Tuesday, April 9

kuih lapis dwi warna



 assalamualaikum

salam sejahtera semua
terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya...
semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye

Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee
ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan.
2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 

Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini


 kuih lapis

sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)
bahan-bahannya
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang . 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)
 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  
 Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.


ok jumpa lagi 

15 comments:

  1. sedapnya....cantik lapis2nya tu.....

    ReplyDelete
  2. Kuih lapissssssss... Sukanyaaa.. Reaepi ni mmg confirm sedapppp.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..wahhhhh cantik betul gabungan warna dia..Teruja nak makan

    ReplyDelete
  4. canteknye kak.. kuih lapis ni nani pun kalau makan selak selapis2.. mcm budak kecik gak.. hahahaha.. ;) sakinah mmg peminat kuih lapis sejak kecil..

    ReplyDelete
  5. wahhh..rindunya nak buat kuih kukus2 ni...lum ada kesempatan la...Sedapnya nampak kuih lapis ni...Semoga anak2 cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya....kuih kegemaran akak ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnya, saya seumur hidup penah buat sekali je time bulan puasa tahun lepas, dah tu terus tak penah try lg hehe sebab tak ada org nak makan

    buat sendiri lg sedap kan dari beli, berkalerful pulak tu

    ReplyDelete
  8. salam.Dalam sibuk sibuk tu sempat melapis hehe.Cm suka makan kuih lapis..buka selapis ..selapis...

    ReplyDelete
  9. amboi...cantiknya kaler dia...pandei tuan tanah pilih kaler! sy dhlama tak buat kuih lapis...ni mcm tringin plak!

    ReplyDelete
  10. Syoknya makan kuih lapis, selapis demi selapis.....

    ReplyDelete
  11. wa....kuih lapis yg best ni....resepinya mmg terbaik....! masih ingt lgi kesedapannya msa sy buat hri tu kak....nak buat lgi....tl masa x brapa nak ada skrng ni.....

    ReplyDelete
  12. fav anak mori nie...cantekk warna nya...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...sedapnyer kak kuih lapis ni...bikin kecur ayaq liuq ja...huhuhu...

    kak...cuka epal tu ambik satu sudu makan saja dibancuh dgn sedikit air...cuka ni masam sgt...kalau akak tahan boleh minum begitu saja...atau akak boleh campur dgn satu sudu makan madu....minum waktu pagi semasa perut kosong...=)

    ReplyDelete
  14. cantik..suka nengoknya..kuih feveret kt jgk nih..nk bt sndiri ada sikit males hihi

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...