Saturday, December 31

Trip Taska ke Hatyai penutup 2022


assalamualaikum
slmt thn baru 2023
penutup 2022, kenangan trip Taska ke Hatyai. Sb thn ni xda dinner so boss bwa ke Hatyai jalan2. Bertolak dari kl dgn bas jam 10 malam. Sampai menjelang suboh di Masjid Rafeah pastu cari tmpt isi perut 
dan sarapan kawasan berdekatan.
Trip bas ni oleh mak.sedara boss ciknur so dia memang dah biasa ke sini senang dah tahu tmpt2 mana yg biasa.



tghari jga bru menapak kat sini. kompleks utk.mbeli belah. Mcm2 ada.




nampak makcik ni menjual.buah2. 
kita beli limau yg manis

2 ptg Jamu selera dinsini. Seafood. Dan.mcm2 ada .mknannya. Boss sponser kita mkn je la he hee







Dah kenyang Membawa pula menuju ke hotel .Boss bg sebilik utk 2 org. Dan ciknur dgn sorang staff. Patutnya suami atau ank bungsu ciknur join tp cancel.
asben malas nk jalan2 he hee jaga anak2 meow kat rumah





next entry pula ye ada lg gambar 😁✌️











 

Tuesday, December 27

kenduri kawen di Tampin

selamat pengantin baru buat kedua pasangan raja sehari. Serba kuning menyerlah betul kalernya.

kedua duanya ank kawan2 baik husband ciknur sorang Tampin dan sorang Alor gajah Melaka @ geng husband dari zaman mudanya lg ni.


 Sedap nasi laukpauk dan kuih. 

Sibuk mkn berborak tak ambik pun gambar2 menu. ☺️

Yg pasti ada tapai pulut sedapp air tangan Mak pengantin perempuan

teringat ingat🥰☺️

menu lauk daging masak hitam, ayam masak merah dan nasi beriyani.



 

Wednesday, December 21

jamuan akhir tahun 2022

sebelum tirai 2022 berakhir

jamuan kecil kecilan , potluck

anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember gitulah lazim.

Anak2 transit lg la semua cuti ada blk kg , ada yg duduk rumah je dan ada yg cuti2 malaysia.

ank2 playschool dan toodler serta bby pun ramai dah x dtg ujung2 ni kan. Bercuti semuanya

So kita buat potluck yg mana ada. Alhamdulillah byk menu 

jadi la  sbgai kenangan 2022

menu cikgu2 taska sediakan nasi ayam dan coktail buah buahan.

Gigih memasak tau he hew

Ank2 ada bw donutt, kek, kuih ,spaggety dan jajan2 pun byk. . air kotak jga 

Kenyangg ke petangg☺☺




 Simpan memory disini.


Monday, December 19

Sudah boleh petik


 Sudah menguning❤️ apalagi petik la kan heheee nenasku yg  comel ni


manis2 masam🥰

Monday, December 12

Nenas sebiji


Duhai Rabbku jauhkanlah aku dari hal hal yg merisaukan diriku dan jadikanlah hatiku tenang.
Aku serahkan urusanku kepadaMu
maka cukupkanlah aku dari meminta kepada selain Mu duhai Rabb Alam semesta


Assalamualaikum

Selamat bercuti❤️cuti sekolah bermula

Hari hari jenguk nenas ni he hee comel je kan.
firstime ni tanam dlm.pasu dan berbuah
teringat lak zaman dulu2 zamqn kanak2 yg indahh ..kalau ke rumah arwah tok atau umah arwah tokyah mestii intai pokok2 nenas dia tepi rumah yg berderet tu. ADA rezeki dpt la petik.
arwah tok suka tanam buat sempadan rumah. Terbayang suasana rumah lama  ni . Keliling pokok2 beraneka. 
cucu2 dtg mai terjahh ambik je he he
Rumah org dulu ,dkt2 adikberadik je. 
KIRI umah arwah toknyang, tgh umah arwah tok dan kiri pula arwah tokngah
umah tok nyang tepi sungai , memangg wajib la.terjunn 
alahaiiii rinduuuu semua kenangan 
AL Fatihah buat arwah2 tok.



 

Tuesday, December 6

kenangan akhir DISEMBER

Disember dtg lg😌 

setiap kali disember , akan muncul kenangan paling mengusik jiwa.

walau kini 5 tahun berlalu.

tp terasa seolah olah hanya semalam. Hari ini beranikan diri  tulis coretan ....

Al Fatihah buat kesayangan Bondaku Hajjah Zariah Hj Hassan.

yg telah kembali ke rahmatullah pd 5 jan 2018.

Allah rinduuuu yg terungkap dgn kta2 setiap detik masa.

kenangan akhir ini hanya gambar yg tetap tersimpan.

SETIAP kali bulan disember memang dinanti2 suatu ketika dulu

cuti yg panjang ...utk luangkan masa dan berada dgn arwah mak dan pak di kg.

Masa ni jga dpt berkumpul adikberadik, Masing2 balik , cucu cucu sepupu sepapat.  Meriahh umah. opah sb tu lah Disember   paling di nanti ....anak2 dari zaman sek sukaa dpt blk kg lama .

Bermain dgn sepupu2nya. yg jauh sekali sekala dpt jumpa kumpul.

Mandi sungai, main tanah, kejar ayam opah tokki.

Detik.terakam ini pd tanggal 3 disember 2017. Waktu ni kat di rumah kakak no 3.

Bila Mak pilih duduk di pondok, tumah kakak yg ni la jd tumpuan.

Minggu akhir disember tu mak  dtg ke Kuala Lumpur ikut adik kat Gombak. Kemudian ke rumah ku pula bergilir, siapa sangka minggu akhir ini Dpt luangkan masa dgn mak sekejap ,dpt mkn masakan mak kali akhir😌😌 

Ada ajak jln2 mak menolak xnak nak duk rumah je ktnya tp ptg sabtu dpt ajak jga mak ke pasar malam . 

Ingat lg tanya mak nk apa2 tak? mak cuma nk buah epal hijau , nk blend minum air ktnya sb elok utk kolestrol dan yg dia  berkenan sandal warna hitam , boleh pakai pegi surau ktnya

Sayunya bila teringat sb epal mlm tu x sempat nk tolong blend 😌. 

Tergesa gesa sebenarnya blk pasar mlm tu  ciknur ada meeting kat taska utk majlis openday ahad..

Adik kat Gombak dtg  ambik mak malam.tu dan bw ke rumahnya so tak sempat jumpa pun. 

 Isnin tu mak beriya iya nk balik Penang (pndok) adik call  bgtau masa dah otw hantar mak balik ke pondok. mak nk balik .

Bila teringat ralatnya rasa hati😌 Tak jumpa kali akhir. Perancangan Allah dah tertulis . PG  khamis dpt panggilan dari kwn mak di pondok. Mak dorang jumpa tak sedar @pengsan di bilik air.  

Mereka tolong  bawa ke hospital sementara tunggu ank2 sampai. 

Allahuakbar masa tu memang Allah je tahu perasaan mcmna  ,terus call adik yg kat Gombak ajak blk . Dlm perjlan kakak disana call bgtau mak dah sedar. Leganya hati,  sempat berenti solat minum di rnr Tapah .

Masa sampai spital ,mak sedar tp.x buka mata cuma bibirnya x berhenti sebut Allah. masa doktor kata x dpt buat apa2 terus kami adikberadik minta nk bw mak ke Hospital Taiping sana ada doktor pakar dan byk kemudahan berbanding sini nampak kekurangan . Pesakit seolah terbiar 😌😌

Akhir selepas mcm2 prosedur ,sb awalnya spital  x benarkan tp kami bertegas jga dan akhirnya dpt , cari  ambulan swasta utk bawa nak magrib baru dpt pindahkan ke spital taiping.

Bawa kecemasan dan scan.

Jangkamasa yg lama hampir 1 jam jg perjlnan dan masa tu   mak hanya bergantung pd oksigen.

Paling x blh lupa bila doktor scan dan  bg penerangan......memang lerai airmata.

Rasa x sanggup nk dengar.

Dan malam.tu mak dibawa ke wad.

Semalaman ku menemani mak. ..hanya berlapikan kain batik 

Dan pd Allah sentiasa mohon tunjukan keajaiban. Semoga mak akan sedar dan diberi Kesembuhan.

Keesokan DR bgtau lg khabar sedih dan minta supaya semua ank2 ada .disisi mak..  seeloknya bgtau pd saudara mara dtg😌😌

 Cuma kakak yg di Pahang agak  lmbt sampai. kami  7 beradik dah ada silih berganti.

Ank2ku dan suami bertolak ptg tu jga

Suasana hiba .....😭😭😭

Memang redha dan doa ....

sehari semalaman ciknur x kemana2 pun hanya menunggu disisi mak .  Rasa tak sanggup nk tinggal walau sesaat.

Hampir magbrib baru kakak dari Pahang sampai dgn ank2 nya.

 barulah ciknur keluar utk mkn... hanya beberapa ketika tinggal , dpt call dari   kakak sulong  bgtau mak dah tak ada😭😭😭 innalillahiwainnarojiun

betul tekaan , mak hanya menunggu ank sulongnya yg dari jauh tu balik dan   melihatnya.....baru  pergi akhir dgn tenang.

 Jumaat 5 januari 2018..... mak disemadikan. Wajah yg berseri. 

hanya tinggal 11 hari, tarihk 16 JANUARI adalah hari kelahiran mak.

😭😭😭😭


 AL.FATIHAH  ... semoga mak tenang disana dan bersama dgn org2 yg solehah.
AAMINNN

Teringat kata kata akhir yg selalu diucapkan, mak selalu berdoa dan  minta Allah akan akhiri hidup  dgn mudah  dan tak  menyusahkan anak2 utk
menjaganya ketika terlantar sakit. ALHAMDULILLAH
Allah makbulkan doa mak😭😭 😭
memang Mak tak menyusahkan kami semua. 

#wajah yg tak penah lenyap dari ingatan setiap saat dan ketika

Wednesday, November 30

www minggu apam coklat cheese dan apam pisang




 

Alhamdulillah
bersekang mata jga siapkan tempahan apam coklat cheese 4 box ni❤️🥰
dan apam pisang utk majlis mengaji.





 guna acuan seri ayu ni..


Monday, November 28

DATUM jelatek opening


Opening nya hari sabtu, ciknur  tgk status wassap meriahh dgn persembahan artis ternama @Pujaan ramai aiatu  Dato Hattan dan Dato Jamal Abdillah.  Tak pegi sb sabtu ada kelas Datum Jelatek dekat je dgn rumah.
 ank ciknur yg ngajak td oklah kan lg pun hari ni sb masih cuti .

 
Lenggang je , byk blm.buka.
Burger king ,kfc ada
ank dara ni nmpak lak .eskrim ni.






deretan bunga yg cantik2❤️ memenuhi .





 

Thursday, November 24

pisang nangka dah tumbang


 SALAM jumaat❤️

Penghulu segala hari, jom berselawat pd NABI junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.

Tumbang sendiri akhirnya. TAK sempat nk tebang pokok pisang ni.
walau masih tak matang. Rasany sb hujan.dan angin kuat.  Pokoknya tak besar sgt agaknya dgn berat buah ni.
Angin kuat jga tak silap 2 hari lepas.
Minggu lepas kan pagi je hujan.
Atas kehendakNya setiap kejadian.

Kita tunggu minggu dpn kalau rajin jadi kerepek pisang kalau tak tunggu kot blh goreng.

pisang nangka.kalau keras ni goreng niis sedapp😁

TAHNIAH BUAT rakyat MALAYSIA.
akhirnya DAPAT jga PM baru yv ke 10

SELAMAT CUTI❤️
isnin kita dpt cuti. happy semua la tu.

kat status nmpak pakat update bila nk dpt pm.bila nak cuti emmm

semoga MALAYSIA ku akan lebih Aman makmur  lepas ni.
DGN kepimpinan baru kita.


POLITIK  i is  no komen apa apa he hee
takut tersalah kata.
Topik hangat .
dimana saja. wassap group family, group jiran tp awal2 dpt warning jgn cerita bab politik. GROUP  kawan2. SEK kita senyappp membisu.
group family bolehlahh nyampuk sikit2 he heee
masing2 ada pilihan sendiri dan ada pendirian.

Anak anak transit pun pandai  adoiii asyik la tanya cikgu pilih apa?
PN, PH, BN, 😅😅 

Rahsiaaa la mana leh bgtau kangg membahayakan.....



Monday, November 21

giveaway sweet december by SYAZNI


assalamualaikum

sejuk hari ni, pg2 hujan membasahi bumi.

Alhamdulillah 
Bermula 7/11/2022 berakhir 30/11/22

 Tak lama.lg dah nk msk december 2022 berakhirnya tahun 2022 kan

Ramai dah join kan ciknur agak lewat sikit. Apapun tetap bg sokongan.

Sangat mudah syarat syaratnya 
cuma letk banner giveaway JE.
dan link ke blog syaz 
sweet kalernya  sesuai dgn nama GIVEAWAY sweet december.

syaznirahim.GA-SweetDecember-SR

Sunday, November 20

lai chi kang


Mood ok ke tu ? he hee 

maklumla semangat nk cuti lg kan tp tak dapat.

kisahh sabtu 19 november hari bersejarah. 

Lepas selesai mengundi kat SMk ciknur Jalan kaki je  blk rumah dan sessi kedua tugas bawa kakak ipar @ ayong pula ke. Sek tempat mengundi nya Sek Keb. 

Alhamdulillah sekejap jga x kena beratur. Warga emas x ramai 

Pastu tu kita keluar cari laukpauk tghari pula. pgnya adik ipar dtg di belinya kuih ,nasi lemak ,roti canai siap.

pakat malas nk masak semua he hee

laichikang buah buah ni penyejukk tekak.

memang bestt la kan kena.

RM5 Besar ni. Puas la minum.


Monday, November 14

happy besdayy Nina


Happy birthdayy TO Nina turn ?? he hee
Nina anak  buah @Anak.sedara  sblh family  husband ciknur. Ank tunggal pd adik bungsu (SIL)
Melangkah lg satu usia.
Ank buah yg sama sama membesar dgn ank2 ciknur. Akrab dari kecik ke besar ,  dah melangkah ke alam pekerjaan . skrg Nina lecturer jurusan bahasa inggeris .
semoga terus berjaya capai cita cita .



Makan makaN family yg berapa kerat je ni.  KAT Naan corner AU5.
SIL belanja.🥰
sini jga biasa org buat majlis wedding .
utk.besday Sil booking awal2 dan deco meja. Ada nyanyian live .




Nasi beriyani ayam pilihan anak2 ciknur. BESDAY girl mkn nasi ,tomyam ,ayam gorwng kunyit.
 Bawah pula menu kakak ipar @Ayong
kuew teau kungfu.
Anak buah yg lain ada ambik menu western jga 
chicken chops. Tak snap gambar pula ciknur.

air tembikai muq nya besar gedabak so blh minum 3 org .






Roti naan cheese pilihan suami , xiknur tumpang jga mkn he hee
sb ciknur ambik menu nasi dan paprik ayam.
Tapi kurang kena pd selera. papriknya lain sikit dan pedas lak tu.





 

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...