Tuesday, January 8

selamat hari lahir SARAH nUR iZZATI ...6 YEARS



Alhamdulillah syukur padaNya masih diberi kesempatan menyambut hari ulangtahun anak2 ni, semalam besday abangnya dan hari ni 6 jan besday adik Sarah pula. Jadi sebagai kenangan gambar2 lama yg blh diabadikan disini.
selamat menyambut hari ulangtahun ke 6 buat anak dara bungsu mama ni....memang sgt dinanti harinya,
Sarah Nur Izzati nama diberi
bermaksud "Cahaya yg memberi kekuatan" lahir hari sabtu tengahari jam 1 di Hospital KL.
Dah terlebih hari ikutkan due 31 disember tp alhamdulillah lahir normal jg sperti abang dan kakaknya.
Anak kemanjaan abah, siap la kalu abang dan kakaknya nyakat memang kena marah la ngan abah tu he he 
sgt suker bergambar dari kecik lagi anak dara sorang ni



masa 4 thn...bukan main suker posink kat bunga tu



yg selalu gaduh ngan mama bab baju2 dia hu hu memang tak kasi can mama nak pilih semuanya ikut pandangan matanya....
tp kalu mama beli tanpa pengetahuan dia baru ok,,,jgn shopping dgnnya dah tentu baju2 dipilihnya sendiri. Mcm tu jglah hari2 kadang2 duk pilih2 mana yg nak pakai tu sampai mama pun "berangin" he he
 Apapun mama mendoakan adik Sarah akan beroleh kejayaan  kelak dan paling penting jadi anak yg solehah yg sentiasa mendoakan ibubapanya...Amin

nanti kita update citer makan2 kek pulak ye

Sunday, January 6

selamat hari ulangtahun ke 13...abang Is


Semalam 5 Januari genap sudah 13 tahun usia anak bujang sorang ni..hero sorang ni memang lain dari yg lain
masa kecik boleh tahan lasaknya....macam2 dah berlaku kat dia ni.
jatuh sana jatuh sini benjol sana sini he he
paling tak lupa masa thn satu kat sekolahnya tercedera...terkejut bila cikgu call suruh dtg sekolah huwaaaa berjahit kat dahinya tu tau..bukan sekali tp berkali-kali sampai cikgu pun kenal sgt he he


yg susahnya nak jaga abg is ni sb makanan tu....sakit poket sbnya  he he org lain makan nasi tp dia makan ayam goreng je.
dari thn 1 mama kena g sekolah jelaskan kat makcik kantin yg dia tak makn nasi tp tghari dptlah dia air kotak dan roti
  Dari kecik lebih rapat dgn maklongnya...dah macam mak pun
tak kisah mama ada atau tak...Abg is jg sgt2 berdikari satu kelebihannya.
 sgt suker xtvt lasak...
pantang jumpa ni..

dah besar ni dah tak nak bergambar pun...jenuh nak suruh la pulak
apapun harapan dan doa mama abg is akan sentiasa beroleh kejayaan kelak di dunia dan jg akhirat..sentiasa sehat dan tidak lupakan mama dan abah 
amin

Thursday, January 3

cornflake coklat

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi ALLAH melihat niat dan keikhlasan dalam hatimu"
<hadis Riwayat Muslim>

assalamualaikum

Minggu awal persekolahan ni biasa la kan kebuzyan di siang hari melanda pada semua ibu2 dan bapa2. Mcm2 nak diuruskan perihal anak-anak, yuran dsbnya  Nak lagi yg ank baru masuk sekolah tahun 1 atau form 1 kena hantar dan ambik.
Alhamdulillah kita dah selesai si abang Is form 1 dan kakak tahun 6  cuma adik Sara ni kena hantar pagi2 dan jemput pulak kat PRASEKOLAH jam 11.30 . Kakak naik van dan abg sekolah sessi petang just jalan kaki sb SMK dkat je.
Adik nk naik van tp mama aduyai tak yakin lg nak lepaskan dia tu...

gembira tersenyum je tiaphari  sambil menceritakan perihal sekolahnya
 tu he he ada kawan2 baru dan cikgu baru.
pantasnya masa ni kan dah 6 thn anak bungsu mama.... nampak sangat makin tua mama ni hu huu

ok dalam pada tu sempat lah buat sikit cornflake bercoklat ni utk kudapan anak2, kebetulan je ada lebihan coklat masa kenduri kawen ucu diorg baru2 ni. mama simpan dlm peti ais masih oklah kan. Memang la sedap ranggup bercoklat dan paling best kudapan yg cuma perlu cairkan coklat and masuk cup dan simpan peti ais sekejap je pastu siap boleh makan
bestkan, he ehe meh sapa yg nak try ikut resepi di blog Noorsha

http://noorsha.blogspot.com/2012/08/cornflakes-coklat.html

RESEPI CORNFLAKES COKLAT 
Resepi : Noorsha


 Bahan² 
1 kg chocolate compound - Noorsha guna jenama Beryl's
1 cawan peanut butter 
1/2 cawan almond slices - dibakar terlebih dahulu 
500 gm cornflakes 
colour rice secukupnya 


 Cara ² 
1. panaskan air kedalam periuk hingga mendidih. sementara itu potong kecil² chocolate compound dan masukkan kedalam periuk lainnya bersama peanut butter. setelah air mendidih, tenggekkan periuk berisi coklat keatasnya dan kacau coklat hingga mencair. 
2. boleh juga cairkan dengan menggunakan microwave pada suhu 450 F selama 5-10 minit. 
3. setelah coklat cair, masukkan almond slices dan cornflakes. kacau rata sehingga bersalut kesemuanya dengan coklat. 
4. sudukan cornflake coklat kedalam cup kecil dan taburkan colour rice diatasnya. tunggu coklat kering baru masukkan dalam balang kedap udara...selamat mencuba :)

Tuesday, January 1

bluebery crepe 2013

"Takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan susulilah keburukan dgn perbuatan kebaikan, pasti akan menghapuskannya." 

<hadis Riwayat Tirmizi>


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Selamat datang 2013....selamat tinggal 2012
semoga semua ceria2 di tahun baru ini walaupun kehidupan  ada duka...
doakan yg terbaik..agar kehidupan yg akan mendatang  jg baik2

Tiapkali Tahun baru lepak di rumah ...kemas mengemas dan sambil tu siap sedia utk memulakan sessi persekolahan ...dah biasa gitu
w/pun teringin jg nak nk g Dataran he he angan2 je lah
dahpun  tau en asben memang tak akan gemar hu huu
ok baru2 ni sempat buat crepe blueberry, ye la kan asyik tgk crepe durian, skrg crepe oreo dan macam2 crepe
teringin jugalah he he akhirnya pilihanku bluebery...salah satu sebab kot2 la anak2 nk rasa sb kalu durian tu sah2lah budak2 ni tak suker makan...kecuali abahnya he heee
ouwhh ok jeee  bolehlah kan tepung dadar berintikan cream pastu bila bila letakkan blueberry jadi masam2 manis berkrim. Kalau dc tu entahlah rasanya camna maybe pengemar durian sgt suker . Tapi bg teman lebih gemar makan durian semata-mata..fresh2 yg baru jatuh kedebummm tu...
kurang gemar bila dicampur dgn makanan lain, kecuali makn ngan pulut santan 0r cedodok duyan
Resepi cilok dari dapur Rahel boleh intai2 resepinya kat dapur Rahel http://rahelblog-rahel.blogspot.com 
tq ye Rahel

ok jom layan mata pulak sb esok rutin harian kembali bermula 

 SELAMAT THN BARU dan JUMPA LAGI




Monday, December 31

penutup tirai 2012 cuti2 Malaysia Damai Laut Lumut

assalamualaikum semua
entry sebelum 2012 menutup tirainya... CCM kami sekeluarga di Damai laut Resort pada awal disember lalu.
lama tu kan baru dpt wat enrty. Apapun sbagai kenangan manis diabadikan disini jg. 
layan gambar2nya ye...tempat yg cantik dan cukup tenang utk rest sekeluarga. ni je yg sempat dirakam utk album keluarga. Percutian tempah seawal ogos lagi. Penginapan 3 hari 2 malam di Swiss Garden Resort diberi percuma oleh bestfriend en. suami...TQ VERY2 MUCH ye. Awal plan nak nak bawa makayah @ adik2 sekali tp apakan daya tak tercapai...
view dari bilik penginapan kami
 se





sibuk tengok budak kecik ni berendam je...tak nak naik2 dah ni





ok jumpa lg entry part 2 mandi manda dilaut pula. ye SELAMAT TAHUN BARU 2013 semua

Saturday, December 29

apam gula hangus

assalamualaikum 
makan apa tu ? he he mesti best menunya.  tadi kita buat apam ni, firstime menerai wat apam gula hangus , apam berbeza dgn kek gula hangus walaupun ujungnya gula hangus.
apam ni teksturnya lebih halus dan gebus. Lembut dan sedap
kek pula ada sarang2 takpun nama lainnya kek sarang semut.


memang lembut betul apam gula hangus ni tau...sedapp manis pun sedang2 gitu. ok sesuai makan pagi atau petang. tp sayangnya bila buat kurang sambutan oleh anak2 je hu hu jadinya mama abah je layan. Banyak pulak tu alhamdulillah dptlah bagi jiran sebelah merasa juga. gambar nampak blur sb camera hp...




terima kasih diatas resepi yg sedap ni blh tengok disini ye apam-gula-hangus.

Resepi : Apam gula hangus

resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif



Bahannya:

2 biji telur ( Uj guna telur omega dibuang tapi pusatnya)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( Uj tambah) 

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.

Cara:
1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati
2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau 
        gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula) 
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang
        3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm
        blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah) sy kukus dlm acuan puteri ayu dlm 15 minit


* Boleh juga diletakan didlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....



Friday, December 28

entry 12/12/2012...SELAMAT PENGANTIN BARU adik iparku

 Assalamualaikum
Sebelum tirai 2012 berlalu bebarapa hari sahaja lg, nak jg wat entry  majlis nikah kawin adik bungsu asben ucu Nazari dgn pasangannya cik Norizan yg berlangsung pada 12/12/12 yg lalu. Cantik tarihk ni pada angkanya ... mungkin senang nak ingat kot.
Majlis kecil ni dihadiri keluarga terdekat dan jiran2 je. Memandangkan tarihk hari bekerja  nikahnya dibuat pada petang selepas asar. Sedikit jamuan makan malam dan kuih muih, Ucu ni adik lelaki yg bungsu asben .Syukur alhamdulillah akhirnya sampai jg jodohnya walaupun agak lewat he he  Apapun selesai sudah, insyaallah ada rezeki majlis lebih meriah tahun depan kot, dlm plan.



 SIL & family dari Alor Gajah Melaka dan bil dan 2 anknya dari Tampin
family abang ipar KL bersama anak menantu dan cucu2nya

Sil dan familynya dari Rawang
desert yg paling laris...coklat





Day 3 Bangun pagi masing2 6.30 pg konon nak ke Tuna bay utk breakfast dan  Ootd tapi tak berjaya sbnya kol 7.30 pun bot teksi masih tak ada ...