Friday, April 18

red velvet cupkek


assalamualaikum

salam sejahtera buat semua
Semoga sentiasa dlm lindunganNya

penat nih tp gagahkan diri wat entry
Dah seminggu mcm lama je tak update. 

Ok jom layan cupkek bercheese ni pula ye. Layan tgk je. 



rupanya taklah cantik, keja yg cepat siap nih. Tergesa-gesa sb nk kena ke rumah Bil yg buat kenduri anaknya

Red Velvet Cupcake
Oleh:  Azie Kitchen

Bahan A:
3 1/2 cawan Superfine flour - ayak
Bahan B:
170gm unsalted butter - lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sb red food colouring (saya guna 4 sb) 
3 sb high quality cocoa powder
1 1/2 sk vanilla essence
Bahan D:
1 1/2 sk garam
1 1/2 cawan buttermilk
Bahan E:
1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa)
1  1/2 sk baking soda

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.



 satukan bahan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
Masukkan berselang seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis.
 Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.
Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan. 
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.

ok jumpa lagi

TERIMA KASIH

5 comments:

  1. kek yang memang x jemu di makan kak :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum mamasaranur

    RVC pastinya sedapppp...

    ReplyDelete
  3. RVCC peberet selamanya...sedap tu...tambh pulak dalam bentuk cuppies camni lagi nampak cute

    ReplyDelete
  4. Pernah mkn gak..mmg sedap..tak jemu2 ngadapnya..hehehe

    ReplyDelete
  5. Suami Kak Amie suka sangat makan red velvet cake... tapi bininya malas nak buat he heheh

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...