Friday, July 27

tapau hari-hari....terima kasih semua

assalamualaikum

hari ni hari ke 6 kita berpuasa ..hari ke 4 jg pak berada di wad. Hari2 juadah berbuka beli ala kadar, 
bungkus mee goreng pun ok dah.cukuplah alas perut kan. Pak pulak alhamdulillah ok sikit ,walaupun masih lemah sb tak ada selera nak makan. nak lagi makanan kat spital ni kan.
Kesian tgk pak, makan ini tak sedap, itu tak sedap
macam2 pulak tu pantang larangnya, berminyak, manis ,masin semua tak boleh. Makan buah pulak menjadi-jadi batuknya. Aisshh pening jugak duk fikir apa yg nak suh pak makan ni..

dlm pada tu duk tertanya-tanya apa agaknya en. suami dan anak -anak  beli utk  berbuka disana.
mesti kakak dan abang is beli mcm2 ni, tau je lah kan budak2. Masa lapar semua nak, nampak sedap je tp bila time berbuka sikit je makannya. Abang is paling suka buah melaka, si kakak kalu ada nasi beriyani ok sangatlah tu. air pulak mesti sorang 2 gelas...betul2 melantak depa ni..kan


Berbanyak-banyak terima kasih pada yg memberi kata2 semangat dan mendoakan ayahandaku ini cepat sembuh. Terima kasih kerana  memberikan kekuatan utk terus  hadapi semua ini.


6 comments:

  1. salam mama sara nur....
    tapau2 pun tengok mee tu mcm sedap jer...
    ucu rasa lah kan..kalau mcm ni ucu pun blh kurus ni kalau hari2 tapau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucu, kurus takper boleh pakai baju2 lama utk raya he he

      Delete
  2. Assalamualaikum Mama Sara Nur,
    semasa hayatnya masih ada, inilah kesempatan kita sebagai anak untuk beri khidmat bakti, moga dapat keberkatan Ilahi.... mudah-mudahan yang dirumah sana sentiasa memahami,
    ikhlas dan sabar dalam menghadapi dugaan Ilahi, insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan olehnya.
    Tapau hari-hari pun tak apakan, yang penting perut mesti kena isi...he he he hhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,bila direnung pengorbanan pak dulu amat besar tak kenal erti penat mencari rezeki utk anak2, meredah apa jg. bila terlantar mcm ni tentulah perhatian anak2 amat2 diperlukan
      alhamdulillah suami dan anak2 memahami w/pun buat sementara ditinggalkan

      Delete
  3. Salam Ramadhan mamaSN...moga kesabaran mama mendapat redha dari sisi Allah swt...moga pak cepat sembuh juga.tak pe lah sementara nih tapau2 ajer...nanti bila ade lapang pasti mama boleh masak2 sedap2..InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Ayah cik sakit apa ye? Besar pahala jaga dia lebih-lebih lagi bulan puasa ni, mesti opahala berganda.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...