iklan

Monday, 2 January 2012

kek red velvet 2012

Permulaan tahun baru, kebanyakannya bicara tentang azam baru...dan ada yg semuanya nak baru. Apa2 pun yg penting tahun baru 2012 kita mulakan dgn semangat baru semangat ingin kehidupan yg lebih sempurna @ baik dari yg lama

AZAM-bermaksud cita-cita, kecekalan semangat dan ketentuan diri sendiri yg lebih menyakinkan diri sendiri utk masa depan yg lebih terjamin, bahagia dan ceria
(utusan- oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah)







Untuk itu Mari kita mulakan hari baru kita dgn kemanisan dan lupakan seketika kepahitan.
insyaallah....
Kali ke 2 try kek ni , alhamdulillah lebih baik dari dulu. Cuma kalernya tak red sangat....tp rasanya masih sama sedap.Deco comot2 je, tangan tak berapa nak seni hu hu..kena practice lag

KEK RED VELVED
sumber diperolehi..blog  Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - guna 1  sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk = guna 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka
biarkan 10 minit(hingga jadi pekat)
1 sudu teh garam1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.


FILLING:
500gram blueberry filling -letak sikit je
KRIM:
250 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
 tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

utk lebih detail boleh ke blog Teratak Impian dan pastinya bila dah mencuba pasti nak lagi...

SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2012

No comments:

Post a Comment

kata-kata manis