assalamualaikum
salam hari jumaat yg indah ini. Kesibukan melanda sebelum balik kampung. hu hu tak menang tangan dibuatnya. Kali boleh macam2 nak buat utk bawa ke kampong tp apakan daya, setakat terdaya je la kan. tup-tup ada pula org order kek karemel lagilah buzyy, apapun syukur kan rezeki sebelum balik.
Citer pasal balik Kampung ni, Lazimnya la kalau sembang2 ngan org baru kenal mesti tanya duk mana?
kita jawab la duk Perak he he
perak kat mana?
kat Taiping
Taiping kat mana?
Kat Batu Kurau
ooooo Bt Kurauuuu(panjang sikit ) tempat yg Buah duyan banyak tu, sedap2 pulak tu kan he he Bt Kurau kat kampung apa?
he he banyak kan soalannya (dalam hati je)
Sy Bt Kurau ke dalam lagi nun di kampung Sungai Jerneh Ijok dekat nak ke Selama dah he he
oooo sana banyak kawasan lata ,sedara makcik ada kat Ijok tu kampung hapa tah,
he he he
Wat CK ck
dah siap sedia semuanya ke? Rupanya CK ni org Perak juga, sedara-mara
ramai kat Taiping dan Bt Kurau. Dan Ummizzkitchen jg asal Perak,Jom moh
kite sama -sama ke Perak ye.
tajuknya kek butter mood nak balik kampong he he boleh ke?? Kek butter bukanlah kek yg nk bawa blk nanti tp kek butter ni dah lama buat dah habispun. Tak ingat bila yg pastinya buat untuk makan2 je di rumah. Kakak dan adik yg suker kek-kek camni, simple janji ada kaler-kaler. Si abang tak layan langsung kalu gini melainkan tiramisunya he he
Resepi...resepi simple je. Rasanya kalu yg ada blog terror2 belaka. Lainlah teman yg baru belajor.
KEK BUTTER
bahan-bahannya
125gm butter
125gm gula-kurangkan kalu taknak manis
3 biji telur
125gm tepung gandum
1st baking powder
1st esen vanila
pewarna
cara-caranya
pukul butter bersama gula hingga kembang
masukkan telur satu persatu hingga sebati
pastu masukkan vanila
akhir masukkan tepung yg telah diayak bersama baking
letak pewarna disukai
bakar 35 minit 170c
kek butter ni kalu time raya mesti wat banyak sikit kan, utk jamu tetamu yg hadir lagipun ianya tahan lama. Tak cepat berkulat so memang sesuai . lg sbb yg disukai boleh cicah ngan air teh he he kakakku yg no 3 memang suka cicah air teh. Nak bawa balik pun sonang, tak perlu risau kot2 tunggang langgang ke masa dlm keta tu. Maklumlah perjalanan dekat 5 jam tu. Singgah sana singgah sini biasalah kan, nak ada budak2 ni kejap lapo kejap nak ke toilet he he Driver pun sama kejap nak berasap kejap nak rehat2 ..
oklah ye, doakan perjalanan lami pergi dan kembali dengan sempurna ya. Semoga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yg tidak diingini.
SEKIAN TERIMA KASIHHH