Skip to main content

kek coklat kukus lapis cheese

assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana sudi singgah disini ye

Makin terasa bahang Ramadhan bila nampak blog rakan2 promote biskut2 raya skrg ni. Tergugat melihatnya nak lg biskut2 moden ni cantik2 rupanya.


2 hari lepas berkesempatan buat kek lapis kukus coklat lapis cheese kat tengah2 ni, resepinya dah lama duk dlm senarai he hee resepi dari kak yatiememories.blogspot.com
 TQ k.yati diatas perkongsian resepi yg sedap ni.




Kek Lapis Kukus Cream Cheese 


bahan-bahannya

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  •  cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

  • Cara-cara
    1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
    2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
    3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
    4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
    5. Biarkan sebentar dan bahagi 2 bahagian

cara-cara
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

  • ok jumpa lagi ye




Comments

  1. nampak sedap la. sy jek lum sempat try. sy dah siap dpt sample biskut lagi. Kat mini market pun dah byk brg kuih siap dgn balang plastik lagi. sy belum jengok apa pun..resepi cadangan biskut pun belum ada. nanti tgk kawan blogger buat kuih apa kalau berkenan kita tiru aje.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak..
    sihat? sedap nampak kek ni kak... nani penah makan dulu watie wat.. masa kita gather2 kat shah alam.. tapi nani cukup malas ler nak wat sendiri.. kat rumah ada cheese tartura sebantal.. tak tau nak godak apa.. tengok weekend ni.. apa akan jadi ngan cheese tu.. heheheh..

    ReplyDelete
  3. salam nuri..
    kek ni gerenti sedap punya... nampak cheese ngan coklat terus telan air liur.. heeee..

    ReplyDelete
  4. hai..salam kak..

    wah..tayang kek coklat lapis chez plak ya..saya pun sudah lama mau buat kek ni kak..tapi belum lagi kesampaian membuatnya..terliur pulak tguk kek akak tu..ada lagi tak?

    ReplyDelete
  5. Dah lama akak tak buat kek ni... Memang sedapkan ;-)

    ReplyDelete
  6. saya pernah makan kek ni,memang sedap!

    ReplyDelete
  7. Ya allah baru telek kek ni kat blog kak hana, tup2 kat sinipun ada bestnya, tunggu ada event baru nak buat

    ReplyDelete
  8. Salam mamasara..kite dh terai kek ni..mmg x menyesal cuba kan...dappp sgt dnmudah je nk buat.

    ReplyDelete
  9. Kek yang paling anak-anak gemar selain kek coklat moist kukus..... senang buatnya kan Mama Sara.

    ReplyDelete
  10. antara kek yg nak dibuat...tgh berbelah bagi antara rvc dgn yg ni kak...sbb da lma x mmbaking kan...stok ciz plak ada 1 je...tp nmpk sedap plak...hehe...

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Mamasaranur

    kek coklat lapis cheese antara kek yg masuk senarai nak buat.....dah lama berkenan tp tak buat2 lagi. mmg sedap kalau kombinasi coklat dg cheese.

    ReplyDelete
  12. mamasara, zila lum terbuat lg tau kek ni..meh arr sikit sepotong dua ke..nak jugakk nak nangis tgk sedap gitu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.. Lama sungguh tak dan nak jenguk dapoq mama sara nur.. Apa habaq? Ada lg dak cake tu.. Terlioq aihh.. :b

    ReplyDelete
  14. Seronok ada teman blogger yg rajin mencuba resepi baru....kira yg baca niotak tau bilalah nak mencuba!

    ReplyDelete
  15. lon smpt lg nk try kek tu..resepinya dh lama simpan..hehe..cantik kejadian kek tu kak

    ReplyDelete
  16. cantik nyer lapisan dia...
    kemas!
    aida tak reti buat kuih...

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...