iklan

Saturday, 13 April 2013

muffin pisang

assalamualaikum dan salam hari minggu

Air ooooooo air 
kusut masai memikirkan tentang bekalan ni hu huuu hari ni masuk hari ke 3 dah air tak ada tau kat kawasan Taman Keramat ni. Tak penah2 sblm ni lama gini, selalunya kalu tak ada separuh hari paling lama sehari. Ini tidak sampai air tangki pun turun meleleh je, air minum oklah lg kan beli berbotol2 
Teruk nampak gayanya ni, baca paper semalam kata masalah kat Bt Cave sana sb paip pecah, harap2 ptg ni pulihlah ye.....tak sanggup air tak ada ni, seksaaaaaaanya.
pinggan mangkuk penuh singki, kain baju oklah kan simpan kering. Tergendala segalanya. 
dapur pun kena berenti operasi he heee tapau apa yg patut tp kan sb semua kawasan so kedai makan yg dekat2 sini pun tutup belaka....nampak gayanya kena jalan2 cari makan kawasan lain.

Bebal dgn masalah air meh layan muffin pula ye. oooooo jgn salah faham muffin ni menu minggu lepas masa belum dilanda krisis air he heee.
sesaja suka sb ada stok pisang .
Alahai tak dpt sambutan dari anak2 pun. Diorg ni memang kurengg sikit. Agaknya kalu campur dgn coklat chips ker mungkin lg sedap kan.
apapun layan je lah,...ok pasni nak kena keluar cari air lagiiiiiiiii

.resepi dari
myresipi.com oleh Shazwani Shah. tqqqqq ye

MUFFIN PISANG

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 300 gm tepung gandum
  • 3 butir telur -diambil kuningnya
  • 20 gm serbuk penaik
  • 150 gm gula
  • 100 ml air
  • 100 gm minyak jagung
  • 50 gm pisang masak -dipotong kiub
  • perisa pisang
  • cawan kertas

Cara-cara

  1. pukul telur bersama gula hingga kembang.masukkan susu,air,minyak ,perisa pisang dan tepung gandum.
  2. kacau sehingga sebati.kemudian masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
  3. akhir sekali masukkan pisang dan bakar hingga masak.

T

9 comments:

  1. Selamat pagi...
    Memang best pekena mufin pisang di waktu pagi...kalau ada air panas lagi mantap.

    ReplyDelete
  2. ssh kan bila x de air....dugaan tu kak....sy pun x snggup klau dah msok 2 3 hari....sehari pun dah ssh rasanya....harap masalah air x berlarutanla kan....

    muffin tu....sdap nmpk...:-)

    ReplyDelete
  3. wah lamanya kak x de ayaq...fiza kalau x de ayaq dah penig kepala dah nak pi menempek kat mana...yerla nak amik ayaq semayang nak buang apa yg patut...he he he....pernah sekali masa time period sehari air x de...kelam kabut juga la sbb nak cuci kena lari umah mentua...huhuhu...tapi petang diaorg buka balik...dulu selalu gak fiza buat muffin ni tapi umah fiza ni kalau kek2 ni kureng sikit sambutannya....tapi kalau cis kek mmg laju ja...he he he

    ReplyDelete
  4. Susahnya kalau bekalan air terputus... hadoiii! Kena selalu bersiap sedialah dengan masalah ni ye..
    Sib baik ada muffin pisang... boleh layan seketul dua kan Mama Sara Nur he he ehh

    ReplyDelete
  5. makan dengan secawan nescafe tentu sedap ni..

    ReplyDelete
  6. sedapnyer...lama dah pisang tak masuk dapur :(

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,
    kesiannya tak dak air. tmn setiawangsa pun tak dak air jgk apa? muffin tu kalau boh coklat cip sure laku :-)

    ReplyDelete
  8. tengok muffin mamasara kak noor terus teringat nak buat muffin jugak ni sbb pisang dah ado tu masak ranum dah pun..

    ReplyDelete

kata-kata manis