iklan

Wednesday, 8 May 2013

buah melaka biru

 assalamualaikum

bersua lagi ye,
alhamdulillah Syukur pada Nya

Semalam dikhabarkan berita  bapa saudaraku (abang mak) kat kampung telah kembali ke rahmatullah. Agak terkejut mulanya
tp inilah ketentuanNya yg hidup pasti akan Mati
Dan dari kejauhan ini hanya mampu hadiahkan Al Fatihah
semoga arwah paklang ditempatkan dikalangan org2  yg soleh... Amin
Maklah org paling sedih rasanya sb paklang ni satu-satunya ahli keluarga terdekat dan rapat yg masih ada. Agak terkilan jg sb tak berkesempatan menziarahi  arwah yg terlantar sakit hampir 2 minggu akhir ini.
Hakikatnya memang kehidupan kita cuma sementara dan tiba masanya semua kita akan kembali ke sana, alam yg kekal.

Lama tak letak entry masak2 disini kan, bukan tak masakpun tp cuma tak sempat nak snap gambar hu huu rutin masak agak tergendala dan slow sikit  sebelum pru 13, tp skrg ok dah selesai kan so boleh teruskan rutin seperti biasa. 
jom layan buah melaka ni pulak ye
kuih ni sgt2 digemari anak bujang sorang kat rumah ni. Bujang yg sgt memilih tu, Ni buat pun atas permintaan dialah, waaaaaaaaa malam2 buto tu boleh mintak nak makan buah melaka ni he hee sebaik kelapa parut putih ni ada.
sb2 malam2 buto lah mama tersalah letak pewarna ni
he heee nak ambil kaler hijau terambik kaler biru
wakaaaka boleh gitu. Apapun tetap layan jg, sama je kan
cantik la kaler biru ni he hee puji sendirilah pulak

 gula enau from Kuala Pilah, stok dlm peti ais


tqq for resepi  ni http://zalinah.blogspot.com

 Buah Melaka

Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan - 4/5 helai daun pandan dikisar bersama air
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau pandan 
Gula melaka secukupnya 
2 cawan kelapa parut putih dicampur sedikit garam

Cara-cara:
Masak air didalam periuk. 
Dalam sebuah bekas satukan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam. Masukkan sedikit demi sedikit air pandan dan pewarna hijau sehingga menjadi doh lembut.
Bulat2kan seperti biji guli dan isikan sesudu kecil gula melaka,
Masukkan kedalam air yang sedang mendidih. Apabila buah melaka timbul menandakan telah masak.
Gaulkan kedalam kelapa dan buat sehingga habis.
Sedia dihidang.

11 comments:

  1. Takziah buat akak sekeluarga. Sy juga dah tak ramai pak sedara/mak sedara.

    Lama tak makan buah melaka yg dibuat dr tpg pulut. Sedap tu...warna pun memikat

    ReplyDelete
  2. takziah juga zila sampaikan kak..sedapnye..

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    takziah ya kak..apapun color biru tu tetap nampak cantik dan unik la kak..

    ReplyDelete
  4. salam takziah ...
    cantik pula buah melaka kaler biru

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat mamasaranur sekeluarga
    bln lepas buat buah melaka utk pot luck..

    ReplyDelete
  6. Takziah kak.
    Rupe2 nya tersalah ambik kaler ehhh...x pe..janji sedappp kan :-)

    ReplyDelete
  7. takziah jgk dr zila,smoga rohnya tergolong bersama org2 beriman..amin
    wlaupun biru tp ttp mengancam..lama zila x mkn la..

    ReplyDelete
  8. kita pun baru buat minggu lepas, sbb teringin nak makan..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kak...sedapnya tgk...meleleh air liur fiza tgk....bak sepiring kak...selalu beli x sedap...keras....tapi nak buat malas la pulak...huhuhu

    ReplyDelete
  10. cantik pula biru, tak pe lah tersalah pun hehehe..........

    ReplyDelete
  11. salam takziah semoga roh berada dikalangan org beriman.terkejut tgk buah melaka biru tu.tp cantik menarik juga letak kaler tu.mmg tak penah jumpa la sblum ni

    ReplyDelete

kata-kata manis