Thursday, April 4

tart coklat rice

 assalamualaikum
lip lap lip lap dah pun hari khamis, cepatnya kan masa berlalu
alhamdulillah syukur padaNya diatas segala kenikmatan 
hari ini.
Disebalik cerita2 duka yg melanda akan dtg jg berita yg mengembirakan...

okeyyy hari nak masukkan entry tart org malas ni. he heee 
tp yg penting sgt laku tau...ala 50 sen je.
suka suki shaja.
 Resepi tart shell dah cuba macam2 juga tp yg paling terbaik setakat ini adalah resepi Azita Zain.


PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum

Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.



  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin

UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

15 comments:

  1. waah klu anak2 atie tengok niiih hihi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak...
    cantek la kak tart ni.. hari ni nani pun nak mengTART gak kat umah.. adik kat kg tengah ngidam.. so nak bawa balik cheese tart utk dia.. :)

    ReplyDelete
  3. Takleh tahan tgk tart, teringin satu mcm...

    ReplyDelete
  4. Very nice. Such a beauty and the colors are so inviting, also the taste must be heavenly.

    ReplyDelete
  5. Cute la tart coklat rice tu...skali ngap jer..

    ReplyDelete
  6. Suka suki pun dap kak..ank2 pasti suka..:-)

    ReplyDelete
  7. gituler kalau dah berkehendakkan.. semuanya menjadijer...

    ReplyDelete
  8. nnt nak try gaklah pastry tart resepi ni... akak dah lama tak buat sebarang jenis tart.. kalau masa rajin dulu.. selalu dok guna resepi chef anuar je...

    ReplyDelete
  9. Ala menarik nampak...tp belum rajin nak ulang buat tart masa ni. Lain kali kalau rajin tahap melampau...

    ReplyDelete
  10. rajin akak menggentel tat ye....lenkali bule le buat camni..bajet sikit kan..takyah nk cis ..bluberi bagai..hehehe

    ReplyDelete
  11. dh lama xbt tat..males nk bt shell..tp klu mkn mmg rajin..best jgk klu letak coklat rice cani..bdk2 mst suka ^^

    ReplyDelete
  12. Ni kena sedia shell banyak2 ni kalau nak selalu mengetart he he heh... seronokny kalu hasilnya menjadi dn sedap kan Mama Sara Nur...

    ReplyDelete
  13. wah rajinnn...lama dh xbuat..xsanggup nk ngadap shell tu..hehe

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...