Wednesday, January 9

bingka keladi

assalamualaikum 

"mengapa ALLAH akan menyeksamu jika kamu bersyukur dan beriman dan ALLAH Maha Mensyukuri lg Maha Mengetahui"
an-Nisa

sehat2 semua...alhamdulillah kan andai diberi kesihatan yg baik andai tidak pun tetap syukur dan sabar menghadapinya


kalau nak kata sentiasa sempurna tiada sekumit yg melanda tipulah kan.....

.baru-baru sempat mencuba bingka keladi kak Yatie ni
taklah rajin sebenarnya tp dah ada lebihan keladi yg dibeli ...kadangkala sb dah ada kenalah buat sesuatu kan
gambar pun x terang sb snap pakai hp cik asben he he kamera tertinggal kat kg

firstime try bingka keladi ni .
resepi cp dari blog k.yatie tq ye

BINGKA KELADI

Bahan- Bahan
  • 3 biji telur
  • 3 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keladi- yg telah direbus, di toskan dan dilecek
  • 1 sudu kecil pewarna purple (kalau takde letak warna merah+warna biru)
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapukan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar .
  2. Masukkan keladi yg di rebus dlm blender, masukkan sekali telur, gula, garam, butter, santan dan tepung. Blend semuanya, kalau tak muat blend separuh2.
  3. Gaul sebati dan letak pewarna dan gaul lagi.
  4. Tuang dalam tin yang telah di lenserkan butter tadi.. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.
  5. Bakar selama 1 jam, guna api atas dan bawah. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran lagi selama 10 minit dan guna api atas sahaja.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga betul2 sejuk.
  7. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Selamat Mencuba...

11 comments:

  1. rasanya belum pernah buat lagi bingka keladi... mesti sedap kan? akak selami ni pun dok ambik gambar guna hp je nuri... ni hp akak rosak.. payah la nak bergambar eksperimen2 dapur.. hehe..
    hp en. husband boleh je amik gambar tp tu ler.. hasilnya kurang memuaskan...

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi makan kuih nie... tentu sedap ni kan..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Assalam...bingka keladi lom pernah dengar n makan lagi ni..kalau talam keladi bese makan (tu pun beli ajer kih3)....
    Bak mai 3 ketoi..nak yang garing2 n kerak tebai hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya lama tak buat,kang buat kita sorang yg habiskan anak2 tak pandang

    ReplyDelete
  5. sedaptu ... memang kalau dah ada lebih kenalah buatkan..

    ReplyDelete
  6. waaahhh, sedapnya...len kali boleh buat..

    ReplyDelete
  7. seronok jamu mata tengok gambar makanan petang 2 ni...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kalau guna keladi... sayangnya di tempatku jarang ada keladi!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kalau guna keladi... sayangnya di tempatku jarang ada keladi!

    ReplyDelete
  10. Salam Mama sara...wah...sedapnya bingka keladi...wangi tu...lemak manis...

    ReplyDelete
  11. Zila pun x pernah mkn jgk..klu bingka biasa tue slalu..mesti lemak sedap nie..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...