Skip to main content

kuih lompang gula merah @ kasui



assalamualaikum semua

alhamdulillah sehat-sehat je kan, dan masih boleh meneruskan xtvt harian. Anak2 je kurang sehat sikit, si kakak demam selsema dan si smlm si abang pulak. Dua-dua bawa Klinik, sorang suka ubat cecair sorang nak ubat pil, macam2  peragai dan ragam. Harap2 jangan berlarutan, cepat sembuh sb  minggu ni dah la nak balik ke kampung kat Bt Kurau Taiping he he Tak sabar dah ni , rasa rindu sesagt. 
Adik bungsuku sibuk sms macam2 pesanan he he berkali-kali pesan kek caremel feberet dia sekarang tu.
 
 Bila demam ni memang tak ada selera nak makan kan, emmm yg susahnya si abang Is ni ha, sampai masuk angin, gastrik la tu cam mama ni.Budak2 ni dah lah susah nak makan, memilih sokmo, pening mama.
Jadi try wat lompang ni kot2 nak makan. Sikit je makannya hu hu

kuih lompang @ kasui ni sedap kalau kena gayanya. Lembut kenyal2 memang tentulah sedap, gaul kelapa parut memanglah mama sukerrrr he he
resepinya pun macam2 ada, macam2 versi, kaler hijau, coklat kehitaman tp yg ni coklat tak pekat sb guna gula melaka je/ Kalau gula merah yg hitam tu lg sedap kot kan. Penah terbeli Kasui yg sedappp kalernya coklat pekat pastu kenyal2 memang sedappp tul. Memang si pembuat tu pandai menpati citarasaku.

Jalan punya jalan tertarik dgn resepi Kasui http://atieaizam.blogspot.com/
tq ye Atie, akak c/p disini dan dah cuba wat he he

Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan* (*di masak)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • kelapa parut + garam

Cara menyediakannya:
  • Masak gula, gula merah dan daun pandan dengan 1 1/2 cawan air hingga gula larut.
  • Sejukkan dulu.
  •  Ayak kesemua tepung. Ketepikan..
  • Masukkan 3 cawan air dan air kapur dalam bancuhan air gula yang telah dimasak tadi. 
  • Tapis air gula ke dalam tepung dan gaul rata. Tapis bancuhan tersebut dan masak seketika atas api perlahan dalam 10 minit.. kacau selalu sampai pekat sikit..
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang/acuan dulu..
  • Masukkan bancuhan tepung tadi dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.. kalau guna acuan kecil leh kukus dalam 15 minit..

terima kasih

Comments

  1. I likeeee kuih lompang... kuih kassi ke... suka aje... lagi2 yang tergoyang2 tu...

    ReplyDelete
  2. Salam MamaSara..saya baru 2~3 hari lepas buat kuih kaswi ni..sedapppp kan....

    ReplyDelete
  3. my fav kuih lompang..nk yg lembik2 ckit..aduhaiiii sedapnya la..

    ReplyDelete
  4. Salam Mama Sara Nur.. nk kuih lompang singgit bleh?? hehehe


    laaa.. dok Batu Kurau ke? tang mana? sedara saya dari Titi Kasai membawak ke Sepeneh...sume suku sakat ler tu....

    seronok balik time buah2 kan... durian batu kurau the best !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...