Thursday, May 28

musim durian


assalamualaikum

syawal ke 6😊


kali ni hanya mampu renung gambar2 lama

dan paling  terkeduu sekejap  bila  your sister kat kampung up gambar durian

tgh gugur tp kau hanya mampu tgk sb tak dapat balik kampung h huu 

alahaiiii 

2020 xdak rezeki nak kutip durian , manggis nak makan puas2 spti selalu

pujukk hati emmm insyaallah tahun depan Allah mudahkan rezeki

aaminnn



Wednesday, May 20

biskut semperit



assalamualaikum semua

selamat pg ....sejuk pg ni cuaca. pokok2 semua segar

alhamdulillah

dah hujung2 puasa ni buka fb, IG semua update cookies😍

tahun ni ambik tempahan sikit je

tu pun jenuhh jga alahaii makin berumur ni keletihan lain mcm

tak mcm dulu mampu berjaga hingga lewat pg wat cookies

lepas terawih dahh pancit , letak je kepala 

emm lena terus. terjaga kol 4 nk siap sahur je

lepas suboh , gerak ke taska 

walaupun tak operasi mcm biasa tp tetap masuk kerja , kami masih buka utk parents yg bekerja septi 

nurse, polis, tentera

3, 4 org je hadir yg adikberadik

ikut SOP yg ditetapkan



ok kisah semperit ni, tiaptahun wajib je buat, dan buat  temphan jga utk yg dah biasa dgn akak.

tp akak jual semperit dahlia klasik, biskut org dulu2

kisahnya ank dara bungsu akak ni suka biskut semperit panjang2 gini

tiaptahun request😗 dah besar panjang ni kita kasi dia tekan sendiri hahh mama penat wehh nak

tekan2 dah. layann je. mama adun dia buatkan ikut sukalah dikk jadi boleh makan sendiri


Tuesday, May 19

cornflake madu


assalamualaikum

alhamdulillah hari ni 26 Ramadan

cepatnya la kan masa berlalu......dan Ramadan akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lg😌

makin penghujung makin terasa pantasnya masa

kemeriahan pun dah kelihatan , meriah dgn orgramai yg berpusu pusu tak kira waktu nak lagi 

menjelang petang

bila penjualan juga makin bertambah....mcm2 juadah blh beli dah

kalu awal puasa jalan2 lenggang tp skrg ni mcm biasa dah kembali sesak

kereta motor bersesak2 dah 

oklah akhir2 ramadan ni juga masing2 buat persedian raya 

jomm kita pun apalagi layan anak2 buat biskut raya jga

cornflake madu

bahan2 utama

sekotak cornflake

1 cwn madu

1 cwn gula

butter 250 gm

paper cup

manik urai-utk hiasan


-mula2 kita cairkan butter dahulu

masukkan gula dan madu

sebatikan sehingga mencair semuanya

baru masukkan cornflake

gaul rata 

dan boleh kita letakkan dlm cup utk dibakar dlm 10 minit

taraaaa siappp







Wednesday, May 13

cucur gelang @ kuih keria keledek pepel



assalamualaikum. selamat pg😊

alhamdulillah, masuk hari ke 21 ramadan ,kita semua dpt menjalani ibadat berpuasa

dgn baik insyaallah. 

masa akak sekolah rendah dulu rutin setiap pg akan nampak tersusun je atas meja arwah mak

dah  siapkan cucur gelang 

dan  beberapa jenis kuihmuih lain spti kuih apam, kuih ketayap. , tersusun  menunggu masa 

utk dibawa ke kedai kopi

berdekatan umah kami,  tugas waktu ptg  pula,  bila mak  suruh ambikkan hasil jualan

hah time ni pakat la tolak sana sini😉 semua bg alasan

tp kadang2 tu bila ada juga lebihan yg tak habis , berebut pula nak makan

inilah ragam anak2 heheee

sedap sgtt cucur gelang mak, rasanya blm dpt ditandingi,  tak sama keenakan airtangan mak kita ni

kan. 

walaupun sempat jga belajar ambik ilmu dari mak

cara menyira gula tu

bila buat ni kadang2 menjadi kadang2 idak 

nasib le kan


cucur gelang @ keria ni.  lazimnya arwah mak wat  guna ubi kayu

sb pokok2nya keliling umah je

bila makan keria ni  gigit je  lembut  terasa kegebuan ubinya emmm dan kena pula gula aduhhh 

memang layan la

bukan keras terasa tepung pula yg ni tak layan he hee

yg ni memang fail lah

resepi senang kena goggle je byk resepi

resepi akak rebus ubi hingga empuk , tapis dan terus lenyek2 kan 

bila panas2 ni senang lenyek

pastu biarkan sejuk sebentar

baru masukkan tepung sedikit sedikit ye

kita agak2 shj tepung ni jgn tertalu byk sb taknak keras kejung

dah agak blh bentukan bulat dan buat lubang ok

walaupun agak lembik dan susah

nak mudah lumurkan sedikit minyak kat tangan sambi2 tu

sbnya kalu nk mudah tepung banyak alamatnya keria kita akan keras

resepi akak penah share dulu ye

/cucur-gelang


CUCUR GELANG


Bahan-bahan

  • 2 ketul ubi keledek yg sederhana
  • 1 cawan tepung gandum@ 1/2 Cawan lagi utk letak masa nak wat gelang tu(elakkan tangan meleket)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam  hingga empuk.
  2. dah empuk Toskan airnya 
  3. Lenyek 2 hancur masa ubi masih panas.
  4.  kemudian bolehlah  sejukkan dulu
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  6. dan buatlah bentuk seperti gelang 
  7. siap semua baru di goreng. 
 sira gula
  1. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  2. Didihkan gula hingga pekat.
  3. Masukkacucur tadi  dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  4. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  5. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  6. siap

TERIMA KASIH















Tuesday, May 12

lepat liat @ lepat dodol




assalamualaikum

salam  20 ramadan 

pagi2 hujan membasahi bumi kuala Lumpur , alhamdulillah 

sabtu baru2 baru akak merajinkan diri melepat 😄

emm daun pisang beli je kat kedai runcit

dpt sepelengat juga hihii

bila teringat airtangan arwah mak  😔 sayangnya resepi mak takda sukatan



terpaksa goggle cari resepi dan mencubanya

 ikut resepi di .rasa. alhamdulillah menjadi 

walaupun rasa tak seenak airtangan mak tp terubat jugalahh rasa rinduu

LEPAT LIAT

bahan bahan

 3 cawan tepung pulut

 1 cwn santan

1/2 cwn gula merah

1/2 gula putih

garam

daun pisang

cara cara

kita masak gula merah , gula putih dan santan hingga mendidih

kemudian sejukkan dulu ye

baru gaulkan dgn tepung pulut

sebati kan dan boleh letakkan dlm daun pisang

yg di sapu sedikit minyak

utk elakkan melekat

bila dah panas air kukusan blhlah kita kukus 

anggaran dlm 20 minit

* akak paling suka letak inti kelapa parut putih, letak garam sikit

baru ummphhh*😉😉








Monday, May 11

pavlova-selamat Hari Ibu


assalamualaikum

May , bulan utk sambutan hari Ibu, bonda, Mama, UMMI, mummy

hari istimewa utk meraikan ibu ibu

walaupun setiap hari adalah Hari IBU😊

May juga ada sambutan HARI JURURAWAT dan HARI GURU

Sempena hari ibu , akak dptlah penuhi permintaan sesorang ,utk pavlova ni

kebetulan masa diberi sgt singkat 

dan ini shj pilihan yg paling cepat sblm waktu berbuka

alhamdulillah pavlova tak meragam kali ini

he heee menjadi elok, akak paling suka bila luarannya nampak rangup dan seakan nk pecah

dihiasi buah mangga harum manis special order tau, dan buah kiwi

mencari juga srtawberi tp kecewa sb takda stok

katanya esk baru ada 

emmm faham2 la kan KPKB ni tak beepeluang merata rata ke pasaraya

yg mana terdekat je dpt terjah.

apapun hasilnya costemerr cakap ok je ....kita ikut lah

resepi akk  guna sukatan timbangan kali ini, kebetulan telur putih duk ada semangkuk😙



170 gm telur putih

200 gm gula kastor

2 sb tepung jagung

1st cuka masakan

1st serbuk vanila

# putar hingga berbuih buih telur putih 

baru masukan sedikit sedikit gula

sehingga habis dan jadi meringue

baru mskkan tepung jagung dan cuka serta vanila


*bila dah yakin menjadi kena tabahkan hati terbalikkan mangkuk 

😀

tak jatuh eloklah tu maknanya

okeyyy boleh letakkan atas loyang yg dilapik kertas ye


set dulu oven 160 c api atas bawah

dan boleh bakar

selama 1 jam 15 minit

bergantung juga ye mungkin berbeza dgn oven lain

dah bunyiii ting kita biarkan shj pavlova dlm oven tu

dah sejuk baru keluarkan 

taraaaa ini hasilnya💗













Thursday, May 7

abok abok sagu


assalamualaikum

salam 15 ramadan

masuk pertengahan ramadan....emm sedar x sedarr cepatnya masa

berlalu kan.

beberapa hari lepas merajinkan diri buat menu kuih lama ni

berkurun dah tak membuatnya

abok abok Ada kenangan pd akak

kenangan zaman sekolah menengah

masih tak lupa kuih inilah yg dipelajari kat bengkel masak masak 

subjek SRT nama cikgu  yg ajor je lupa

simple kuih ni dan bahan2 yg mudah, yg payah cuma nk dptkan daun pisang

jom layannn 

nanti update resepi ek





   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...