Thursday, March 15

kenduri kawen anak sedara kat Alor Gajah Melaka

Assalamualaikum

Malam ni nak citer pasal xtvt awal cuti persekolahan kali ni, Alhamdulillah saat ditunggu ni utk menghadiri kenduri kawen he he lama dah nak makan kenduri kendara keluarga. Yg bestnya kat Melaka he he leh la jalan2 lagi kesana.kan. Anak buah sebelah hubby(abang hubby) anak daranya sorang ni je.Dah kawen pun dia..

Nikahnya pagi pastu tengahari bersanding...

makan nasi putih, nasi jagung lauknya daging kurma, ayam masak merah,  masak lemak nenas ikan masin dan sambal + ulam-ulaman. memang sedap
ikan masin goreng pun ada


Anak dara sorang ni makan nasi jagung ngan buah limau je he he..janji nasi kaler2 mesti dia suker


Petangnya potong kek...cantik keknya bunga2 kaler biru...keknya pun sedap walaupun krimnya tu masin sikit he he


sempat posink ngan kakak2 ipar dan abang2 ipar , bukan senang nak posink camni selalu kan
esoknya majlis bertandang ke umah pengantin lelaki. Malam tu sempat juga jejalan ke bandar hilir BIL belanja ikan bakar nanti sambung entry ..


TERIMA KASIH


Tuesday, March 13

kek pisang berkismis


assalamualaikum

alhamdulillah masih ada ruang utk menulis malam ni kerana diberi  kesihatan yg baik. Aminnn
ok mari-mari rasa kek pisang yg masih panas ni, sedap tau.

 
sedap tau kek pisang ni, he he hari tu melawat anak sedara yg baru dpt baby sebagai buahtangan kat anak2 yg lain ku buat kek pisang ni. Esoknya dptlah sms boleh tak nak order 2 biji kek pisang he he katanya sedap sampai tak cukup ha ha itulah bukti kek ni memang sedap

Biasalah kan nak buahku sorang ni ..pasal makan. memang nombor satu

terhasilnya kek pisang ni  setelah sangat tertarik dgn kek pisang di blog singgahsana kitchen apalagi terus cari pisang dan mencubanya. Sebelum ni ada gak try resepi lain tp tak menepati citarasaku. Yg ni dah compem tak wat resepi lain dah...
boleh lihat disini ya

KEK PISANG BERKISMIS

recipe asal  : kak besah@MyResepi
c/p dari : Iza Akma SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan (300gm) tepung gandum
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan (230gm) minyak masak
  • 1 cawan (200gm) gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 60 gm kismis~yg ini sendiri tambah

CARA MENYEDIAKAN :
 
❀  Lenyekkan pisang (jangan diblend nanti tak nampak jalur2/urat2 pisang pada kek...tak cantik). Campurkan soda bicarbonate & lenyek lagi hingga pisang berbuih...(jika soda berketul, ayak dengan penapis teh terus ke dalam pisang).

❀  Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi dalam 5 saat. Selepas tu campurkan bahan yang diblend tadi dengan pisang, gaul dengan senduk. Akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati...jangan diblend ya, guna senduk saja.

❀  Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. Bakar dengan suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Kek akan bertambah gelap dengan jalur-jalur pisang yang ketara.

Selamat Mencuba. dan pasti anda menyukainya..

TERIMA KASIH

Monday, March 12

donut






assalamualaikum

selamat petang , sudah menikmati minum petang ke? Menu apa agaknya kan



kanak2 memang suker donut kan, anak bujangku ni pun salah sorang dia memang suker terutama masa lapar he he dan makan panas2 bila sejuk takyahlah kasi dah.
 tak laku pun he he

resepi donut disini

 tak sempat taip disini.donut yg gebu dan sedap...tq ye Izahdaut sb share resepi ni


TERIMA KASIH

Tuesday, March 6

kue teow kungfu @ kantonis

assalamualaikum

bersiaran lagi dgn salah satu menu disukai ini. tp sebelum makan kena berkungfu dulu ye he he
ikutkan malas nak buat sebenarnya hu hu sb hanya mama seorang yg makan kue teow ni. En suami memang tak makan entah kenapa bila ditanya katanya memang tak makan, tp kalau mee atau mehoon boleh ja makan. Maybe dari kecik2  tak  penah kasi makan kot ha ha
tp si isterinya ini memang pantang ada kue teow sukerrrr sgt he he tak kira la kungfu ke yg goreng ke memang laju je masuk di tekak..


resepi kue teow ni tiru sebijik cam yg tertulis dalam majalah mingguan wanita edisi Aidilfitri 2003. Lama sudah ku  potong dan simpan keratan ini. resepi rumah terbuka oleh Feroz Catering Sdn.Bhd.
kita c/p disini pula. tq pada empunya resepi.

Bahan-bahannya

3 biji bawang putih-dicincang
i inci halia dihiris
1 biji telur
1 paket kue teow-buat separuh je
20 gm udang
20 gm ayam
20 gm sotong-x letak
20 gm salad-x letak
air secukupnya
cili padi-yg ni pandai2 tambah
serbuk perasa, sos tiram, kicap cair,, minyak, serbuk lada dan sedikit tepung jagung

cara membuatnya

 goreng kue teow dgn telur hingga garing dan angkat
tumis bawang putih, halia dan masukkan ayam, udang serta sotong
masukkan air biar hingga  mendidih
masukkan sayur-sayuran dan bahan2 perasa, soso tiram, kicap
utk pekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung
kemudian tuang di atas kue teow tadi
siap sedap dimakan panas2 


ok untuk hari ini.

TERIMA KASIH


Saturday, March 3

bingka labu berbijan @ bengkang labu

assalamualaikum
salam di hari minggu, masak2 apa hari ni, tentu menu special kan, maklumlah hari cuti dihujung minggu ni anak2 pun ada kat rumah ye tak.Meriah lah kalau ramai2 ni kan.



 menu kat atas ni bukanlah dimasak hari ni dah berhari-hari yg lalu he he lupa dah hari apa mengodeknya. Wat pun waku malam2 sebelum baring lelapkan mata . dah masak biarkan je esok pagi2 baru potong wat bekalan g taska. Dapat la Alas perut sebelum makan tengahari jam 12.00 tu. Pagi2 memang tak makan yg berat2 tp kena juga makan nanti perut masuk angin...gastrik lagi susah kan. he he

paling bestlah bingka labu yg guna resepi ni tau..terbaik he he memang sedap 
resepinya ambik bLog RENCAH KEHIDUPAN oleh Sue
Asal dari Datin Lulu @myresepi dan  kita c/p kat sini pula wat rujukan.

BINGKA LABU

bahan-bahan utama
  • 600gm labu (berat selepas di rebus/kukus) - dilecek sedikit kasar
  • 2 @ 3 sudu besar kelapa kering ~  tak letak
  • bijan secukupnya untuk taburan
Bahan-Bahan diblend sehingga sebati

  • *2 cwn tepung gandum
  • *2 sb (mumbung) tepung kastad
  • *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan( kita guna santan kelapa fresh)
  • *3/4 - 1 cawan gula
  • *2 sudu besar butter @ marjerin - dicairkn
  • *½ cwn susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sk (rata) garam halus
  • *5 biji telur (saiz B/C)( guna 4 biji telur A)
PENYEDIAANNYA
  1. Oven dipanas terlebih dahulu, 180°c
  2. Bahan2 yang diblend tadi dimasukkan ke dalam labu yang dilecek...Kacau sehingga sebati 
  3. Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin kedalam loyang dan panaskan sebentar dengan api yang kecil..
  4. Tuangkn adunan tadi kedalam loyang...Tabur bijan...
  5. Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak/ biar garing cikit kat atas lagi sedap...

SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH

weeding ank sedara, slmt pengantin baru









Friday, March 2

pau kaya

assalamualaikum

salah satu kuih yg jadi kegemaran  keluarga kami  pau berintikan kaya ataupun inti kelapa. kalau buat pau ni selalunya malam sb boleh jadikan sarapan utk pagi esok sekali. kalau sempat sampailah pagi kalau tak malam tu jg habis he he


 resepi pau yg ni c/p di myresepi..TERIMA KASIH dan share disini sbgai rujukan

Bahan-bahannya

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-caranya

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula 
  3. dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  4. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  5. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  6. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang,maknanya doh dah naik
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  11. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

JOM MAKAN PAU

TERIMA KASIH

Ahad 9/8 ke vet bawa stokin annual vaksin dan bw jga lola sb dia asyik bersin dgn nafas berbunyi mcm teraumbat tu. Ya Allah ramaii sungguh d...