Tuesday, January 28

rendang Ayam


assalamualaikum . salam sejahtera semuanya semoga sentiasa di dalam lindunganNya. aaminnn


rendang ayam

bahan2 utama

seekor ayam-potong 16

bahan2 kisar @ diblend

*10 btg serai-diricik halus

sedikit halia dan lengkuas
cili padi-ikut kepedasan masing2
cili kisar - dln 2 sudu
bawang besar-dlm 5 biji
bwg putih -7 ulas

santan pekat 1 kg
kerisik -dlm 7-8 sudu besar
asam keping
daun kunyit
garam/gula/perasa

cara2nya

cara sy yg mudah mskkan bhn2 kisar dlm kuali dan direnehkan airnya
hingga agak kering
kemudian  baru mskkan ayam dan santan

masak sehingga pecah minyak
 masukkan asam keping dan kerisik( lg byk lg sedap dan warnanya akan keperangan)
akhiri dgn perasa garam/gula secukupnya
dan hirisan daun kunyit

ok siappppπŸ˜πŸ˜‰πŸ˜‰

yeahhhhh 28/01/2020


alhamdulillah.....hari ini 28/1/2020...akhirnya dapat menulis disini lg
blog kesayangan yg sekian lama terperap
ha haaa akibatnya tak dpt nak login
sedihhh kan

SELAMAT TAHUN BARU 2020
masih belum terlewat kan

2 tahun tak menulis di blog ni
mcm2 peristiwa suka suka berlaku.....dan 2017, 2018 tahun paling menyedihkan
semuanya adalah ketentuan Ilahi......suka duka perjalanan kehidupan sebagai hambaNya
yg hanya menumpang di dunia sementara

 hati berkobar kobar nak menulis nak meluahkan  nak upload gambar masakan mahupun cerita ceriti
sebenarnya....
syukur  sgt2 akhirnya hari ini berkat kerajinan kesabaran
ada rezeki dpt menulis disini

next kita update lg ekkk. insyaAllah akan dikongsikan

tart nENas



assalamualaikum

tart nenas versi org malas namanya niπŸ˜‰πŸ˜Š

bulat bulatan kemudian mskkan dlm cup

tekan dgn garfu sikit dan sapukan kuning telur


resepi akak masih setia dgn resepi blogger kak gee @ FAUZIAH SAMAD
disini ye. dan akak cp dari blog Kak Azlita

TART NENAS NYONYA

By: Kak Jee
 

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, May 10

biskut kacang hijau



assalamualaikum





tqqq AlongRoz kongsi resei

BISKUT KACANG PEAS


BAHAN-BAHAN:- ( 50 biji )
1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising ~ yana kurangkan 1 sudu besar, xnk manis sgt
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
Minyak Mazola ~ anggaran dlm 1/2 cawan
1 biji telur kuning


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan kesemua bahan2 kering sehingga sebati. Tuangkan minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  2. Bentukkan bulat2 seperti guli.
  3. Berus atasnyadgn kuning telur.
  4. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Saturday, March 25

sira ubikayu


assalamualaikum
salam malam minggu


manisan  feberet dari dulu dan kini
sira ubikayu.
ubi kayu rebus yg empuk sangat kena bila dimkn bersama sira gula merah.
layan je

Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...