Monday, April 22

kek karemel

assalamualaikum

bila si ank teringin nk makan ku gagahkan jg membuatnya ptg semalam selepas blk dari pdm. Minggu lepas buat utk ank buah, bila si sarah nk tgk nak jaga katanya he heee nk kek yg warna warni.
Dah org punya takkan nk potong ye tak heeee pujuk2 dia janji nk buat lg utk dia, br ok. so janji ditepatilah kannnnn
mama pun leh tumpang makan gak heheeee 


sedapkan makan sejuk2. kek ni tak jemu dan tak kira musim kot sb asyik ada je nak.
duk buat org punya mana sempat post gini kan. ni ambik la peluang utk wat entry.
resepi masih sama kan 

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Azlita @ Masam Manis


A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek 
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe

  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath: 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.





20 comments:

  1. moning sis
    singgah isnin sini

    ReplyDelete
  2. tak penah buat tapi sgt suka makan heheh.cantik sungguh kek tu,rasa dah tentu sedap kan

    ReplyDelete
  3. ermmmm...nyum2x... so goooood!!

    ReplyDelete
  4. cumelnya.. terliur saya.suka makan kek ni..sedap sangat!

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat kek karamel ...

    ReplyDelete
  6. Sy pernah try buat sekali...mmg sedap tapi lum ulang buat lagi. Cantik jek belang tu...kemas.

    ReplyDelete
  7. cantik warnanya tu...
    akak lom ada keberanian nak ambil tempahan kek ni.. hehe... baru buat 2 kali..

    ReplyDelete
  8. Dah buat dah...kite x cuba lagi kek karamel versi belang2 ni...bila lh nk buat ni kan...heee
    Menguda betulll..

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Mamasaranur
    pasti Sarah suka dpt mkn mama kek karamel yg dipinta. kek karamel.....betul tu sedap mkn yg sejuk nyamann...

    ReplyDelete
  10. Salam kak...akak dah mengugat iman diet fiza ni...dah terliuq dah tgk kek karemel ni...walaupun fiza bukan pencinta tegar kek....sedapnyer kak....cantik kejadiannya....

    ReplyDelete
  11. buat karamel pun tak pas-pas, nak buat kek karamel... pitam

    ReplyDelete
  12. Helloo Mamasara....jangan goda saya dengan kek karamel mu itew....

    ReplyDelete
  13. kak noor pun belum try nak kena try jugak nampak gaya ni cantik kaler nya tu belang2 pasti sedapppppp

    ReplyDelete
  14. mama zila nak jugak..tgk kekaler dia..plus karamel nye...

    ReplyDelete
  15. Zila dh lama x buat la..tringin plk nk mkn..cantik la mama..

    ReplyDelete
  16. Alaaaa...akk tgk je org punya, tak berani nk buat sb dulu tak jadi:-(

    ReplyDelete
  17. Assalamualikum...Ohhhh sedapppppnya kek ni...klu baru keluar dari peti ais, karamelnya sangattttttlah sedap

    ReplyDelete
  18. Çok harika bir kek! :) Türkiye'den selamlar. :)

    Kek yang sangat indah! :) Salam dari Turki. :)

    http://translate.google.com.tr/#tr/ms/

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...