Thursday, January 30

balik kampung


assalamualaikum



Selamat bercuti pada yg bercuti y

yg nak balik kampung semoga selamat sampai ke destinasi dengan
gembira.

gambar ni yg memanggil-manggil utk balik kampung ni he hee

Dan ada tugas yg lebih penting jg sebenarnya , nak bawa ayahanda ke hospital taiping Sabtu ini sb ada appointment dgn  doktor
Sambil2 tu dpt mkn derian ni, kata mak ada sikit2 lg, blhlah.



Kata-kata yg cukup bermakna dan harus difikirkan maksudnya.

Tuesday, January 28

cupcake coklat

 assalamualaikum semua

nak tulis apa pun tak tau ni he hee tak ada idea langsung
Nk layan citer Ariana Rose jap g ni
YG siap record t
 jom layan je cupcake coklat ni okey
boleh gitu..


 resepi sebelum ni ada

boleh intai2 ye

selamat malam semua


Sunday, January 26

gulai lemak telur itik



assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan
masak apa tu ye?maklumlah cuti2 dihari minggu kan
banyaklah menu agaknya.

Semalam berkesempatan ke rumah SIL di Kuala Pilah
ziarah SIL dan familynya yg baru kehilangan ayah mertuanya pada pagi  jumaat 23hb januari. Arwah dah  berusia lebih 100 tahun ,
AL FATIHAH 
semoga arwah TOKDI ditempatkan dikalangan org2 Soleh. Amin



kalu dah ke Pilah ni memang macam2 buahtangan dapat bawak balk ke KL, macam2  Sil bekalkan. Ni yg salah satu wajib he hee telur itik
kalu tak telur asin telur itik mentah ni.
apalagi kita wat masak lomaklah
dah tu memang feberet en asben lg.
Dari kecik duk melantak telur itik he hee
asben selalu citer masa duk Seremban arwah mak memang rajin bela ayam itik ni. Selalu makan telur lah kan.
biasa masak lemak kat kg panggil gulai lemak so kita masak pun ikut stail mak. 

GULAI LEMAK TELUR ITIK

bahan-bahannya

telur itik 4 biji
santan kelapa-yg cair
dan yg pekat asingkan
daun kunyit

bahan tumbuk
4 biji cilipadi
sebtang serai-hiris
kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

asam keping
garam secukup rasa

cara-caranya

masukkan santan cair bersama bahan2 tumbuk
biarkan reneh sekejap
pastu pecahkan telur satu persatu
setelah telur keras
masukkan santan pekat
daun kunyit dan garam
biarkan didih sebentar




Wednesday, January 22

kuih lapis pandan


 assalamualaikum

apa khabar semua
alhamdulillah kembali bersua disini ye.
Bila keadaan mengizinkan .


semalam lg niat nak wat entry kuih lapis ni tp mlm tadi migrain tiba2 dtg kembali setelah agak lama x menyerang.
lepas telan ubat terus paksa diri tidur
memang pengsan sampai suboh lah.

kuih lapis pandan  ni wat utk sarapan semalam jg
masih resepi yg sama dgn sebelum ini   DI SINI
cuma disebabkan kaler merah dah habis maka bertukarlah ke kaler hijau pandan ni


Friday, January 17

mi kari sedappp


 assalamualaikum

Ya Allah
Terangilah Jiwa Kami
Dengan CahayaMu
Bimbinglah Langkah Kami
Dengan PetunjukMu
Dan Jagalah kami
Dari Siksa Api NerakaMu

Aamiin


Alhamdulillah Syukur PadaNya 
kerana masih diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi yg indah ini. 
Malam ni agak kelapangan dptlah ngadap blog ni.
emmm masukkan dulu entry mi kari ni ye.
yg sempat dibuat hari sabtu lepas utk makan2 beramai-ramai.
sempoi je, resepi SIL ni. sblm ni dah ada wat entry pun.
layan gambar2 dulu ye


mi kari sedap
sumber kakak ipar

bahan-bahan kuah

bunga lawang
kulit kayu manis
minyak masak
3 sudu besar udang kering*
3 ulas bawang putih*
            3 ulas bawang merah*    
halia*
bhn bertanda * diblend hancur
sbtg serai-diketuk
1peket kecil rempah kari daging
santan kelapa dari sebiji kelapa
2 kiub pati ayam knorr
udang hidup
isi kerang
daging
tofu kering
fish ball
kentang rebus dan blend-utk pekatkan kuah

cara-caranya

panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang
dan serai
pastu masukkan bahan2 yg telah diblend
sehingga naik bau
masukkan rempah kari bersama  daun kari
setelah agak kering masukkan santan
dan dikuti bahan2 lain
biarkan mendidih
masukkan garam dan kiub ayam secukup rasa

utk lebih ummmppp makan bersama sambal tumis ikan bilis atau kerang
bagi yg sukakan rasa pedas ok

SELAMAT MENCUBA




Sunday, January 12

bengkang tepung beras pandan


assalamualaikum

selamat malam semua. emmm esok dah senin kan. 2 hari je 
cuti esok mula cam biasa



sarapan hari jumaat lepas ni, wat bengkang beras lagi kali ini dan ikut mencuba resepi di blog Fiza, versi pandan .
jom layan bengkang yg sedapp ni ye


BENGKANG TEPUNG BERAS

Sumber 1 : periuktanah.blogspot

Bahan-bahan:




300 gm tepung beras

150 gm gula pasir

1 sudu teh garam

1000 ml santan daripada sebiji kelapa

4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya

Cara membuatnya:



1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.


2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.



3.Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.

4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.



Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.



Friday, January 10

kek butterscoth walnut


assalamualaikum

esok hari jumaat dah kan emmmm cepatnya rasa masa berlalu

 nak kongsi cerita tentang kek yg sempat dibaking utk anakanda sempena harijadi mereka berdua.
dari sehari ke sehari nak update, tak sempat2
alhamdulillah malam ni baru berkesempatan.
kek butterscotch walnut. Sbnya kek ni feberet si abang is
beli kat SR  memang layan habis lah.
nak makan beli sepotong dua je  he hhe
bila mama terlebih rajin maka terhasilnya kek ni. Ambik makan sepuas-puasnya. He hee sampai x larat
Walaupun xlah sama SR tp rasanya sedappp jgk. Kemanisan nya kena kontrol sikit. Nak lg bila dicurah sos butterscotch tu.



Bolehlah kan, utk kegembiraan anak2.
Ucap tqqqq sgt2 pada yg share resepinya. Jenuh goggle cari 
 resepi asal  disini  

  SPONGE CAKE
BAHAN2 :

 

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam
*Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
 



CARANYA :


1.Sediakan loyang berukuran 8 inc.Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper dan panaskan oven pada suhu 170C
2. Pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
3. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu.Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
4. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
5. Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
7. Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
8. Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.

 

 KACANG KARAMEL
BAHAN2 :

1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu
 

CARANYA :
1. Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
2.Masukkan gula perang ke dalam periuk.Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana  Jangan sampai gula hangus
3. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.Gaul rata dengan segera
4. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.Biarkan ia sejuk dan mengeras.

Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit. Ketepikan.

 

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING




BAHAN2 :
340 gm butter

 1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla 

 

CARANYA :

 Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
1. Ambil 1/3 daripada butter dan masukkan ke dalam periuk kecil.Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
2. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula larut
3. Selepas itu masukkan whipping cream / heavy cream / thick cream.Kacau hingga ia licin dan berkilat
4. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
1.Pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
2. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
3. Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
4. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit


Untuk resepi Butterscotch, terpulang samaada nak di gandakan jumlah resepi butterscoth di atas atau buat resepi lain.
5. Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama, cuma ada penambahan corn syrup. Jika tak de corn syrup tak payah letak pun tak apa atau boleh letakkan sedikit coklat putih. Tujuannya adalah untuk memekatkan sedikit butterscotch sourse kita tadi.  



 

BUTTERSCOTCH SAUSE
BAHAN2 :

2/3 cawan gula perang
6 sb butter ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
 


CARANYA :
1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut. tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat.Sejukkan

Sekarang bolehlah kita mulakan proses melempa kek.

Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~  butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3)

Akhir sekali kita salutkan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.
Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.Tuangkan juga Butterscotch Sourse
* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.

 

Monday, January 6

selamat hari lahir Saif al Muqmin & Sarah Nur Izzati

 assalamualaikum

alhamdulillah 5 jan genaplah 14 tahun usia anak bujang sorang mama ni dan 6 jan pula anak dara bungsu mama genap 7 tahun, setiap tahun kami kongsi kek besday tau
he hee
senang keja mama kan

Syukur alhamdulillah, harapan dan doa mama serta abah anak2 membesar sehat sempurna dan sentiasa beroleh kejayaan di dunia jg akhirat.
jadi anak yg baik, soleh dan solehah....Amin

sekadar berkongsi gambar2 sbgai kenangan saat2 gembira semalam.
kek feberet si abang Is ni kek butterscoth walnut
ala2 SR he hee



1,2, 3 tiuppppppppp he he



entry akan datang resepi ke ye

Friday, January 3

bengkang tepung beras


assalamualaikum
He he maaf ye entah mcmana terkeluar entry yg x sempat cerita apa2 ni.
Tertekan pulak
Tqqq yg bg komen
Biasa la 2 hari ni buzy uruskan ank2 msk sekolah dgn perbagai perkara
Pagi pulak dgn pendaftaran ibubapa ank2 di Taska, ank2 yg transit sek rendah sampai mkn pun x sempat ha haa

Bengkang @ bingka tepung beras ni dah langsai pun. Buat masa nk blk kg baru ni. Kebetulan blk pg so mlm buatlah khas utk mak kat kg,YG suka sgt bingka ni
kuih yg berasaskanTepung beras kan blhlah mak mkn tanpa ragu2 he hee

Buat sikit je setengah adunan
Puashati sb mak puji sedapppp he hee



Nanti update resepinya ye. Ni kepenatan lg
He hee. Resepi cp dari Kat blog Rahel
Tqqqq Rahel. Sungguh lemak dan lembut

bahan-bahannya

2 cwn tepung beras cap teratai
1 cwn gula pasir
1st garam
6 cawan santan -dari sebiji kelapa
1 helai daun pandan

cara caranya

campurkan semua bhana2 ini dan tapiskan
kacau dlm kuali hingga berwap
pekat sikit mcm bubur
dah siap masukkan dlm loyang  saiz 8 yg telah disapu sedikit mentega atau minyak ye
bakar api atas bawah dlm 1 1/2 jam
suhu 180




Bingka ni kena betul2 sejuk baru blh mkn sb time panas lembut sgt xleh potong so kalau nak mkn pgi blhlah masak malamnya



Wednesday, January 1

selamat menempuh alam persekolahan 2014


assalamualaikum

sessi baru bermula esok.
melangkah kembali ke sekolah seperti  biasa ye wahai anak2 
buat anak2 yg baru melangkah ke tahun satu dan tingkatan satu
selamat melalui episod baru ye.


Alhamdulillah nampaknya ceria belaka anak2 kita nak g sekolah.
si kecik Sarah ni tak sabar sebenarnya nak jumpa kawan-kawannya
tgk anak2 lain jg semuanya tak meragam.
semua bersemangat nak bersekolah 


Kakak Tisha thn ni ke Smk dah. Teringat ketika msk form 1 dulu



Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...