Friday, October 12

kari telur ayam

assalamualaikum

salam sejahtera semua

Masakan istimewa yg simple dan mudah,  kari telur kegemaran en suami tercinta. Masakan pertama jg masa mula2 kawen dulu  he he Masa tu belum tahu pun telur ni feberet dia tak kira dgn cara apapun dimasak memang akan laju je dimakan dan pastinya licin.  
Kari telur  jg mengingatkan pd  masakan  arwah toklong (mak saudara ayahku) yg tinggal  sebelah rumah, masa br kawen lauk ni lah di jamu pd kami waktu  makan tengahari  sebelum ktorg blk KL , memang sedap airtangan arwah toklong masak wlaupun nampak simple. Sesimple orgnya jg.
Dah 6 tahun Arwah pergi, Al FATIHAH, dan memang byk kenangan bersamanya dari zaman kanak2 sampailah arwah pergi..hubungan kami rapat kerana arwah memang tak ada zuriat semua anak2nya pergi mengadap ilahi sewaktu masih bayi kalu tak salah ada 7 anaknya , arwah suaminya jg rapat tp lebih awal ke rahmatulllah masa tu darjah 5.
dan tiapkali blk kg pandang rumahnya yg kosong tu bagaikan nampak je kelibat arwah tersenyum di beranda...menjemput naik minum teh dan biskut kering. Itulah sifat arwah yg sgt2 senangi.


itulah tiapkali nak masak kari telur ni mesti terkenangkan ,
kari telur ni gandingan bestnya mesti sayur berkicap, bgkulah he he kalu takde sayur pun kicap tu mesti dicurahkan , baru best dan satu lg ada ikan sepat masin atau ikan kedera masin wah memang selera.
Tp en suami pula kari telur pula suka kalu ada sambal ikan bilis atau udang. memang bertambahlah nasinya.

  • KARI TELUR
  • bahan-bahannya
  •   seulas bawang putih, ketuk/belah kasar
  • sebiji bawang besar-dihiris halus
  • sedikit daun kari, di lurut
  • 2 camca besar rempah daging
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit minyak masak
  • 4 biji telur 
  • garam dan bahan perasa
  • Asam keping

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkkan bawang  tumis hingga naik bau, kacau sedikit 
  2. Masukkan rempah kari, dan cili kisar kacau hingga wangi. (Rempah cepat hangus, kacau rata dengan cepat) Masukkan air 
  3.  masukkan santan
  4. biar mendidih baru masukkan telur sebiji demi sebiji, dan biar mendidih, jgn dikacau hingga telur masak  supaya telur tidak berkecai kelak
  5.  Bubuh garam sesedap rasa.



Senang kan tp ikut citaras jg , ada yg suka karinya lebih atau manis blh ejas sendiri.

Wednesday, October 10

ikan tengas masak lemak buah kantan

assalamualaikum

Masak lemak feberet si Adik Sarah sekarang ni, makan nasi je tanya masak lemak ke mama he he issshhh anak dara sorang ni. Nak masak lemak cam opah masak siap bgtau kita tu.
Tiapkali blk kg memang opah masak lemak khas utk Adik ni, memang bertambah nasinya nk pula mkn ramai2 duduk bersila he he opah tokki pun sama selera, tu yg best.

inilah rupa buah kantan, ada yg tak kenal..kalau .bunga kantan tu mestilah tahu kan bhn wajib wat laksa. baunya aduyai sedappp. Buah kantan ni masam dan berbiji-biji. Tp bila masak lemak  sedap pula.
kat rumah arwah tok ni berpaya mungkin tu sb tumbuh subur, kelilng rumah je. Nak lg skrg takde org yg duk kutip memang terbiar je, bunganmya, buahnya memang byklah.
 
bunganya pun selain wat laksa mak jg wat masak lemak takpun hiris halus2 wat ulam @kerabu.
macam nasi kerabu bila digaul dgn nasiputih.
ikan tengas ni ikan sungai ye,ikan yg banyak tulang. kalau digoreng garing2 ranggup lg sedap. Memang byk dijual kat kg sekilo 5 hinggit kalu pasar pagi.  my mak memang suka wat masak lemak, kuahnya tu yg laku sb budak2 makan kuah ikan ni org dewasa je reti. budak2 suka ikan goreng kan,ikan temenung atau ikan sardin.
kalau tak letak buah kantan letak timun kuning atau belimbing pun sedap jgak. Yg penting masak lemak tak pedas, letak jg cili cuma sikit sgt. Yela kan kalu pedas tak dpt adik ni makan.

Gandingannya mestilah ulaman dan sambal tempoyak. Biasanya kalu makan tengahari kat kg ni x sah kalu mak tak kutip ulam-ulam ni pucuk ubi, daun salam, jantung pisang pucuk kaduk ntah apa2 lg pucuk semua belasah he he dan bakar ikan keli sekali. isi ikankeli tu wat pencicah lah . ikan kering goreng jg mesti ada.

resepi masak lemak mak ni cam biasa je mcm masak lain2 jg. tumbuk bawang, serai kunyit dan cili padi
kemudian masak dgn santan , garam secukup rasa dan jgn sekali sampai pecah minyak, tu yg kena jaga2 sentiasa tgk api pun sederhana. kalu dah pecah minyak tak sedapkan.

ok ye sampai disini coretan cerita nya.

Tuesday, October 9

SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE

ASSALAMUALAIKUM 
Salam manis buat semua...

berkesempatan lagi , alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih beri peluang utk hari ini.

Semalam sempatlah membaking lepas blk kerja. Sb sayangkan pisang awak yg bawa blk dari kg tu , dah terlebih masaknya. buat cekodok pun sudah pagi semalam. Masih ada lg duk simpan dlm peti ais. Mmeang dah berhajat nk wat kek pisang ni . Tak berlengah smlm terus buat je.
Sebelum tu intai2 dulu kek-kek kat blog adik manis yg rajin memasak menu2 best tu  http://kurniaanmu.blogspot.com/ Arah dari Bangkok.
Banyaknya kek2 dia buat semuanya menarik.
Arah http://kurniaanmu.blogspot.com/ jg rajin komen kat blog akak, tq ye. Akak cuba ikut resepi kek pisang berkaremel sb nak jg wat yg lain. Seblm ni kek pisang resepi lain. Amin suka tgk dan makan he he sedap kek pisangnya.

resepi akak c/p ye wat rujukan nanti

KEK PISANG KAREMEL
sumber:arah

bahannya

1 cawan pisang yg telah dilenyek-akak letak 4 biji pisang awak
1/2 cawan gula
2 biji telur A
125gm butter
1 1/2 cawan tepung gandum @ berserbuk penaik
2 sudu besar susu segar 
1st soda
sedikit esen vanila

cara-caranya


mula jadikan karemel dahulu
butter + gula+ pisang + susu+ soda dicampurkan dan masak diatas api hingga keperangan
dan sejukkan 
telur pukul kembang 
kemudian masukkan campuran pisang karemel yg telah sejuk
pukul sebati 
khir masukkan tepung yg telah diayak
sebatikan dan mskkan dlm acuan disukai
bakar 35 minit 175c-ikut oven masing2 ye

selamat mencuba

TERIMA KASIH PADA YG KUNJUNG KESINI , DAN BERI KOMEN JGN SERIK DTG LG YE

mempelam kampung

 assalamualaikum semua

Hari ni anak2 form 3 akan menghadapi PMR kan, mesti berdebar-debar emak ayah ni. Selamat menempuh peperiksaan  Insyaallah segalanya pasti berjalan lancar dan semua beroleh keputusan cemerlang.  Masa dulu tingkatan 3 kita SRP pun sama memang dap dup jg he he peperiksaan pertama yg besar bila memasuki alam persekolahan menengah.
Anak buah ada sorang tahun ni PMR Kak long yg jadi harapan mama dan abahnya selak anak sulong.
Semoga berjaya ye Kak long.

ok macam yg dijanjikan nak tayang jg buah mempelam kampung yg sangat2 sedap ni, baunya tak sama ngan mangga2 lain. Rasanya manis asli ada masam2 sikit. pagi2 nampak ni terus ngap he he takyah guna pisau pun tak apa. memang maveless layan mempelam ni.  Pokok mempelam kampung kat rumah arwah tok ni memang dari dulu lg, ingat masa dulu2 bila musim buahnya yg lebat tu tak termakan dibuatnya. Arwah tok simpan dalam tempayan kadang2 tu bila kitorg tak dtg he he Nak lagi waktu tengahri tu duk je bawah rumah nunggu buah gugur, berebut bila bunyi buah jatuh he he


satu lagi pokok kat tepi bendang bila nagin tiup sepoi2 tu bestnya menikmati mempelam ni. Rindu sgt dgn suasana gini. Sekrg bila semuanya dah tak ada tinggal kenangan je lah. Pokoknya masih ada berbuah cuma yg tak samanya bila pandang bendang yg kering kontang, rumah arwah tok yg usang tunggu masa nak roboh je....

Saturday, October 6

balik kg , mandi di parit

assalamualaikum semua

Cerita balik kampung minggu lepas, balik petang jumaat dan balik KL semuala petang isnin.e/l he he dan si abang is ponteng sekolah. cuma kali ni balik kakak Sha tak ikut ,dia ikut makdaknya jalan2 sbnya isnin tak boleh ponteng sekolah agama ada ujian upkk. Lapang sikit balik berempat ni, adik dan abang selesa duk berdua kat sit belakang tu. Sabtu kenduri kawen anak sepupu dptlah makan nasi minyak. Dapatlah jumpa sepupu sepapat sebelah pak, sedara dari Kuala Kangsar ramai jg yg turun tp tulah kan yg tua2 je kenal anakcucunya tak kenal, sedeyyy. Tp xleh duk lama2 sb pak sakit tak berapa selesa masih bengkak, nk berdiri atau duduk lama2memang tak dptlah dgn cuaca panas lg. sayangnya Tak sempat pun snap gambar2nya @ pengantin sekalipun hu hu  jadinya kita letak gambar2 lainye

kali ni balik musin mempelam kampung tu, sedapnya menikmati he he tp pokoknya jauh ke dlm kena merentasi sungai dan titi gantung. Nnanti n3 buah-buah pulakye.Tp dulu2 masa sekolah rendah sungailah tempat bermain paling best sekali, duk berendam je kejanya. Balik sekolah tak hingat nak makan ke keja sekolah ke he he yg penting terjun kat sungai ni ngan kenkawan..uihhh best sgt lawan menyelam sapa paling lama. Kadang2 sampai arwah tok dtg jerit suh balik he he sungai tu dah biasa sgt tak kisahpun hanyut ke hapa yg pentingg gumbiraaa.sempat bawa si abang dan adik tengok inilah taman permainan mama zaman dulu2 he he tp dah berubah tak sama dulu2 lg. airnya tak dalam bila kegiatan membalak tu berluasa dah tu kena berjaga-jaga bila hujan, banjir la nanti. Rumah2 tepi sungai ni dah biasa tiapkali hujan cepat2 naik ke tingkat atas.
kalu tak ke sungai merayap kat parit pulak, parit ni belakang umah je, paling syokk tangkap udang ngan sauk tu. Belek batu satu persatu sb udang2 ni nyorok belakang batu he he bukan apa pun seronok bila dpt tu masuk dlm botol. Ada jg anak2 ikan. Cuma skrg ni cetek dah, biasa la kan perubahan masa dan alam semulajadi turut berubah. Bila hujan lebat pakat pi pancing pula dpt ikan keli ke ikan limbat ke bestt habiss bw balik tunjuk kat mak. banyak nostalgia manis disini...

air parit ni cetek je, tp bolehlah setakat budak2 kecik nak mandi manda. sb batunya banyak tp bila hujan lebat airnya bersih dan banyaklah jadinya.  Dari dulu parit nisgt berjasa pada ktorg, tempat mandi membasuh bagai, terutama bila air paip tak ada sinilah angkut pinggan mangkuk utk dicuci.
Tahun sudah pula bila hujan tak berenti-renti airnya melimpah naik dan terus banjir jadinya. Masuk sampai dlm rumah, teruk jg kata mak, masa tu pasir dari bukit banyak sgt turun.


nak cerita memang panjang lebar, tak tercerita he he

jumpa lagi ye

Thursday, October 4

cheese tart inti bluebery akhirnya depan mata

assalamualaikum

Sebelum tayangan gambar2 masa balik kg minggu lepas, nak tayang dulu Cheese tart blueberry yg sgt2 yummy ni..emmm memang rasa syok sgt menyuap ke mulut kalu tak sedar rasanya habis dah semuanya he he haiyaa bertambah-tambahlah gemuklah badan ni. bila masanya nak kurus2 ni.... entahlah .nak diet jgn haraplah kan , nak jogging lagilah...akhirnya terima hakikat diri seadanya kan kan...he he
pertama kali cuba ni tentulah byk kekurangan kan, terutama dari segi rupa parasnya tu..tp rasanya bg empunya yg buat ha ha sedappp je. Lemak2 cheese tu dan shellnya pun sedap ranggup.
alkisahnya buat cheese tart ni bila sgt2 terdesak dah, terpaksa buat bila tarihk akhir cream cheese akan berakhir lg seminggu hu hu seb baik terbuka hati nak tgk rupa-rupanya cream cheese daku ni sikit lg rupanya kalu idak dah membazir kan bila cendawan keluar.
 ada pulak anak dara sorang ni yg tak sabar2 nak tgk hasilnya dan bila siap je sibuk pulak ofer nak bergambar sekali he he

ok resepinya di  c/p dari blog yg sangat2 suka melawat utk melihat kek-keknya yg cantik2.Rahel sangat berseni tangannya tu... http://rahelblog-rahel.blogspot.com  TQQQ Rahel


Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi Tat & Brownies
sumber:Rahel

Bahan untuk kulit tat:
500g tepung gandum
250g mentega sederhana lembut
120g gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

Cara:
1.Satukan tepung gandum dan gula aising.
2.Campurkan mentega dan digaul sehingga menjadi serbuk yang kasar.
3.Masukkan esen vanila,kuning telur dan air sejuk.Uli menjadi doh lembut.Rehatkan doh
   selama 15 minit.
4.Canai dan terap doh ke dalam acuan tat.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada
   suhu 170'C.
5.Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.

Inti Keju
500g keju krim
120g gula halus
50g mentega
2 biji telur
Blueberry fruit filling secukupnya/Blueberry pie filling

Cara:

1.Masukkan blueberry fruit filling ke dalam bag piping.Kemudian paipkan sedikit ke dalam
   kulit tadi.Ketepikan.
2.Pukul keju krim,mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
3.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4.Kemudian masukkan ke dalam bag piping dan paipkan ke dalam kulit tat tadi.
   Kemudian dot2kan blueberry fruit filling di atasnya sebagai hiasan.
5.Bakar lagi selama 15 minit pada suhu 180'C.



Tuesday, October 2

petrosains KLCC

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA
sehat2 belaka ke...alhamdulillah andai diberikan kesihatan yg baik kan
hari ni dptlah masuk kesini setelah 3 hari berada kat kampung. kat kampung biasalah kan...tak ada line tenet mana ada can nak tgk blog ni. tp andai ada pun mana sempat kot he he banyak benda , kawasan nak melawat lg, tinjau2 apa ada sekitarnya. Itu dah biasa kerjanya tiapkali ada kat kg. sibuk di dapur lagi uihhh mengalahkan apa lagi kan...nantilah kita masukkan cerita di kampung pulak. skrg tak sempat un nak masukkan gambor2nya
 sebelum tu layan gambar2 kat KLCC, program jalan2 beberapa minggu sudah, masih dlm syawal sebelum ke OH kitaorg sempat singgah KLCC bila anak2 sibuk ajak ke Petrosains ni. Dah beberapa kali dtg tp tiapkali dtg sini timenya agak lewat so yg jaga tu syorkan xyah masuk rugi katanya, tu yg pagi2 dtg dlm kol 10. Betul pun kalau masuk dah jam 3 tutupnya 5 ptg sekejap x puas jelajah Petrosains yg macam2 ada ni. nI Puashati berjam-jam duk dalam ni tengok semua yg ada

Tiket masuk  hari tersebut murah la pulak kanak2 cuma 5 hinggit, dewasa 15 hinggit.


 anak bujang sorang ni memang minat sangat dekat sains dan benda2 sealirannya, memang dari kecik minatnya ke arah itu...masih simpan kertas2 lukisannya tentang enjin kereta, lakaran rekaan tv entah apa2...suka dia teroka yg kita tak tau ni. jadi bila kesini puaslah hatinya tu dpt tgk macam2. siap nak ke pelantar minyak, masuk sorang2. kitorg yg pompuan jalan2 je


 dinosor pun ada seekor...siap nyanyi2 he he kelakar pun ada..



kalu ke KLCC tak sah kalu x masuk sini bebudak ni

ok hanya disini ...gambar2 yg sempat disnap..

TERIMA KASIH JUMPA LAGI YE

 5 November … selamat hari lahir buat adik bungsu Adik bungsu bujang terlajak sorang ni Dari minggu lepas dia Wassap nak suruh hantar KFC  d...