Thursday, August 21

happy birthday kakak...13 years




alhamdulillah......20hb ogos 2014 kini Siti Fatimah Firasyah 13 tahun sudah. Anak kedua mama yg lebih mesra dgn panggilan kakak Tisha.
aaminn semoga kakak sentiasa sehat sejahtera dan jadi anak yg solehah ya. kelak dewasa jd insan yg berguna utk Agama Bangsa dan Negara. Sentiasa berbakti pada kedua ibubapa




Saturday, August 16

congo bar


assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah lega dah smlm selesai jamuan makan Taska ...hari ni masa utk rehatkan kaki .
sehari suntuk jalan sana sini...fuhh kematu kaki dibuatnya.
hari ni pula jamuan makan persatuan penduduk pula 
tp kita g makan je le. ha haa bolehh gitu


ok sambil2 tu upload gambar congo bars ni
salah satu menu smlm. minggu ni layan congo je. majlis makan2 prasekolah pun cikgu order congo ni
simple dan masa penyedian yg pantas itu yg buat rajin nak buatnya
ala2 brownies gitu, rasanya cam kek jg cuma ada coklat cips dan badam. 
resepi cp kat blog kak Azlita yg pemes emes tu
resepi asal MyKitchen's Recipe


Congo Bars

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


Saturday, August 9

biskut kelapa, koleksi biskut raya2014



salam aidilfiti...semua dlm mood raya lagi kan
sabtu ahad emm sana sini jemputan open house
jalan2 pun sesak sana sini jg....itulah kebiasaannya
bulan syawal di Kuala Lumpur 
 dah dijemput mcamnapun kalu boleh nak penuhi .
masa ni la pun nak bertandang kat umah sanak saudara mahupun teman2 kan.
Smlm je dpt 7 undangan rumah terbuka, aduhhh pening tak tau nak g yg mana dulu. Jawapannya yg dkt2 je la dpt pi



ok entry seblm raya lagi ni yg asyik tertangguh... tak sempat sungguh 
raya tahun ni memang x banyak wat biskut.
 Selesai wat biskut2 dan kek2 utk tempahan baru dpt wat utk umah
2 ,3 jenis je yg sempat. lagipun tak dak sapa layan.
biskut wajib coklat chips, cornflake honey dan semperit je, biskut 2 ni yg pasti habiss
biskut kelapa ni try jg la sb bahan2nya semua siap ada.
lain sikit ,dan masuk koleksi biskut2 raya nanti.

ok jom pi beraya  lagi he hee 






Monday, August 4

selamat hari Raya aidilfiti 2014


Salam Aidilfitri....Maaf zahir Batin pada semua
salam kosong kosong ye
ha haa trend 2014 pengaruh kuat tv
apapun semoga semua kita mensyukuri nikmat hari ini
dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira
lupakan segala sengketa dan sama2 meraikan Syawal dgn keharmonian

seminggu berlalu sudah.... blm puas rasanya bersama-sama keluarga di kampung .



   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...