Thursday, January 30

balik kampung


assalamualaikum



Selamat bercuti pada yg bercuti y

yg nak balik kampung semoga selamat sampai ke destinasi dengan
gembira.

gambar ni yg memanggil-manggil utk balik kampung ni he hee

Dan ada tugas yg lebih penting jg sebenarnya , nak bawa ayahanda ke hospital taiping Sabtu ini sb ada appointment dgn  doktor
Sambil2 tu dpt mkn derian ni, kata mak ada sikit2 lg, blhlah.



Kata-kata yg cukup bermakna dan harus difikirkan maksudnya.

Tuesday, January 28

cupcake coklat

 assalamualaikum semua

nak tulis apa pun tak tau ni he hee tak ada idea langsung
Nk layan citer Ariana Rose jap g ni
YG siap record t
 jom layan je cupcake coklat ni okey
boleh gitu..


 resepi sebelum ni ada

boleh intai2 ye

selamat malam semua


Sunday, January 26

gulai lemak telur itik



assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan
masak apa tu ye?maklumlah cuti2 dihari minggu kan
banyaklah menu agaknya.

Semalam berkesempatan ke rumah SIL di Kuala Pilah
ziarah SIL dan familynya yg baru kehilangan ayah mertuanya pada pagi  jumaat 23hb januari. Arwah dah  berusia lebih 100 tahun ,
AL FATIHAH 
semoga arwah TOKDI ditempatkan dikalangan org2 Soleh. Amin



kalu dah ke Pilah ni memang macam2 buahtangan dapat bawak balk ke KL, macam2  Sil bekalkan. Ni yg salah satu wajib he hee telur itik
kalu tak telur asin telur itik mentah ni.
apalagi kita wat masak lomaklah
dah tu memang feberet en asben lg.
Dari kecik duk melantak telur itik he hee
asben selalu citer masa duk Seremban arwah mak memang rajin bela ayam itik ni. Selalu makan telur lah kan.
biasa masak lemak kat kg panggil gulai lemak so kita masak pun ikut stail mak. 

GULAI LEMAK TELUR ITIK

bahan-bahannya

telur itik 4 biji
santan kelapa-yg cair
dan yg pekat asingkan
daun kunyit

bahan tumbuk
4 biji cilipadi
sebtang serai-hiris
kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

asam keping
garam secukup rasa

cara-caranya

masukkan santan cair bersama bahan2 tumbuk
biarkan reneh sekejap
pastu pecahkan telur satu persatu
setelah telur keras
masukkan santan pekat
daun kunyit dan garam
biarkan didih sebentar




Wednesday, January 22

kuih lapis pandan


 assalamualaikum

apa khabar semua
alhamdulillah kembali bersua disini ye.
Bila keadaan mengizinkan .


semalam lg niat nak wat entry kuih lapis ni tp mlm tadi migrain tiba2 dtg kembali setelah agak lama x menyerang.
lepas telan ubat terus paksa diri tidur
memang pengsan sampai suboh lah.

kuih lapis pandan  ni wat utk sarapan semalam jg
masih resepi yg sama dgn sebelum ini   DI SINI
cuma disebabkan kaler merah dah habis maka bertukarlah ke kaler hijau pandan ni


Friday, January 17

mi kari sedappp


 assalamualaikum

Ya Allah
Terangilah Jiwa Kami
Dengan CahayaMu
Bimbinglah Langkah Kami
Dengan PetunjukMu
Dan Jagalah kami
Dari Siksa Api NerakaMu

Aamiin


Alhamdulillah Syukur PadaNya 
kerana masih diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi yg indah ini. 
Malam ni agak kelapangan dptlah ngadap blog ni.
emmm masukkan dulu entry mi kari ni ye.
yg sempat dibuat hari sabtu lepas utk makan2 beramai-ramai.
sempoi je, resepi SIL ni. sblm ni dah ada wat entry pun.
layan gambar2 dulu ye


mi kari sedap
sumber kakak ipar

bahan-bahan kuah

bunga lawang
kulit kayu manis
minyak masak
3 sudu besar udang kering*
3 ulas bawang putih*
            3 ulas bawang merah*    
halia*
bhn bertanda * diblend hancur
sbtg serai-diketuk
1peket kecil rempah kari daging
santan kelapa dari sebiji kelapa
2 kiub pati ayam knorr
udang hidup
isi kerang
daging
tofu kering
fish ball
kentang rebus dan blend-utk pekatkan kuah

cara-caranya

panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang
dan serai
pastu masukkan bahan2 yg telah diblend
sehingga naik bau
masukkan rempah kari bersama  daun kari
setelah agak kering masukkan santan
dan dikuti bahan2 lain
biarkan mendidih
masukkan garam dan kiub ayam secukup rasa

utk lebih ummmppp makan bersama sambal tumis ikan bilis atau kerang
bagi yg sukakan rasa pedas ok

SELAMAT MENCUBA




Kami berempat je so menginap semalam di sini. Mu Petite Kat tgh2 bandar ipoh senang nk jalan2 cari mkn. Kakak ambik satu bilik dpt kat atas ...