Monday, January 21

crepe biskut cremo


Assalamualaikum semua

Jumpa lg ye...alhamdulillah syukur diatas kesempatan ini

permulaan hari setelah 2 hari santai dirumah, ohhh bukanlah goyang kaki santai tp penuh jg xtvt di dapur tu kan. 2 hari lepas en asben pula ke utara so tinggal 4 beranaklah, sil pun ke PD . Sabtu ke sekolah kakak utk program DARI HATI KE HATI perjumpaan ibubapa dan guru2 yg mengajar thn 6 membicarakan cara terbaik utk memastikan anak2 thn 6 sukses 5A dlm IPSR 2013..sampai tengahari jg.
Balik tu rilexlah xyah kejar2 masak nasi dan lauk sb asben tak ada kannnn . Anak2 goreng ayam je habis cerita. Dpt lelapkan mata sekejap he he
Hari sabtu memang makan malam dah biasa anak2 ni apalagi murtabak , ayam uncle bob pastu jagung dan apam balik he he pasar malam mari ye. Mama x yah susah2lah jadi blh bersilat kat dapurlah menerai resepi2 yg duk salin tu. Hari tu beli whipping cream 1 liter cadang2 nak buat crepe la katakan . Makanya kenalah buat kan...sebelum ni dah try bluberry crepe sambutan kurenggg malam td nak wat crepe oreo lah, kot2 laku kan. Dlm duk buat tu tetiba tgk biskut oreo dah habis dikerjakan uwaaaaaa nak nangis tau. akhirnya beli je biskut ala2 oreo tu namanya cremo kan. Bolehlah sama je kan cuma lain brand kott
Taraaaaa tgk tu banyak letak biskut ni sb risau lah sebelm ni masa wat bluebery letak sikit alahai x sedapnya tawauuu bebenor
kan whipping cream tu tawau ye dakk he he
fuhhh sedaplah itu je dpt dikatakan....makan lak sejuk2 yg dah simpan dlm peti ais semalaman.
kali ni resepi skodeng di bloq Zila /oreo-crepe.. ada jg di blog Mori maorisaid.blogspot.com dan ramai lg tgk dah buat kan.

Mula2 tu memang tak yakin bila siap bancuh tepung nape cair sgt, risauuu je  kan tp teruskan jg, memang susahnya nak jadi pada awal2 tu sb  melekat dan lembik takleh nak angkat pun,  cuba yg dekat last2 baru ok 
kali ke2 bancuhan pandai2lah ejas sendiri (jgn marah ye) tambah sikit tepung gandum tu. Mungkin lain tangan lain hasilnya ye tak.
tp yg bestnya crepe lembut  ..sedapppp OK 
akak c/p disini ye Zila

oreo crepe


sumber: zila 4ever

bahan-bahan

-20gm tpg gandum


-20gm tepung ubi



-10gm tpg kastard


-10gm tpg jagung


-1 biji telur


-1 sdk myk masak


-1 sdb gula halus


-40ml susu cair


-150ml air


-pwrna kuning

cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan 

dengan whisk dan tapis..

-kalau cair  tambah tepung sedikit)


boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena


hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan 

crepe akan berlubang bila banyak buih.
.
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang


dipegang.

.
layangkan kuali agar adunan sekata


masak atas api kecil.


masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn 


semasa  mengangkat.

filling


-150ml fresh cream diputar hingga kental


- oreo secukupnya

-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh


 cream di atasnya.

-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


-siap

sejukkan semalaman baru sedap keesokannya .

Friday, January 18

kek coklat kukus tanda ingatan pada Besday mak



Assalamualaikum

Semalam tarihk kelahiran mak. Hajjah Zariah Hj Hassan yg ke 67 tahun, hanya pelukcium anakmu dan ucapan dari kejauhan ini ..Selamat hari lahir ye mak.... diiringi
 doa semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yg baik
dan tabah menghadapi apa juga...sabar dlm menguruskan suami @ ayahanda. 
Akak sayangggggg sangat2 pada mak, rinduuuuuuu sgt2 pada mak
mak adalah ibu yg terbaik, membesarkan kami 8 adikberadik dgn sempurna, tiada kata2 yg dpt diucapkan utk mengambarkan isihati di kala ini..
mak  I luv UUUUUUUUUU so much



Ingat lg masa zaman kanak2 sampailah msk form 4 memang tak blh renggang dgn mak. Tak boleh tido kalu mak tak ada he he ngalahkan anak bungsu lak kan tp itulah hakikat sebenar memang tak boleh...kemana pun pergi mesti balik dan ada mak baru aman he he kalu tidak memang mata merairlah....
Bila duk hostel dkt berbulan-bulan jg nak biasakan diri huh uu 

Sebiji kek yang tak seberapa ni sebagai tanda ingatan walaupun kita berjauhan...kan mak. Walaupun mak tak dptpun makan kek airtangan paling istimewa ini he he
cucu2 mak yg makan ni tau ha...

Selamat hari lahir ye mak.....harap mak akan tetap tabah dan sabar ...menghadapi segala dugaan kehidupan di dunia  yg sementara ini...Selama ini kesabaran dan ketabahan yg mak  pamerkan adalah sumber inspirasi kami.

Resepi kek coklat ni ambil dari blog KAK ZU...  TQ TQ ye kzu kerana share resepi yg sgt2 sy suker ni. Percubaan pertama yg menjadi dan harap kali  seterusnya jg he he Memang terbaik setakat ini
 utk resepi asal boleh tgk disini ye semanisgula

kek coklat kukus

bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung gandum
st baking powder
1 st soda bikabonat
* 1 cawan gula halus
*1 cawan susu cair
* 1 cawan minyak masak
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan serbuk koko

cara-caranya

masak bahan2 bertanda * kacau hingga larut
kemudian sejukkan sebentar
blend telur
masukkan bahn2 * yg telah sejuk tadi
gaul sebati + esen vanila

akhir masuk tepung yg telah diayak
gaul sebati dan msukkan dlm acuan balut dgn foil
kukus dlm 1 jam

sejukkan dulu dan curahkan dgn coklat ganache fuhhh mabeless sgt
 resepi Ganache
coklat masakan + whipping cream
cairkan double boiler shja
                           
                       




Wednesday, January 16

cupcake coklat

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
<Hadis Riwayat Muslim>


ASSALAMUALAIKUM

Seperti dijanji hari ni tunjukan cupcake yg sempat dibaking utk besday girl bawa ke prasekolah.
Dalam gundah gelana ni hasilnya agak kurang memuaskan,,,tp yg pentingnya besday girl dan kawan2nya gembira kan. Biasa la budak2 kan he he kakaknya ada bgtau masa tu dia nampak kawan2 prasekolah masa balik tu berlari-lari dgn riang gembiranya sambil tiap sorang bawa cc ni tunjuk pada ibubapa masing2 sukernya kannnn, 

resepi masih guna yg sama sebelum ni rasanya cukup dah biasa buat mlas nak ubah2 bahan2 dan cara.


 Taknak bunga2 tp nak letak huruf S sempena namanya bermula S,,,,ikutkan je lah ye 


Anak dara ni tgh menghiasi cupcakeya he he rajin dan bersemangat tu....




Monday, January 14

kaswi keladi kak Besah yg harum



Assalamualaikum semua

Hari ni nak kongsi  resepi yg pertamakali  cuba dan ohhhh sgt sedap he he
itu je dpt dikatakan ye..nak tahu kealah cuba sendiri k. Bagi pengemar keladi ni memanglah suker kan.






 Paling suka baunya tu uowhhh sedapnya. Siapa yg nak try blh tgk disini ye
http://www.myresipi.com/top/detail/18566

cp resepi disini ye kak Besah utk rujukan akan dtg jg sesiapa yg berkenan. TQ very2 much..

Bahan-bahan 


  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1 cwn keladi lecek (stelah direbus)
  • 2 1/3 cwn santan
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu tehgaram
  • 1/2 suduteh AIR kapur
  • sedikit pewarna ungu jika suka
  • secawan kelapa parut + secubit garam utk salut

Cara-cara

  1. mula2 mesti panaskn pengukus dulu
  2. campur sebati semua bahan. 
  3.  blend kejap..heheh..
  4. sapu minyak pd loyang, pastu masukkan adunan 
  5. ke dlmnye. kukus 25 - 30 minit atau hingga msk
  6.  mengikut kebiasaan masing2..

  7. bila dh msk, sejukkan
  8. sejuk barulah dipotong & digolekkn dgn kelapa parut...



jumpa lg




Sunday, January 13

kek merry ....kek besday simple Sarah


"tidak ada sesuatu musibah yg menimpa sesorang kecuali dgn izin ALLAH dan nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu"
<at-Taghaabun:11>

Assalamualaikum
mulakan hari anda dgn Senyuman manis, walaupun sebenarnya hati terguris cewahh he he
Masa bersantai-santai ni baru  dpt wat entry kek merry sempena besday 2 buah hatiku minggu lepas. Kek merry je kan..jadilah ye tak. Ada ceritanya....
Sebenarnya memang masa besday tu mood betul2 tak ada ..malam sabtu lepas tu dpt call dari kg bgtau adik bungsuku teruk jatuh pitam, kakak no 3 tolong  hantar ke spital Selama ,sementara pak pula dlm kerisauan kat adik dan rumah pula tak ada sesiapa masa tu terus pening dan sesak nafas... .....kelamkabut sungguh.,cepat2 Mak  tepon adik yg duk Penang suh balik bw pak ke hospital tp tak sampai2 lg...bayangkanlah  kita yg jauh ni dikhabarkan begitu rasa bagai nak terbang je terus ke sana..tp apakan daya...memang tak dpt buat apa2 pun redha dan berdoa je.Bila tepon blk Alhamdulillah adik kat Penang sampai terus bawa ayah g spital mlm tu sampai jam 3 pg lah kat emengency
Pagi2 pula  si bungsu ni merengek tanya kek hu hu baru lah mama tgk bhn2 yg ada dan buat ..itupun setelah dpt perkhabaran ayah tak apa2 cuma adik mus admit sb kecederaannya agak teruk dimuka..gigi depannya habis patah dan muka  bengkak2 hu huu kesian betul adikku sorang tu..sedih fikirkan keadaan mak disana..


pakai hentam je deconya..mana yg ada,.letak krim yg siap ada kat petiais tu. sedap jg kan.
 jadi dia happy di hari lahirnya...tak tahu tu mamanya sgt sedeh ....
 Malam isnin tu baru suh adik dan abang ni posink dpn kek...makan sepotong je sb esoknya Sarah nak raikan dgn kawan2 kat taska pula yg kebetulan ada sorang kawanya yg besdaynya pada isnin 7 januari. Jadilah meriah sikit mcm2 makanan disedikan cuma kek je dari mama,kawannya siap bwa godies beg he he dptlah tumpang sekaki..
Ada lg requet besday girl ni nak pula cupcake utk kawan2 prasekolah ..uwaaa jenuhlah mama baking jg cupcake malam tu 

kek merry
BAHAN-BAHANNYA :-)

satu peket biskut marie
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
120 gm coklat masakan
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
2 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut mariedalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega 
2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat dan kental . Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
3. Tuang dalam acuan yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, klu  Dan Simpan dalam peti sejuk 1 jam dan hiaskan


Friday, January 11

terima kasih MALAYSIA

"Tidak bersyukur pada ALLAH siapa yang tidak pandai bersyukur(berterima kasih) kepada sesama manusia"
<Al Hadis>




Assalamualaikum

Hari ni tak ada cerita masak2 atau family sekali sekala ubah topik lak ye... nak sebarkan semangat patriotik sikit. 
Rasanya semua kita yg hari2 tgk TV  ada dengar lagu ni kan...paling tidak bila malam sbnya siang duk bekerja. jom layan dan hayatinya sbnya kita semua  rakyat MALAYSIA .
TERIMA KASIH sbgai tanda kita mensyukuri nikmat dikecapi...

petikan dari buku mencari ketenaNgan jiwa 
oleh KH. ABDULLAH GYMNASTIAR


"BANYAK HAL YG MEMBUAT KITA TENGGELAM DALAM PENDERITAAN DISEBABKAN KITA KURANG MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT.
DAN ALLAH AKAN MENUTUP PINTU REZEKI BAGI ORG2 YG KUFUR NIKMAT...JIKA PINTU REZEKI SUDAH DITUTUP MAKA MEREKA TIDAK AKAN PERNAH MERASAKAN KETENTERAMAN DAN KENIKMATAN HIDUP DIDUNI INI MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK"

jom layan


Terima Kasih Malaysia

Kiniku nikmati kehidupan yang selesa

Dibentuk oleh mereka yang penyayang

Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan


Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu



Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna



Ulang Chorus


Terima kasih ku ucapkan padamu

Atas nikmat yang diberi padaku

Terima kasih ku ucapkan padamu

Kerna aman sentosa selalu


Kita dididik serta dipimpin

Agar kita semua tidak keciciran

Kita terus berusaha sedaya upaya

Agar menjadi insan yang berguna





Wednesday, January 9

bingka keladi

assalamualaikum 

"mengapa ALLAH akan menyeksamu jika kamu bersyukur dan beriman dan ALLAH Maha Mensyukuri lg Maha Mengetahui"
an-Nisa

sehat2 semua...alhamdulillah kan andai diberi kesihatan yg baik andai tidak pun tetap syukur dan sabar menghadapinya


kalau nak kata sentiasa sempurna tiada sekumit yg melanda tipulah kan.....

.baru-baru sempat mencuba bingka keladi kak Yatie ni
taklah rajin sebenarnya tp dah ada lebihan keladi yg dibeli ...kadangkala sb dah ada kenalah buat sesuatu kan
gambar pun x terang sb snap pakai hp cik asben he he kamera tertinggal kat kg

firstime try bingka keladi ni .
resepi cp dari blog k.yatie tq ye

BINGKA KELADI

Bahan- Bahan
  • 3 biji telur
  • 3 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keladi- yg telah direbus, di toskan dan dilecek
  • 1 sudu kecil pewarna purple (kalau takde letak warna merah+warna biru)
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapukan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar .
  2. Masukkan keladi yg di rebus dlm blender, masukkan sekali telur, gula, garam, butter, santan dan tepung. Blend semuanya, kalau tak muat blend separuh2.
  3. Gaul sebati dan letak pewarna dan gaul lagi.
  4. Tuang dalam tin yang telah di lenserkan butter tadi.. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.
  5. Bakar selama 1 jam, guna api atas dan bawah. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran lagi selama 10 minit dan guna api atas sahaja.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga betul2 sejuk.
  7. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Selamat Mencuba...

Day 3 Bangun pagi masing2 6.30 pg konon nak ke Tuna bay utk breakfast dan  Ootd tapi tak berjaya sbnya kol 7.30 pun bot teksi masih tak ada ...