Skip to main content

bengkang ubi kayu

 assalamualaikum

salam hari jumaat yg cukup cerah
.hari ni penghujung hari sekolah bagi penggal pertama kan, esok akan bermula cuti persekolahan selama satu minggu. Dari semalam anak2 kat taska duk cerita pasal cuti bersama agenda masing2. Riang gembira belaka
.Insyaallah kami nak blk jg tp bukan awal2 ni sb ank di tahun 6 dah diatur jadual tuisyennya kat sekolah. Mungkin ke penghujung cuti baru balik. Takper ikut giliran, yg mana boleh balik dulu baliklah kan.
 Setiap hari tepon mak ayah tanya perkhabaran pun alhamdulillah duanya ok skrg ni. Gilir2 duk umah kakak2 disana.

 lama tak update menu2 yg dimasak kan, sebenarnya berderet jg yg menunggu tu. Pelan-pelan he heee bila keadaan kembali reda.
ok bengkang ubi ni dah potong trip sb kuih feberet he heee tp jarang2 dpt makan hasil buatan sendiri. Kalu beli tu seketul dua adala..
masa blk kg minggu lepas sempatlah cabut ubi ni kat depan rumah
sayanglah pula terbiar gitu. Dpt 2,3 ketul besar2 memang patut jadikan bengkang sb tak terhabis makan rebus je he  hee 
bawa blk KL 2 ketul, malam td baru sempat parut pastu bakar. Jadikan sarapan. Dapat seloyang , siap bg Sarah bwa ke prasekolahnya suh kasi kat cikgu. Alhamdulillah menjadi elok kali ni, lembut je .

 Bengkang Ubi

5 cawan ubi yg siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula-ikut manis pun boleh
garam secukup rasa
pewarna kuning

ubi yg diparut sy tapis dulu dgn penapis kelapa, biar airnya berwarna kuing turun dlm 10 minit gitu( petua mak supaya tak pening dan angin)
pastu buang air tersebut , tp sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi
campurkan gula garam dan pewarna dan santan pekat

loyang disapu dgn mentega dan panaskan sebentar
baru masukkan adunan ubi yg telah sebati
dan bakar dlm 1 jam setengah suhu 200c api atas dan bawah

sejukkan betul2 baru potong

atas ni part paling sedap dan digemari iaitu kat tepi2 he he sb betul2 lembut dan garing he heeee 
ok jom layannnnnnnn

Comments

  1. Terliur akak tengok bingka ubi mama nur sara ni... peberet akak bingka ubi ni :D

    ReplyDelete
  2. canteeknya bingka nie... teliur tengok..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    kuih fav ni.. kecik2 dulu mak selalu buat.. mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. assalam MSN..acik tengok gambar tu ingatkan ubi kuning..cantik sangat kuningnya..orang lama macam ni acik ni meang suka sangat dengan bingka ubi ni

    ReplyDelete
  5. serious tak pnah buat ni & lama tak makan pun...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak..
    alhamdullillah.. mak/ayah akak sihat ye... itu yg paling membuatkan kita senang hati kan... :)
    wahhh... sedap nye bengkang ubi... siap sarah bawa gi kasi cikgu lagi.. memang kelasss lahhh...

    ReplyDelete
  7. sedapnya bengkang ubi kayu,walaupun baru jer makan bengkang ni..rasa terliur pulak tengok kerak tebal camni...masih ada belen ke?

    ReplyDelete
  8. lama betul tak buat dan makan....bila tenguk kat sini jadi penasaran pula he heee.....

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau ada 2-3 ketul depan mata nih..

    ReplyDelete
  10. zila suka yg kerak2 tue..lagi garing lagi sedapp..rajin btl mama kan..

    ReplyDelete
  11. Asedapnya yg kerak2 tu...suka sangat kuih bingka ubi kayu ni...lama dah makcik tak membuatnya....

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Mamasaranur
    suka kuih bingka ubi kayu tp belum pernah buat sendiri....kalau jumpa pasar mlm biasa beli.
    baru baca entry di bawah....terkejut juga baca yg mak Nuri kemalangan... moga cepat semboh...byk2 bersabar ya Nuri.

    ReplyDelete
  13. Salam kakkkkkk...fiza dah byk hari mengidam nak makan bengkang ubi kayu ni...adouyai tgk akak pulak tayang ni...lagi tergugat keinginan fiza nak makan...huhuhu....lapaqnya kak...esok nak cari ubi kayu lah nak try buat tgk...jd x jd belakang kira...he he he....fiza ambik yer kak....sedapnyerrrr....

    ReplyDelete
  14. kak..teringat ubi kita bulan lepas membusuk sebab lambat sangat nak buat kuih ni..sayang rasanya..

    ReplyDelete
  15. suka makan bengkang ni selain bengkang suji dan beras

    ReplyDelete
  16. oh sedapnya...! lama x mkn cmni....slalu mak je yg buatnya...

    ReplyDelete
  17. sedapnye..dulu nenek una sllu buat bengkang ni..

    ReplyDelete
  18. fuh bestnya...br smlm meeting depa jamu bengkang ubi ni..tp tak abih makan sbb keras sikit..mkn tang kerak tu je...slmt bercuti juga buat k nuri dan keluarga!

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...