assalamualaikum
May , bulan utk sambutan hari Ibu, bonda, Mama, UMMI, mummy
hari istimewa utk meraikan ibu ibu
walaupun setiap hari adalah Hari IBU😊
May juga ada sambutan HARI JURURAWAT dan HARI GURU
Sempena hari ibu , akak dptlah penuhi permintaan sesorang ,utk pavlova ni
kebetulan masa diberi sgt singkat
dan ini shj pilihan yg paling cepat sblm waktu berbuka
alhamdulillah pavlova tak meragam kali ini
he heee menjadi elok, akak paling suka bila luarannya nampak rangup dan seakan nk pecah
dihiasi buah mangga harum manis special order tau, dan buah kiwi
mencari juga srtawberi tp kecewa sb takda stok
katanya esk baru ada
emmm faham2 la kan KPKB ni tak beepeluang merata rata ke pasaraya
yg mana terdekat je dpt terjah.
apapun hasilnya costemerr cakap ok je ....kita ikut lah
resepi akk guna sukatan timbangan kali ini, kebetulan telur putih duk ada semangkuk😙
170 gm telur putih
200 gm gula kastor
2 sb tepung jagung
1st cuka masakan
1st serbuk vanila
# putar hingga berbuih buih telur putih
baru masukan sedikit sedikit gula
sehingga habis dan jadi meringue
baru mskkan tepung jagung dan cuka serta vanila
*bila dah yakin menjadi kena tabahkan hati terbalikkan mangkuk
😀
tak jatuh eloklah tu maknanya
okeyyy boleh letakkan atas loyang yg dilapik kertas ye
set dulu oven 160 c api atas bawah
dan boleh bakar
selama 1 jam 15 minit
bergantung juga ye mungkin berbeza dgn oven lain
dah bunyiii ting kita biarkan shj pavlova dlm oven tu
dah sejuk baru keluarkan
taraaaa ini hasilnya💗