh jg xtvt di dapur tu kan. 2 hari lepas en asben pula ke utara so tinggal 4 beranaklah, sil pun ke PD . Sabtu ke sekolah kakak utk program DARI HATI KE HATI perjumpaan ibubapa dan guru2 yg mengajar thn 6 membicarakan cara terbaik utk memastikan anak2 thn 6 sukses 5A dlm IPSR 2013..sampai tengahari jg.
Balik tu rilexlah xyah kejar2 masak nasi dan lauk sb asben tak ada kannnn . Anak2 goreng ayam je habis cerita. Dpt lelapkan mata sekejap he he
Hari sabtu memang makan malam dah biasa anak2 ni apalagi murtabak , ayam uncle bob pastu jagung dan apam balik he he pasar malam mari ye. Mama x yah susah2lah jadi blh bersilat kat dapurlah menerai resepi2 yg duk salin tu. Hari tu beli whipping cream 1 liter cadang2 nak buat crepe la katakan . Makanya kenalah buat kan...sebelum ni dah try bluberry crepe sambutan kurenggg malam td nak wat crepe oreo lah, kot2 laku kan. Dlm duk buat tu tetiba tgk biskut oreo dah habis dikerjakan uwaaaaaa nak nangis tau. akhirnya beli je biskut ala2 oreo tu namanya cremo kan. Bolehlah sama je kan cuma lain brand kott
Taraaaaa tgk tu banyak letak biskut ni sb risau lah sebelm ni masa wat bluebery letak sikit alahai x sedapnya tawauuu bebenor
kan whipping cream tu tawau ye dakk he he
fuhhh sedaplah itu je dpt dikatakan....makan lak sejuk2 yg dah simpan dlm peti ais semalaman.
kali ni resepi skodeng di bloq Zila /oreo-crepe.. ada jg di blog Mori maorisaid.blogspot.com dan ramai lg tgk dah buat kan.

Mula2 tu memang tak yakin bila siap bancuh tepung nape cair sgt, risauuu je  kan tp teruskan jg, memang susahnya nak jadi pada awal2 tu sb  melekat dan lembik takleh nak angkat pun,  cuba yg dekat last2 baru ok 
kali ke2 bancuhan pandai2lah ejas sendiri (jgn marah ye) tambah sikit tepung gandum tu. Mungkin lain tangan lain hasilnya ye tak.
tp yg bestnya crepe lembut  ..sedapppp OK 
akak c/p disini ye Zila

oreo crepe


sumber: zila 4ever

bahan-bahan

-20gm tpg gandum


-20gm tepung ubi



-10gm tpg kastard


-10gm tpg jagung


-1 biji telur


-1 sdk myk masak


-1 sdb gula halus


-40ml susu cair


-150ml air


-pwrna kuning

cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan 

dengan whisk dan tapis..

-kalau cair  tambah tepung sedikit)


boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena


hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan 

crepe akan berlubang bila banyak buih.
.
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang


dipegang.

.
layangkan kuali agar adunan sekata


masak atas api kecil.


masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn 


semasa  mengangkat.

filling


-150ml fresh cream diputar hingga kental


- oreo secukupnya

-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh


 cream di atasnya.

-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


-siap

sejukkan semalaman baru sedap keesokannya .

Friday, January 18

kek coklat kukus tanda ingatan pada Besday mak



Assalamualaikum

Semalam tarihk kelahiran mak. Hajjah Zariah Hj Hassan yg ke 67 tahun, hanya pelukcium anakmu dan ucapan dari kejauhan ini ..Selamat hari lahir ye mak.... diiringi
 doa semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yg baik
dan tabah menghadapi apa juga...sabar dlm menguruskan suami @ ayahanda. 
Akak sayangggggg sangat2 pada mak, rinduuuuuuu sgt2 pada mak
mak adalah ibu yg terbaik, membesarkan kami 8 adikberadik dgn sempurna, tiada kata2 yg dpt diucapkan utk mengambarkan isihati di kala ini..
mak  I luv UUUUUUUUUU so much



Ingat lg masa zaman kanak2 sampailah msk form 4 memang tak blh renggang dgn mak. Tak boleh tido kalu mak tak ada he he ngalahkan anak bungsu lak kan tp itulah hakikat sebenar memang tak boleh...kemana pun pergi mesti balik dan ada mak baru aman he he kalu tidak memang mata merairlah....
Bila duk hostel dkt berbulan-bulan jg nak biasakan diri huh uu 

Sebiji kek yang tak seberapa ni sebagai tanda ingatan walaupun kita berjauhan...kan mak. Walaupun mak tak dptpun makan kek airtangan paling istimewa ini he he
cucu2 mak yg makan ni tau ha...

Selamat hari lahir ye mak.....harap mak akan tetap tabah dan sabar ...menghadapi segala dugaan kehidupan di dunia  yg sementara ini...Selama ini kesabaran dan ketabahan yg mak  pamerkan adalah sumber inspirasi kami.

Resepi kek coklat ni ambil dari blog KAK ZU...  TQ TQ ye kzu kerana share resepi yg sgt2 sy suker ni. Percubaan pertama yg menjadi dan harap kali  seterusnya jg he he Memang terbaik setakat ini
 utk resepi asal boleh tgk disini ye semanisgula

kek coklat kukus

bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung gandum
st baking powder
1 st soda bikabonat
* 1 cawan gula halus
*1 cawan susu cair
* 1 cawan minyak masak
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan serbuk koko

cara-caranya

masak bahan2 bertanda * kacau hingga larut
kemudian sejukkan sebentar
blend telur
masukkan bahn2 * yg telah sejuk tadi
gaul sebati + esen vanila

akhir masuk tepung yg telah diayak
gaul sebati dan msukkan dlm acuan balut dgn foil
kukus dlm 1 jam

sejukkan dulu dan curahkan dgn coklat ganache fuhhh mabeless sgt
 resepi Ganache
coklat masakan + whipping cream
cairkan double boiler shja
                           
                       




Wednesday, January 16

cupcake coklat

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
<Hadis Riwayat Muslim>


ASSALAMUALAIKUM

Seperti dijanji hari ni tunjukan cupcake yg sempat dibaking utk besday girl bawa ke prasekolah.
Dalam gundah gelana ni hasilnya agak kurang memuaskan,,,tp yg pentingnya besday girl dan kawan2nya gembira kan. Biasa la budak2 kan he he kakaknya ada bgtau masa tu dia nampak kawan2 prasekolah masa balik tu berlari-lari dgn riang gembiranya sambil tiap sorang bawa cc ni tunjuk pada ibubapa masing2 sukernya kannnn, 

resepi masih guna yg sama sebelum ni rasanya cukup dah biasa buat mlas nak ubah2 bahan2 dan cara.


 Taknak bunga2 tp nak letak huruf S sempena namanya bermula S,,,,ikutkan je lah ye 


Anak dara ni tgh menghiasi cupcakeya he he rajin dan bersemangat tu....




Monday, January 14

kaswi keladi kak Besah yg harum



Assalamualaikum semua

Hari ni nak kongsi  resepi yg pertamakali  cuba dan ohhhh sgt sedap he he
itu je dpt dikatakan ye..nak tahu kealah cuba sendiri k. Bagi pengemar keladi ni memanglah suker kan.






 Paling suka baunya tu uowhhh sedapnya. Siapa yg nak try blh tgk disini ye
http://www.myresipi.com/top/detail/18566

cp resepi disini ye kak Besah utk rujukan akan dtg jg sesiapa yg berkenan. TQ very2 much..

Bahan-bahan 


  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1 cwn keladi lecek (stelah direbus)
  • 2 1/3 cwn santan
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu tehgaram
  • 1/2 suduteh AIR kapur
  • sedikit pewarna ungu jika suka
  • secawan kelapa parut + secubit garam utk salut

Cara-cara

  1. mula2 mesti panaskn pengukus dulu
  2. campur sebati semua bahan. 
  3.  blend kejap..heheh..
  4. sapu minyak pd loyang, pastu masukkan adunan 
  5. ke dlmnye. kukus 25 - 30 minit atau hingga msk
  6.  mengikut kebiasaan masing2..

  7. bila dh msk, sejukkan
  8. sejuk barulah dipotong & digolekkn dgn kelapa parut...



jumpa lg




Sunday, January 13

kek merry ....kek besday simple Sarah


"tidak ada sesuatu musibah yg menimpa sesorang kecuali dgn izin ALLAH dan nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu"
<at-Taghaabun:11>

Assalamualaikum
mulakan hari anda dgn Senyuman manis, walaupun sebenarnya hati terguris cewahh he he
Masa bersantai-santai ni baru  dpt wat entry kek merry sempena besday 2 buah hatiku minggu lepas. Kek merry je kan..jadilah ye tak. Ada ceritanya....
Sebenarnya memang masa besday tu mood betul2 tak ada ..malam sabtu lepas tu dpt call dari kg bgtau adik bungsuku teruk jatuh pitam, kakak no 3 tolong  hantar ke spital Selama ,sementara pak pula dlm kerisauan kat adik dan rumah pula tak ada sesiapa masa tu terus pening dan sesak nafas... .....kelamkabut sungguh.,cepat2 Mak  tepon adik yg duk Penang suh balik bw pak ke hospital tp tak sampai2 lg...bayangkanlah  kita yg jauh ni dikhabarkan begitu rasa bagai nak terbang je terus ke sana..tp apakan daya...memang tak dpt buat apa2 pun redha dan berdoa je.Bila tepon blk Alhamdulillah adik kat Penang sampai terus bawa ayah g spital mlm tu sampai jam 3 pg lah kat emengency
Pagi2 pula  si bungsu ni merengek tanya kek hu hu baru lah mama tgk bhn2 yg ada dan buat ..itupun setelah dpt perkhabaran ayah tak apa2 cuma adik mus admit sb kecederaannya agak teruk dimuka..gigi depannya habis patah dan muka  bengkak2 hu huu kesian betul adikku sorang tu..sedih fikirkan keadaan mak disana..


pakai hentam je deconya..mana yg ada,.letak krim yg siap ada kat petiais tu. sedap jg kan.
 jadi dia happy di hari lahirnya...tak tahu tu mamanya sgt sedeh ....
 Malam isnin tu baru suh adik dan abang ni posink dpn kek...makan sepotong je sb esoknya Sarah nak raikan dgn kawan2 kat taska pula yg kebetulan ada sorang kawanya yg besdaynya pada isnin 7 januari. Jadilah meriah sikit mcm2 makanan disedikan cuma kek je dari mama,kawannya siap bwa godies beg he he dptlah tumpang sekaki..
Ada lg requet besday girl ni nak pula cupcake utk kawan2 prasekolah ..uwaaa jenuhlah mama baking jg cupcake malam tu 

kek merry
BAHAN-BAHANNYA :-)

satu peket biskut marie
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
120 gm coklat masakan
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
2 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut mariedalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega 
2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat dan kental . Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
3. Tuang dalam acuan yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, klu  Dan Simpan dalam peti sejuk 1 jam dan hiaskan


   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...