assalamualaikum
salam hari jumaat yg indah ini. Kesibukan melanda sebelum balik kampung. hu hu tak menang tangan dibuatnya. Kali boleh macam2 nak buat utk bawa ke kampong tp apakan daya, setakat terdaya je la kan. tup-tup ada pula org order kek karemel lagilah buzyy, apapun syukur kan rezeki sebelum balik.
Citer pasal balik Kampung ni, Lazimnya la kalau sembang2 ngan org baru kenal mesti tanya duk mana?
kita jawab la duk Perak he he
perak kat mana?
kat Taiping
Taiping kat mana?
Kat Batu Kurau
ooooo Bt Kurauuuu(panjang sikit ) tempat yg Buah duyan banyak tu, sedap2 pulak tu kan he he Bt Kurau kat kampung apa?
he he banyak kan soalannya (dalam hati je)
Sy Bt Kurau ke dalam lagi nun di kampung Sungai Jerneh Ijok dekat nak ke Selama dah he he
oooo sana banyak kawasan lata ,sedara makcik ada kat Ijok tu kampung hapa tah,
he he he
Wat CK ck
dah siap sedia semuanya ke? Rupanya CK ni org Perak juga, sedara-mara
ramai kat Taiping dan Bt Kurau. Dan Ummizzkitchen jg asal Perak,Jom moh
kite sama -sama ke Perak ye.
tajuknya kek butter mood nak balik kampong he he boleh ke?? Kek butter bukanlah kek yg nk bawa blk nanti tp kek butter ni dah lama buat dah habispun. Tak ingat bila yg pastinya buat untuk makan2 je di rumah. Kakak dan adik yg suker kek-kek camni, simple janji ada kaler-kaler. Si abang tak layan langsung kalu gini melainkan tiramisunya he he
Resepi...resepi simple je. Rasanya kalu yg ada blog terror2 belaka. Lainlah teman yg baru belajor.
KEK BUTTER
bahan-bahannya
125gm butter
125gm gula-kurangkan kalu taknak manis
3 biji telur
125gm tepung gandum
1st baking powder
1st esen vanila
pewarna
cara-caranya
pukul butter bersama gula hingga kembang
masukkan telur satu persatu hingga sebati
pastu masukkan vanila
akhir masukkan tepung yg telah diayak bersama baking
letak pewarna disukai
bakar 35 minit 170c
kek butter ni kalu time raya mesti wat banyak sikit kan, utk jamu tetamu yg hadir lagipun ianya tahan lama. Tak cepat berkulat so memang sesuai . lg sbb yg disukai boleh cicah ngan air teh he he kakakku yg no 3 memang suka cicah air teh. Nak bawa balik pun sonang, tak perlu risau kot2 tunggang langgang ke masa dlm keta tu. Maklumlah perjalanan dekat 5 jam tu. Singgah sana singgah sini biasalah kan, nak ada budak2 ni kejap lapo kejap nak ke toilet he he Driver pun sama kejap nak berasap kejap nak rehat2 ..
oklah ye, doakan perjalanan lami pergi dan kembali dengan sempurna ya. Semoga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yg tidak diingini.
SEKIAN TERIMA KASIHHH
Assallamualaikum mama sara nur..(*amboiii..panjangnya nama..hihi)
ReplyDeleteKalerfull kek butter dia..Budak2 mesti suka kalau yg bewarna warni ni..
Semoga selamat pergi dan kembali yer..
wslm Naz
Deletenama sebenar pendek je he he
insyaallah..
meriah kek butternya...mood balik kampung yer...sama la mcm QH bile nk balik kg aje...mula tetiba sibuk...saje nk buatkan ape2 utk diorg kan...
ReplyDeleteseronoknya balik kampung....tabiat kak.no 3 mama sara sama rupenye dgn ucu...hihihi.
ReplyDeleteapa2 pun jangan tidur masa patner sebelah tengah driver..
nak tidor bila dah sampai kampung tau..selamat bercuti dikampung...
Salam.... hati2 dijalanraya yer... semoga kita berjumpa la kat hentian rehat kat highway nun... jangan lupa tegur yer...sbb saya ni mmg rabun pun...jalan menonong jer tanpa pandang kiri kanan...makan pun mcam tu...hahaha...
ReplyDeleteSelamat balik kampung, Perak ye... bonda kita asal Perak dari Bagan Datoh, saudara mara pun masih ada di Perak terutama di Tapah, Hutan Melintang...
ReplyDeleteooo adik akak pun dok taiping.Taman Jana.hehe
ReplyDeleteummizkitchen tu kalau tak silap kat teluk intan kan?..sedara mara akak ramai yg dok perak..seronok selalu dpt jln2 ke sana.
eh!kek butter ni meriah betul kaler dia..mesti gemari anak2 kan mama sara?
Slmt balik mamasaranur.seronoknya balik kg...berhati2 memandu.
ReplyDeletekek butter meriah....memikat hati anak utk mkn...
wahh bestnya balik kg..cuti panjang semua kan..sama la dgn kwn kita..smunya dah selamat balik kg..kita jer nie yg x dapat sambung cuti,..sedeeyyy:)colour kek butter tue menarikk ilike blue:)
ReplyDeletesalam saranur,
ReplyDeleteamboi! semangat tu nak balik kampung. gojes la kek!