iklan

Sunday, 29 July 2012

alhamdulillah.....fruit coktail utk berbuka

 assalamualaikum semua
alhamdulillah...perkhabaran yg mengembirakan bila pak dibenarkan utk balik rumah  setelah 5 hari berada kat wad. Syukur sangat2, pak jg nampak baik dari sebelumnya. Tak putus2 doa dipanjatkan agar kesihatan ayahandaku pulih walaupun tak sepenuhnya tp tetap bersyukur. Ya Allah  Berilah kami anak-anaknya ini peluang untuk terus berbakti kepada ibu dan bapa diatas segala pergorbanan mereka berdua.
Sukar nak digambarkan takkala melihat pak menanggung kesakitan seperti ini..kalaulah boleh kutanggung pasti aku akan menerimanya..


seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa, pantas kan masa berlalu. Hari sebelum ni memang asyik tapau je, tak ada mood pun nak masak2. Tp tiba-tiba sangat teringin nak makan fruit coktail ni.
ahhh lega dpt hirup buah-buah dalam tin gini...sedapp.
resepi yg simple cuma masukkan dlm mangkuk dan Tambah air  laici dalam tin serta hirisan tembikai.letak ais batu sikit. nak lg sedap letak aiskrim vanila kan.
memang sedap. Semalam jenuh jg cari tembikai, wah mahal tembikai la ni, setengah biji sederhana dah 6.50 hinggit
Dua tiga hari ni  Cuaca  pun memang panas kan sekarang, terasa asyik teringat kat air je. Berbuka dgn segelas besar air cukup kenyang. Makanan tolak tepi. Nasi pun tak teringin langsung dah, sahur lagilah tak selera, alhamdulillah nasib baik perut tak meragam, dpt tunggu sampai ke petang. Itulah kan dah niat nak berpuasa pasti Allah tolong jg
Anak2 pun alhamdulillah..kakak dan abang balik sekolah je masing2 melepek je he he sian.

oklah SELAMAT BERSAHUR DAN BERPUASA BUAT SEMUA YE

12 comments:

  1. Puasa2 ni memang nak makan yg mcm ni je mama sara. Kat Sabah ni, susah nak jumpa org jual, semua kena buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. as salam mama nur...
    pagi ni ramai betul yg tayang air...fening tak tau nak buat yg mana satu..hahaha..

    ReplyDelete
  3. salam mama nur...

    Biasa klu bln puasa,k.atie suka minum air panas..HB beli air sejuk kat pasar Ramadhan jer :)

    ReplyDelete
  4. berpuasa memang teringin benda2 sejukkan baruler rasa sejuk perut....
    sedapkan..

    ReplyDelete
  5. Assalam mamasara... kira ni macam air laici yang ditambah koktel le kan...hmmmm best nye kak.

    ReplyDelete
  6. cuaca terik bulan puasa ni kalau dapat b'buka dgn fruit koktel ni mmg nyaman.. ais lebih plz

    ReplyDelete
  7. panas2 mmg best minum koktel. ;D

    ReplyDelete
  8. sesuai musim panas..dapat segelas camnie..hilang dahaga berpuasa kan mama..:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.... syukur Pak dah boleh balik ke rumah, kita pun pernah rasa jaga suami di wad selama 7 hari, dapat balik rumah rasanya macam masuk syurga bila dapat tidur baring dengan sempurna.
    Memang sedap nyaman dapat berbuka dengan koktel...

    ReplyDelete
  10. semuga bapak terus sihat.

    mmm sedap nampak puding tu. Bubuh aiskrin satu scoop pun sedap juga tu.

    ReplyDelete
  11. biasa sya suke koktail ngan susu.. lagi ler bertmbah2 lemk n enak kan. :-)
    hari tu kan kak, cik abg beli tembikai, diaa dah sesiapa potong, sekilo rm3. tapi yela sepotong tu tak leh la nak tepaat sekilo kan. lebih kurang sebelah dan dia atulis tu rege sesiap rm9. cik abg rasa2 cam tak cukup jek 3 kg. bila suh dia timbang kan smula, rupanya rege 2 kilo lebih sikit je. so jadi rm7++ jek. bulan puasa pun tipu2 berat. tak bek kannnn... eh menceceh lk kat sini.hehe

    ReplyDelete
  12. adehhhh sedapnye tgk koktail tu...mmg sesuai wt utk berbuka...

    ReplyDelete

kata-kata manis