iklan

Saturday, 28 December 2013

BAGEDIL DAGING


assalamualaikum

alhamdulillah kembali bersua disini
baru kembali dari kampung, emm apa cerita ye lama jg nak tgk blog ni, dan tak jalan blog kawan2 jg.
biasa la kan kalu cuti di kampung no intenet ni

Penghujung cuti ni masing2 buzy dgn anak2 la kan persiapkan segala keperluan
smlm pun sibuk dgn anak utk orientasi smk dan dinner akhir tahun staff2 taska auza, hari ni free dptlah wat entry he hee



sblm balik minggu lepas sempatlah buat bagedil daging ni.
lama duk peram hasrat he heee suka makan tp baru pertama kali buat sendiri . suka makan bersama nasi emmm sedapppp
ok jom layannn




   Resepi dari blog ceriteraibu. tqqqq ye


Bahan-bahannya (20 biji) :

 4 biji kentang (saiz sederhana)
 250 gram Daging cincang (aku guna sekeping jer, brand Ramly)
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]
2)lenyek kentang hingga hancur
3) bawang besar dipotong dadu
5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.
6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]

7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.




8 comments:

  1. salam kak..

    em, sedapnya makan bergedil..best ni makan dengan nasi kan..

    ReplyDelete
  2. Salam Saranur...sedapnya begedil daging, T/kasih sudi berkongsi resepi :)

    ReplyDelete
  3. Fav zila ni..dpt xpyh lauk lain..yg sedih ye lum kepal dh tggl ckit masuk perut hehe

    ReplyDelete
  4. aida sgt suka buat bergedil.
    letak daging byk :-)

    ReplyDelete
  5. alahai ..termiss sudaaaa begedil sedap nih!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum MamaSara....Selamat menyambut tahun baru 2014, semoga kedatangan tahun baru memberi sinar dan harapan baru..Ceria-ceria sentiasa bersama keluarga tersayang

    Ehemmmm...Sedap nampak begedel daging ni...

    ReplyDelete
  7. kegemaran ni...lagi2 kalau makan dgn soto...mmg layan

    ReplyDelete
  8. salam...wah begedil kesukaan anak2 ni...

    ReplyDelete

kata-kata manis