
Monday, November 4
SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Sunday, November 3
apam beras warna warni
assalamualaikum
selamat berhari minggu
hari minggu hari utk berekpreriment di dapur.
Sb tak ada program kemana-mana pun....sb segala perancangan awal telah bertukar , kita merancang Allah tentukan
apapun harus redha terima semuanya.
mesti ada yg bercuti panjang sabtu cuti Depavali dan selasa ni jg cuti sempena Maal Hijrah. Terus ambik cuti isnin so jadi cuti 4 hari best tu...untung la kan yg nak balik kg lama sikit.
Apapun sebagai pengubat hati meh kita layan apam beras comel2 berwarna warni gini.
dah lama x buat, tp hari ni dah simpan niat dlm hati nak buat jga dan.....alhamdulillah terlaksana.
apam ni banyak jenis apam kan ,ada yg guna eno dan ada yg una tapai nasi, semua pernah try he heee dan semuanya sedap2 belaka sb kita memang pengemar apam
meh tgk resepi yg mana kali ni cilok dari blog adik Cida @
apam beras nasi . Sedap lembut kena dgn kelapa putih fuhhh bertambah sedap makan petang2 gini.
kalu adik Cida ni buat kembang mekar merekah, akak pula suka tak merekah. ada jg yg merekah satu dua mungkin cara mengukus kot
APAM BERAS
bahan-bahannya
1 cawan nasi sejuk
11/4 cawan air
3/4 gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1st yis mauripan
cara-caranya
blender nasi dgn air sedikit sedikit sehingga betul2 hancur
dan masukkan gula blend lg
dlm bekas agak besar campur kesemua tepung dan yis
lepas tu masukkan nasi yg telah diblend tadi
gaul sebati
dan biarkan naik dlm 3 jam
panaskan pengukus
kukus dlm acuan comel2 gini dlm 10 minit shja
ok siap boleh cicah dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam ye
Thursday, October 31
resepi cheese slice cake
Selamat malam
mata ngantuk tahap gaban he hee takleh byk cerita ye.
layan gambar dan respinya shj
Slice Cheese Cake
resepi oleh .jintanmanis.
4-5 keping slice cheese (guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya
Wednesday, October 30
Monday, October 28
tart telur mabelesss
assalamualaikum
pagi tadi ada tgk MHI,pengacaranya beritahu dari sumber nya lah bulan yg ada "BER" adalah bulan musim hujan @ musim tengkujuh. maknanya oktoBER, novemBER dan disemBER lah kan emm betul gak tu kan.
Sekarang tgk kat TV sebelah PP,Pahang sudah dilanda banjir. Risau jugak kot2 umah kat kampung kena banjir mcm tahun2 sudah. Kesian kat makayah , harap2 tidaklah tahun ni . Bukanlah nak menidakkan ketentuanNya pulak.
Petang tadi pun kat KLhujan turun dengan lebat kan, siap dgn dentuman petir.
Boleh dikatakan setiap hari hujan kalau tak pagi,petang, malam kan.
ok cerita pasal hujan petang2 ni biasalah kan pakat lapo je he hee
Sb tu kita pun tayang le menu makan2 ye tak.
Tart telur firstime try buat beberapa hari sudah. Dah letak kat fb pun he hee
resepi skodeng di blog resipicitarasawan. boleh kesana utk resepinya ye
Saturday, October 26
daging masak merah ala thai
assalamualaikum
salam sejahtera buat semua teman-teman yg tak penah jemu utk berkunjung kesini
alhamdulillah....walaupun tidak bersua tp terasa akan kewujudan kalian dgn komen2 yg membina. Persahabatan di alam maya
lebih terasa seronoknya. sekadar luahan hati nak lagi bagiku yg memang tidak seramah org lain he hee
okey memandangkan ada daging korban (rumah ni jarang ada stok daging he hee) so bolehlah masak menu daging kan.
kita lebih suka daging dari ikan2 dan ayam sebenarnya
daging ni makan tak rasa mual kalu ikan makan jg tp sikit2 memilih tau kena yg garing garing gitu dan suka ikan kecik2 je he hee kalu besau tu takut nak makan
macam2 ragam...mungkin sb kecik2 dulu mak bg makan yg kecik2 je kot heeeehe
ok jom tengok resepi, dari blog Sajian Bonda. Ala thai punya
yg pasti sedappp tau. sb si kecik kat umah ni esoknya request lagi nak daging macam mama masak semalam ha haa suka la tu
makan daging
DAGING MASAK MERAK ALA THAI
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
caraku hiris nipis2 dan terus goreng sb daging segar lembut
1 biji bawang -dipotong bulat2
cili kering kisar 2 sudu besar
cili kering kisar 2 sudu besar
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa-x letak
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.
Wednesday, October 23
donut gebu
assalamualaikum
selamat malam
sedang menjamu selera ker emmm sedapnya...makan apa tu??
Malam ni kita tayang donut ye. Lama jugak x mendonut sebenarnya
inipun ahad lepas bangun pagi binggung nak makan apa breakfas ni
Bila tanya si kecik adik ni jawapannya donut he hee dah tanya kan
ala sian jugak bila dia sebut donut tu kan he hee terus goggle resepi. Sebab nak cepat makan terus tertarik resepi di blog kak Nik Ja mokwonik . kata kNJ donut yg cepat2 boleh makan yum yumm he hee apalgi kita try la ye
kita wat separuh je dari aduanan ni , karang kalu banyak tak termakan
DONUT HASUE
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak gandum je
1Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Topping:
Gula halusCara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2 Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...
-
Assalamualaikum Isnin kembali …busy kembali dgn anak2 anak transit Sementara tu kita update tu blog Alhamdulillah legaaa setelah dpt log in...
-
Assalamualaikum semua. Dengan Bismilahirahmanirrahim. Febuari yg akan muncul tak lama lagi🥰 Bulan cinta , bulan ciknur dan suami disatuk...
-
Assalamualaikum Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai ...















