Thursday, 3 January 2013

cornflake coklat

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi ALLAH melihat niat dan keikhlasan dalam hatimu"
<hadis Riwayat Muslim>

assalamualaikum

Minggu awal persekolahan ni biasa la kan kebuzyan di siang hari melanda pada semua ibu2 dan bapa2. Mcm2 nak diuruskan perihal anak-anak, yuran dsbnya  Nak lagi yg ank baru masuk sekolah tahun 1 atau form 1 kena hantar dan ambik.
Alhamdulillah kita dah selesai si abang Is form 1 dan kakak tahun 6  cuma adik Sara ni kena hantar pagi2 dan jemput pulak kat PRASEKOLAH jam 11.30 . Kakak naik van dan abg sekolah sessi petang just jalan kaki sb SMK dkat je.
Adik nk naik van tp mama aduyai tak yakin lg nak lepaskan dia tu...

gembira tersenyum je tiaphari  sambil menceritakan perihal sekolahnya
 tu he he ada kawan2 baru dan cikgu baru.
pantasnya masa ni kan dah 6 thn anak bungsu mama.... nampak sangat makin tua mama ni hu huu

ok dalam pada tu sempat lah buat sikit cornflake bercoklat ni utk kudapan anak2, kebetulan je ada lebihan coklat masa kenduri kawen ucu diorg baru2 ni. mama simpan dlm peti ais masih oklah kan. Memang la sedap ranggup bercoklat dan paling best kudapan yg cuma perlu cairkan coklat and masuk cup dan simpan peti ais sekejap je pastu siap boleh makan
bestkan, he ehe meh sapa yg nak try ikut resepi di blog Noorsha

http://noorsha.blogspot.com/2012/08/cornflakes-coklat.html

RESEPI CORNFLAKES COKLAT 
Resepi : Noorsha


 Bahan² 
1 kg chocolate compound - Noorsha guna jenama Beryl's
1 cawan peanut butter 
1/2 cawan almond slices - dibakar terlebih dahulu 
500 gm cornflakes 
colour rice secukupnya 


 Cara ² 
1. panaskan air kedalam periuk hingga mendidih. sementara itu potong kecil² chocolate compound dan masukkan kedalam periuk lainnya bersama peanut butter. setelah air mendidih, tenggekkan periuk berisi coklat keatasnya dan kacau coklat hingga mencair. 
2. boleh juga cairkan dengan menggunakan microwave pada suhu 450 F selama 5-10 minit. 
3. setelah coklat cair, masukkan almond slices dan cornflakes. kacau rata sehingga bersalut kesemuanya dengan coklat. 
4. sudukan cornflake coklat kedalam cup kecil dan taburkan colour rice diatasnya. tunggu coklat kering baru masukkan dalam balang kedap udara...selamat mencuba :)

16 comments:

Qasey Honey said...

mmg sedap...klau dh stat mkn susah nk benti hehe

rahel said...

sedapnyer cornflake coklat...ala2 musim raya gitu..hehe

Marsita yahya said...

terasa cam raya lak..

munna said...

klu raya mesti ada biskut ni kat rumah ... budak2 mmg suka

Amie said...

Bila musim raya sedapnya makan conflakes (apa apa pun yang diletak)tapi musim tak rasa lagilah sedapnya!

Norzie hany said...

Time raya selalu buat biskut ni....sedap,mmg selalu habis dulu.

Sue @ Nenie said...

Salam..eemmmm sedap gak bila ngadap biskut raya di luar musim raya kan...Betul tu..masa tahun pertama Sue nak lepaskan anak naik van dulu...bukan main risau lagi..macam2 duk fikir....Bab kindergarten dan ok..cuma hati tetiba plak risau bila nak lepas naik van tatkala dia mula bersekolah rendah nanti...Time tu mana ada lagi cikgu yang nak pimpinkan tangannya masuk ke van sekolah....hu hu hu risau risau....

hazila said...

Bukan budak budak je suka ni, mak budak yang makan lebih ni kalau bagi....

zila norazila said...

mmg x leh brenti bila makan.. sedapnya mama..anak zila sekali adap satu balang dia kejakan..he hhe

Nooriah Abdullah said...

memang sedap cornflakes ni apa lagi kalau bercoklat macam tu pasti ranggup krup krap krup krap kan..

zulaikha megat said...

amboi ..dalam kebizian melanda pun sempat main masak masak lagi..terhebatlah..

IZA AKMA said...

sedapnyer...cornflakes camnih tak kira raya ke idak, tetap laku...kan, mama

QasehnyaRania said...

as-salam..
lama tak singgah..berwajah baru..kemas ;)
sedap ni cornflakes coklat:)anak2 pasti suka kan kak:)

ros_reeza said...

Ini kuih raya wajib Ros ni. Memang simple dan sedap :-)

ros_reeza said...

Ini kuih raya wajib Ros ni. Memang simple dan sedap :-)

ros_reeza said...

Ini kuih raya wajib Ros ni. Memang simple dan sedap :-)

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...