Friday, January 13

gulai lemak tempoyak ikan keli+ timun kuning




selamat malam semua,,,makan apa malam ni ye
tentu menu sedap2 kan tambah2 lagi bila makan bersama-sama sekeluarga. Nak pulak kalau anak2 yg besar2 wah lagi syok kan tengok anak-makan ni. Si ibu pulak tentu bertambah rajin ke dapur....bestnye kan. Tak payah susah2 fikir menu lain lg sb semua yg si ibu masak anak2 makan.
aiii nape la anakanda2 ku ini tak seperti itu hu hu org lain berselera makan nasi berlauk si abang & si kakak ni payahhhh betul. Asyik2 kentang asyik2 burger, asyik2 entah apa2 yg buat pening memikirkan menu...

citer pasal makan malm tu yg letak menu lauk ni" gulai lemak tempoyak ikan keli + timun kuning" panjang nak menyebut. Kita org utara panggil gulai lemak bukan masak lemak he he
sedap ni aduhhh tu yg naik 2 kg masa duk kampung huhu 
Timun tu yg buat bertambah sedap, xyah lauk lain pun ok.

resepi dari my mum

3 ekor ikan keli -di kerat 2 @ 3
1 biji timun kuning-dipotong
santan dari sebiji kelapa
2 sudu tempoyak
*kunyit
garam
*cili padi dan sedikit serai

*2 ulas  bawang kecil

bahan2 bertanda * ditumbuk hingga hancur

masukkan ke dalam periuk semua bahan2 diatas  dan masak dengan api sederhana
sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
setelah mengelegak barulah diangkat...
siap...


jumpa di lain kali..insyaallah.... terima kasih

Tuesday, January 10

ke PULAU PINANG...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
Sudahpun minggu kedua persekolahan....rutin harian macam biasa la kan...bangun pagi siap sarapan..dah hantar anak kesekolah. Alhamdulillah syukur sgt2 sb sekolah anak2 dekat je, si abang cuma jalan kaki sekolah belakang umah je dan si kakak naik van w/pun dekat sb xda org nak ngantor he he

masih lagi cerita tentang keluarga....buat sekiankalinya sampai ke Pulau Pinang ni, dekat je kalu dari kampung dalam sejam lebih sampai . Hajat nak kesana sb nak menjengah umah adik di Batu Kawan, dah dekat 2 tahun dia beli umah di sana kami lum sempat melawat lagi. Tu yg ambik peluang cuti sekolah lepas...






bertolak ke sana tengahari dah pun...sampai tepat pada masa makan tengahari tu yg best he he SIL dahpun siap masak2 tunggu kitaorg je. Adikku pulak keja kat MPPP so nak jalan2 kena tunggu kol 5 pm. Tp sb kakak kesayangnye ni dtg so dia balik awal sikit he he kesiankan..tp kan sblm tu sempatlah kami ke jeti dekat bt kawan ni...posink2 ambik angin pantai..

kata SIL salah hari dtg kalau kena hari jumaat mesti best sb boleh beli ikan ketam sotong fresh punya yg baru naik ...ala rugilah ktorg....takper hubby cakap lainkali kita datang tido sana pulak hu hu bestnya tapi bila yek???

Kena tunggu cuti panjanglah kan ha ha



Sunday, January 8

cucuq durian @ cekodok durian

assalamualaikum
cucuq @ cekodok durian kegemaranku sudah mai he he sedap wat makan time petang2 takpun time bekfas kan kan.  Musim durian je baru merasa makan cucuq durian ni dulu2 la skrg durian dah tak bermusim anytime anywhere ada kan..
tapi kan cucuq durian ni makan kol 12 tengahari dah...ha ha nak tau nape??
ni nak citer ye, pelik sikit sebabnye bila dah siap bancuh tepung ngan durian ni kenalah perap dulu sampai dia naik baru lah sedap digoreng.. takyah pakai soda lagi dah. Itulah rahsianya yg membuatkan cucuq durian ni gebusss







Buah durian ni makan ngan pulut santan pun sedap ...kalau masak wat pengat cicah ngan roti pun sedap jugak issshhhh semualah sedap habis citer he he

cam biasa resepi cucuq durian takda sukatan he he kita main letak je


mula2 asingkan isi2 durian ni dari bijinya dlm 6,7 ulas 


lenyek2 isi durian biar sebati + sikit gula + garam


masukkan sedikit air


pastu baru masukkan tepung gandum dlm 2 cawan  agak2 ye ( adunan macam nak wat cekodok..).


dah sebati biarkan tertutup beberapa jam


lagi lama lagi naik tp jgn sampai ke petang pulak nanti masam cam tempoyak hu hu


panaskan minyak dan jemput2 guna tangan @ sudu ke dalam kuali 

goreng hingga perang


angkat, tos dan boleh makan.


senangkan....selamat mencuba ye








Friday, January 6

besday ABG iS dan adik Sarah

Tiap2 tahun share kek Harijadi tau he he..senang keja mama sikit..Semalam 5 januari besday si Abang Is (anak sulong) dahpun genap 12 tahun.
Hari ni pula genap si adik Sarah NUR Izzati 5 tahun , hu hu pantasnye masa berlalu kan. dah besar anak2 mama ni
dah sekolah, taska pun, rasa macam baru je mengandung, pastu sakit bersalin...apapun happy besday sayang  doa dan impian mama jadilah anak yg soleh solehah dan membesar sbgai insan yg berjaya di dunia dan akhirat kelak .Aminnnn


 tiap2 tahun makan2 kek di rumah je.

 
awal2 tahun ni maklumlah kan sibuk uruskan persekolahan...takda can nak wat majlis harijadi cam dulu2 dah...kesian si abang, tp alhamdulillah abang faham oklah mama katanya....


setiap ibubapa pasti sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2nya... sentiasa mengharapkan anak2 dilindungi dari apa jua.

Wednesday, January 4

BUKIT LARUT TAIPING PERAK

ASSALAMUALAIKUM. 
entry kisah jalan2 masa cuti sekolah yg lalu...




 
 Balik ke kampung baru2 ni barulah berpeluang bawa anak2 ke Bukit Larut, tempat yg dah lama nak pergi tapi tak dapat2 ...buat mama diorg inilah kali ke2 naik ats ni, mula2 naik dulu ikut rombongan sekolah dalam darjah 4..hu hu lama sudah kan. Walaupun selalu balik taiping tp x penah naik dah. Cuma kali ni nekad nak naik jugak kebetulan hari yg sama kena hantar ayahandaku ke hospital Taiping utk wat pemeriksaan mata. Kan alang2 ke Taiping tu lagipun lama kena menunggu ambil peluang ke sana jap. Pas hantar ayah ke spital 8.pagi tu terus ke bkt larut mula2 frustttt sb tiket full .Terpaksa pujuk2 org kaunter tiket dan kena tunggu lebihkurang sejam jg kalau kekosongan maklumlah coti sekolah ni kan fulll..Alhamdulillah ada rezeki dptlah 
 naik ke ats tu.
Tiket 18 hinggit utk kami berempat.Dewasa RM6 & kanak2 RM3. Bawah 5 thn free... Nak sampai atas tu kena naik land rover (jip) yg disediakan muat dlm 10 org je. Memang adventure tul jalannya berbukit koner2...silap hb leh muntah2 ..Nak naik jalan sendiri(jln kaki) pun boleh tp makan masa pailng cepat 3 jam...baru sampai...
aduh memang tak larat... 

 

 budak yg sangat happy dapat jalan-jalan..... dah penat panjat bukit duk lepak2 kat tangga pulak

sementara tunggu jip yg nak bawa kitorg turun semula.
ok lepas ni kita g ke Pulau Pinang pulak k....

Monday, January 2

kek red velvet 2012

Permulaan tahun baru, kebanyakannya bicara tentang azam baru...dan ada yg semuanya nak baru. Apa2 pun yg penting tahun baru 2012 kita mulakan dgn semangat baru semangat ingin kehidupan yg lebih sempurna @ baik dari yg lama

AZAM-bermaksud cita-cita, kecekalan semangat dan ketentuan diri sendiri yg lebih menyakinkan diri sendiri utk masa depan yg lebih terjamin, bahagia dan ceria
(utusan- oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah)







Untuk itu Mari kita mulakan hari baru kita dgn kemanisan dan lupakan seketika kepahitan.
insyaallah....
Kali ke 2 try kek ni , alhamdulillah lebih baik dari dulu. Cuma kalernya tak red sangat....tp rasanya masih sama sedap.Deco comot2 je, tangan tak berapa nak seni hu hu..kena practice lag

KEK RED VELVED
sumber diperolehi..blog  Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - guna 1  sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk = guna 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka
biarkan 10 minit(hingga jadi pekat)
1 sudu teh garam1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.


FILLING:
500gram blueberry filling -letak sikit je
KRIM:
250 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
 tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

utk lebih detail boleh ke blog Teratak Impian dan pastinya bila dah mencuba pasti nak lagi...

SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2012

Sunday, January 1

selamat tahun baru 2012





SELAMAT TAHUN BARU


 

Tiada azam baru cuma mengharapkan TAHUN 2012 akan lebih baik dari 2011....AMIN

Assalamualaikum Alhamdulillah jga dua hari ni ujan setwlah beberapa hari kering kontang Pokok2 pun layuuu. Pg tadi sarapan dgn cik suami mcm...