Wednesday, April 26

selamat hari raya aidilfitri




Selamat hari raya maaf zahir  dari Cik Nur sekeluarga buat semua. 






menu2 yg sempat snap, 
nasi beriyani ayam masak merah
lupaaa da.

lemang tu wajib ada😁kita beli 4 btg didua tmpt berlainan. 
memang sedapp lemk cukup masaknya. gndingan rendng ayam
ketupat raya kedua baru ada





 cookies raya kali ni airtangn nk2 dara. biskut feberzt dorang.

kalau mama kuih2 lama je suka. 

Monday, April 17

SUATU HARI DI HARI RAYA

 SUATU HARI DI HARI RAYA

KU LIHAT CAHAYA BERSINAR INDAH

LANGIT CEMERLANG TAK TERKIRA

TANDA KUASA YG MAHA ESA

MEMBERI NIKMAT PADA MANUSIA


SUATU HARI DI HARI RAYA

KU DENGAR IRAMA YG SUNGGUH INDAH

KU CUBA MENDEKATI PADANYA

KU KIRA IRAMA ITUADALAH

SUARA PUJIAN PD YG ESA


SUATU HARI DI HARI RAYA

AKU MENANGIS TANDA GEMBIRA

AKU MENANGIS TANDA KU CINTA

KEPADANYA


SUTU HARI DI HARI RAYA

KULIHAT SUCI WAJAH IBUKU

KU LIHAT WAJAH KASIH AYAHKU

KU GEMBIRA

MUNGKIN INILAH KEBAHAGIAN


SUATU HARI DI HARI RAYA

KU LIHAT CAHAYA BERSINAR INDAH

LANGIT CEMERLANG TAK TERKIRA

TANDA KUASA YG MAHA ESA

MEMBERI NIKMAT PADA MANUSIA

Thursday, April 13

lepat pisang yg menepati citarasa


Assalamualaikum
salam ramadhan

alhamdulillah. dah penghujung Ramadhan, makin lemau pula rasanya. letih mengantuk semua. ada. inilah  Dugaan 10 akhir ramadhan. Mengantukk. yg amat tak blh tahan. 
Mungkin ramai sibuk shopping keperluan raya atau sibuk buat kuih raya kan. tp badan letih ni nak buat apa pun malas ya amat.
lepas terawih memang terus lebur pengsan he he

Bila org tanya x ambik tempahan ke thn ni he hee
emmm yg tak mampu nk tolak permintaan dia je kita gagh buat thn ni. tart nenas dan kek buah kukus. 

Berbuka puasa berempat je ni mkn simple2 je la.
ank dara sorang tu yg penting nasi putih dan lauk ayam.
asben pula roti canai tampal telur, teh tarik ha haa



 smlm tghri settle ajar mengaji ciknur dpt la  blk rumah kejap. selalu blk tu dpt landing lelap 1/2 jam. 😊😁

Puasa ni  rasa  teringin nk mkn lepat pisang pula. lepat labu dah minggu lepas, Lamaa betul x buat kuih2  camni. Bila puasa mula Teringat aihhh kalu kat kg tu mesti buat dgn. arwah mak.
Kalu x lepat pisng, lepat labu, lepat ubi atau tepung bungkuss. maklum la Daun pisang senang dpt. tepi rumah. 
 mak pula kalu pisang dia suka pisang wak . Memang tanam pun pisang tu blkg umah. 

Hari tu ada la nampk kat bzar dn  try la  beli , adoiii  sedihh xleh mkn pula. Basi kot rasa lain mcam.
sekbaik la 5.ketul jee. buangg.. sb tu la malas nk membeli. 

smlm Gagah yesss berjaya buat sendiri. Kisahnya bila. kebetulan memang ada  pisang emas kwn asben bg minggu lepas byk sampai x termakan. Dari hijau sampai dah msk. ranum beno pun. 
kita lenyek2 la buat lepat.

Ambik Daun pisang kecik2 je sb pokok pisang pun kecik. he hee
masa mkn asben tanya jga awat kecik sgt, adoii ok la
 jawapan kita kecik kn comel.

puas hati ko mkn smlm. letk inti kelapa tu wajib.

  Dan Dpt jga bg pd kwn2 kat Taska sorng sikit merasa kan. 

Lepat pisang

bhn2

pisng emas- lenyek2 dn baru sukatn dpt dlm 4 cawan
sedikit gula dlm 2 sudu  - pisang ni mnis so xperlu banyk
sedikit garam
tepung gandum 2 cawan
tambah tepung beras 1 sudu besar
dan ciknur tak letak santan
tp letak kelpa parut yg putih dlm 11/2 cawan utk bg rasa lemak2
( cara arwah mak dulu)

kelapa parut selebihnya letak sbgai inti

gaul2 sebati. agak2 nk lembut sikit buh air sesudu dua
siapp blh bungkus dlm dan pisng.

 panaskan. air pengukus
kukus dlm 20 minit camtu

taraaa siapp. 

Monday, April 10

desert sejuk tekak



Assalamualaikum
salam Ramadhan ke 18

alhamdulillah.

 πŸ˜Š
 settle msk laukpauk, menu ciknur kena ada desert. 
 sagu  gula melaka versi kaler ijo dan bubur som som jga ijoπŸ˜….
kebetulan kawn ciknur nk dtg ambik kucing dia. Alang2 tu leh bg dia sikit sbbnya kalau ciknur sorng tk abis.
penghuni rumah ni tak layan sgt.
πŸ‘‰

dua dua menu guna airgula. melaka senang. stok gula masih ada.
sagu ni ciknur suka gandingkan dgn.  fresh milk. Ada org suka susu cair tin dan. ada yg suka dgn santan. Sb tu nk mkn suka yg buat sendiri. he hee sendiri mkn sendiri buat no komplen2 ha haa kannn





Sunday, April 9

Giveaway 'Raya gift By UYUM

 assalamualaikum

salam Ramadhan ke 18.

menghitung nk raya ke tu semua. buzy buat persiapan nak lg bila anak2 kecik kan. Cik Nur thn ni ikut je la anak2 dara piih baju dan kaler.

Sambil2 tu pg2 ni leh ngadap laptop he hee 

Terlihat segmen Ako giveaway-raya-gift-by-uyum-2023.

Harus la kan join GA cik Ako ni nak lg By Uyum

si comel bam bam ni

Bestnya blog Ako ni bila byk kisah Uyum, trip jalan2 @ bercuti dia , dan ragamnya kala bercuti . Happy dan terserlah so cute sgt. Budak2 memang paling suka la bila jalan2 ni kan enjoy

Paling suka tgk gelagat dia bergambar tu alahai ada je gayanya

manis senyuman tulus ank kecil.

ni la Tarikan pd Blog Ako 

Cik Nur memang suka budak lelaki he hee kan ank bujang cik Nur sorang je, dulu berangan jga kan best ada lg bby boy.




Syarat2 yg sgt simple, buat pos dan letak banner gambar cik Ako dan Uyum ni. Mudah je kan
cerita kenapa suka tgk Uyum

Jom join sblm tamat , Rugi ni tak join. klik je banner

GA Bermula 4 April hingga 14 April 2023. 
meh cepat2 
Mesti Uyum tak sabar nk pilih pemenang ni kan he hee

selamat berpuasa Ako dan Uyum


Thursday, April 6

kisah anak anak bulus


salam jumaat
lamaa tak cerita kisah ank2 bulus kan

kesayangan mengubat jiwa dukalara
he hee

dua anakberanak ni si makkin dan wiwi mok




adik bungsu kakak ni si nyomot, kesayangan abah jga


yoyen
baik dah skrg takmau keluar rumah dah kalau keluar pun cari rumput2 dpn je pastu tunggu kat pintu nak masuk
sejak peristiwa dia keluar pastu 3 hari x balik.
jenuh mencari , hari2 ciknur doa , selawat mohon ketemu dia,
alhamdulillah mlm 12 lebih , dia blk menunggu kat pintu
sekbaik si kakak blm tidur 
Balik dlm keadaan cedera berdarah kat mulutnya dan kuku2 kakinya
taktau la kena apaπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”
esknya ciknur bw ke klinik, mkn antibiotik 7 hari dan ubat luka
kuku2 tangan dan kaki kt doktor ada yg tercabut. adoiii la yoyen apa la dia buat ni.
skrg baik, trauma kot bunyi gaduh kat luar dah lari menyorok



Anak2 yoyen dah basar2 he hee kalah yoyen

tak sabar tunggu 1 syawal , bedayyy ank2 yoyen he hee
genap setahun 1 syawal ni
si nyomel, lily dan lola
manja belaka, time nk solat mula la nyibuk duk kat sejadah




 lola pun ada kes jga tp skrg baikk. manjaaa bangat. kalau ada org x kenal dtg mula la nyorok he hee

 
 CIK LI @ LILY ni aduhaiiii bikin pening sikit
suka nau memanjat, dlm rumah atas almari tempt lepak
terlepas keluar je adoiii kejap dah panjat bumbungg
emm sekbaik la panggil dia akan dtg blk dan turun
sukaa la tu explore atas tu. Buat risauuu.

mcm2 ragam anak2 bulus ni. penattt tp 
insyaallah dah terjebak kan. selagi ada hayat akan ciknur jga sebaiknya

skrg bertambah yg kat luar tu, cik bu, ujang dan beberapa ekor lg yg takda nama.
pg2 menunggu makanan, buka pintu belakang, pintu depan semua menanti.

memang tak mampu nak menolak kehadiran mereka, insyaallah selagi ada rezeki selagi kudrat mama ada kalian akan kusediakan  mkanan . 
hanya mampu bg mkn dan minum tp tak mampu nak ambik utk jga sepenuhnya......
selalu doa Ya ALLAH berikan ku rezeki melimpah ruah utk membantu mahkluk2 mu ini .
sekiranya punya wang yg banyak pasti akan kusediakan tempat yg sempurna utk kalianπŸ˜–tempat berteduh dari panas dan hujan, tmpt tidur kalian yg selesa.
Yg selamat dari apajuga gangguan di luar sana huhuuu
Allahuakbar

Tuesday, April 4

kuih tepung pelita, kuih sampan dan Limas


assalamualaikum
salam 14 Ramadhan
kejap je dah 2 minggu puasa
lip lap. sampai tak sempat nk update blog aduhaii.
Mood nk snap gambar pun tak dtg2
gambar ni sebenarnya pertama puasa dah ada he he
menu kuih wajib ciknur sepanjang ramadhan.
Dulu kat kg arwah mak cakap nama. kuih sampan @kuih limas.
tapi kat KL org semua sebut kuih ni tepung pelita😁
lama2 lekat panggil tepung pelita.


  Bulan ramadhan ni femes tepung pelita paya jaras dan tepung pelita

kayu ke apa ntah kan. Dua2 kesukaan ciknur. Sma je.
Walau harga dah up tp rasa yg sama on je kan.

Banyak beza kuih2 ni sebenarnya. Ada yg tak perlu kukus, masak siap. 
beza dari segi tepung, iaitu tepung gandum. dan. ada resepi tepung beras. So rasa akan berbeza la

Buat sendiri he hee bab nk bentuk daun pisang ni yg kurang rajin

so jawapannya beli ha haaa
skrg 5 pcs harganya RM4.00
ok la kan 
 
 

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...