Skip to main content

cucur gelang @ kuih keria keledek pepel



assalamualaikum. selamat pg😊

alhamdulillah, masuk hari ke 21 ramadan ,kita semua dpt menjalani ibadat berpuasa

dgn baik insyaallah. 

masa akak sekolah rendah dulu rutin setiap pg akan nampak tersusun je atas meja arwah mak

dah  siapkan cucur gelang 

dan  beberapa jenis kuihmuih lain spti kuih apam, kuih ketayap. , tersusun  menunggu masa 

utk dibawa ke kedai kopi

berdekatan umah kami,  tugas waktu ptg  pula,  bila mak  suruh ambikkan hasil jualan

hah time ni pakat la tolak sana sini😉 semua bg alasan

tp kadang2 tu bila ada juga lebihan yg tak habis , berebut pula nak makan

inilah ragam anak2 heheee

sedap sgtt cucur gelang mak, rasanya blm dpt ditandingi,  tak sama keenakan airtangan mak kita ni

kan. 

walaupun sempat jga belajar ambik ilmu dari mak

cara menyira gula tu

bila buat ni kadang2 menjadi kadang2 idak 

nasib le kan


cucur gelang @ keria ni.  lazimnya arwah mak wat  guna ubi kayu

sb pokok2nya keliling umah je

bila makan keria ni  gigit je  lembut  terasa kegebuan ubinya emmm dan kena pula gula aduhhh 

memang layan la

bukan keras terasa tepung pula yg ni tak layan he hee

yg ni memang fail lah

resepi senang kena goggle je byk resepi

resepi akak rebus ubi hingga empuk , tapis dan terus lenyek2 kan 

bila panas2 ni senang lenyek

pastu biarkan sejuk sebentar

baru masukkan tepung sedikit sedikit ye

kita agak2 shj tepung ni jgn tertalu byk sb taknak keras kejung

dah agak blh bentukan bulat dan buat lubang ok

walaupun agak lembik dan susah

nak mudah lumurkan sedikit minyak kat tangan sambi2 tu

sbnya kalu nk mudah tepung banyak alamatnya keria kita akan keras

resepi akak penah share dulu ye

/cucur-gelang


CUCUR GELANG


Bahan-bahan

  • 2 ketul ubi keledek yg sederhana
  • 1 cawan tepung gandum@ 1/2 Cawan lagi utk letak masa nak wat gelang tu(elakkan tangan meleket)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam  hingga empuk.
  2. dah empuk Toskan airnya 
  3. Lenyek 2 hancur masa ubi masih panas.
  4.  kemudian bolehlah  sejukkan dulu
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  6. dan buatlah bentuk seperti gelang 
  7. siap semua baru di goreng. 
 sira gula
  1. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  2. Didihkan gula hingga pekat.
  3. Masukkacucur tadi  dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  4. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  5. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  6. siap

TERIMA KASIH















Comments

  1. Keria memang kuih lejen.
    Sedap sungguh kalau bersira dengan gula pasir!
    Setiap gigitan memmbangkitkan nostalgia lalu hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. kuih keria nih favorite Hans dari kecil

    ReplyDelete
  3. suka kuih keria.... =) salam 24 ramadhan sis~

    ReplyDelete
  4. comey ja warna purple ni. selalu warna perang. kalini purple, memang nampak gojes ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...