iklan

Wednesday, 23 April 2014

roti sarang lebah



assalamualaikum

  alhamdulillah, sejuk hari ni hujan lebat membasahi bumi. 
Mata pun layu je ni, kalu duk atas tilam berselimut fuhhh kompem lena he hee

 penangan layan fb he hee semua yg ditunjuk buat kita teruja menu2 yg buat x senang duduk selagi x rasa sendiri. Tapi x semua la kan.
Mcm roti sarang lebah ni la bila pk je wahhhh mcm x sabar2 nk try.

Resepi cp kat blog Izah disini ye.


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



12 comments:

  1. ye ar...sana sini tgk beehive...yummy

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sara...nmpak sedap sungguh roti sarang lebah ni sara....

    ReplyDelete
  3. DAN DAN RASA NAK MENYARANG LEBAH JUGAK NI KAK. HAHA
    COCOKNYA PENGANTIN KAT BAWAH TU

    ReplyDelete
  4. saya pun nak try buat jugak,nantilah dulu,biasanya lepas semua orang buat kita baru nak try..

    ReplyDelete
  5. Nmpk sedap...nk buat jgk la...hehe

    ReplyDelete
  6. hehee.. cute sgt yg tang tumbuk bg kuar angin tu.. :)

    ReplyDelete
  7. memang glamer roti sarang ni. semua org buat!

    ReplyDelete
  8. wahh dh kena gigit erk n lbh..dap tgk nnt nk buat jgk..

    ReplyDelete
  9. Fuyoo fenomena kan roti ni, klu kat fb asik tgk noorsha tayang adui lah haha sedapnya

    ReplyDelete

kata-kata manis