Masih lg al kisah sempena cuti hari pekerja
3 hari kan cuti☺️
Settle masak nasi ayam tu kita meraiinkan diri buat kuih nan satu ni.
Kuih kesukaannn dari zaman dulukala
Ada org panggil nama kuih tepung gomak
Kan sbnya salut dgn tepung hijau tu dah mcm org pakai bedakk🫣.
Penah dengar tak org tua dulu cakap bila pakai makeup putih melepak muka tu dah mcm rupa tepung gomak yo hihiii
Abok abok pun ok sbnya bila mkn memang tepung kacang tu berterabur mcm habuk.
Makn kena sopan santun sikit ye supaya tak bersepahh
Dalamnya letak inti kelapa gula merah
Lemak manis rasanya.
Inti ni ciknur dah siap masak hari tu so senang je la
Kita adun je tepung pulut letak intinya
Lebih halus dn cantikk.
Rasa pun sedapp
Satu hal pula kalu nk buat sendiri kacang hijau tu
Makan masaaa.
Nk goreng @ sangai dan blend
Ada yg siapp ni lg cepatt
Resepi ciknur mai belasah je takda sukatan pun
Tepung pulut agak2 nak banyak mana
Ciknur buat ni guna separuh je dlm
250 gm rasanya
Macam nk buat buah melaka @
Onde onde tu
Letak air sikit2 sambil gaul hingga
Adunan boleh buat bulat2
Jgn terlalu lembik sbnya susah kita nk letak inti dan tak terlalu keras supaya rasanya
Kenyal2
sama seperti nk buat buah melaka❤️
Dah letak inti bulatkan dan sementara tu panaskan air dlm periuk. Dah mendidih baru kita masukkan adunan tepung yg siap letak inti.
Tunggu sebentar dah masak ia akan timbul @
Terapung. Jgn angkat selagi ia tak terapung ye
Barulah kita angkat tapis
Dan gaul dgn tepung kacang hijau.
Siappp



Sedapnya, saya pun suka kuih ni sejak 2 menjak ni 🤭 bila dah makin tua ni, suka pulak kuih2 tradisional macam ni, kek dan pastry dah tak berapa nak pandang sangat sbb manis leting 😜
ReplyDeleteTerliur plak SA tengok...nampak sedap...kalau kat Seremban kuih abok abok tu yang guna sagu mata ikan tu...
ReplyDeleteWow cantik kejadian. Ni mcm mochi versi Malaysia.
ReplyDeleteOooo kuih abok-abok namanya. Di tempat kami kuih abok-abok dari sagu biji, ada gula merah di tengahnya dan dibungkus dalam daun pisang sebelum dikukus.
ReplyDelete